Monday 30 April 2012

Selamat Bertunang Adik - Sobri

ahad lepas 29.04.2012
selamat sudah adik lelaki aku bertunang dengan pilihan hatinya
Alhamdulillah
9 dulang dari pihak lelaki
berbalas 13 dulang dari pihak perempuan
kalau ikut asal 7 dulang berbalas 9 sahaja
tapi last minute ada penambahan
tu yang pihak perempuan terpaksa tambah apa-apa yang patut untuk mencukupi
hantaran dari pihak lelaki
1-choc
2-buah - strawberry celup choc
3-choc 
4-cincin sebentuk untuk majlis pertunangan
5-buah-buahan

6-2 helai kain 
7-kuih bakar
8-kek
9-sireh junjung

dari pagi aku dan family sibuk menguruskan majlis nie
dalam tengahari family pak long ada
ada jugak family dari sebelah mak yang datang
dan family mak su dari sebelah ayah
adil la tu dari sebelah mak dan ayah ada yang sudi datang ke majlis family nie
nak harapkan yang lain emmmmmm

one happy family
yang betul-betuk ikut tema
hanya umar sahaja
baju umar paling menonjol - orange

mak dan sobri
dihadapan barang-barang hantaran

selamat sudah adik aku bertunang dengan cikaronya
dayah
welcome dear to my family....

cepat-cepat simpan duit
boleh melangsungkan perkahwinan
tempoh pertunangan setahun
kalau duit cepat terkumpul InsyaAllah mungkin singkat tempoh pertunangannya

Tahniah bro....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Rainbow Cake from Ayu

sabtu malam yang lepas
dalam sibuk sibuk menguruskan majlis adik
sempat lagi aku bergegas ke shah alam untuk berjumpa dengan Ayu
nie kes aku order kek dengan dia la
kalau tengok blog ayu nie
memanjang aku jadi kebulur walaupun baru jea lepas makan hahahahahhaha

tempat kami berjumpa ialah di station minyak shell
di stadium shah alam 
ala dekat jea dengan giant
seksyen baper erk..kelupaan sekejap

finally dapat juga jumpa dengan Ayu
last jumpa masa perjumpaan member blog di Tasik Perdana dulu
time tu ayu tengah sarat preggy
laa nie baru dapat jumpa semula

suka chit chat dengan ayu nie
orangnya memang ramah
tak malu dan segan nak berborak dengan dia :D

dak ara
jumpa jea ngan ara nie
terus aku cubit-cubit pipi ara eheh
finally dapat gak cium si bam bam nie
aqil laks tidor dalam kereta
tak dapat nak cubit pipi bam bam aqil  eheh

tengok aksi umar
dia geram nak ambik handphone dak ara
lagi xcited nak ambil sebab ara tengah layan citer upin & ipin - kalau tak silap aku la
betul ke ayu :p


nie la rainbow cake ayu
2kg+++ cuma RM120.00 jea
terjamin sedap dan yummmyyyyyyy

lain kali boleh la order lagi
jadi siapa-siapa nak order untuk sebarang majlis
jangan segan-segan nak order




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Majlis Pertunangan - Tahniah Zura

Jumaat lepas - 27.04.2012
salah seorang BFF aku telah selamat menjadi tunangan orang kini

majlis pertunangan nie
hanya di buat di kalangan ahli keluarga dan member-member terdekat
tapi pada member yang tidak di jemput jangan la terasa hati
sebab pada pihak Zura
dia menjemput member group waktu sekolah menengah dahulu
kami berempat Aku..Zura..Imah..Ija dan Suzy adalah member segroup
satu geng sekepala
dalam class 5A2 dulu ada beberapa pecahan di dalam kelas
aku rasa ada 7 group dalam kelas aku
tapi tak la sampai berpuak-puak

jadi Zura hanya menjemput group time sekolah dahulu
untuk menghadirkan diri ke majlis pertunangannya
cuma yang dapat hadir hanya aku dan imah sahaja
Ija dan Suzy tak dapat hadir sebab ada masalah yang tak dapat nak dielakkan

terpancar kecerian di wajah zura
lagi plak aku dah berjanji dengan Zura
untuk merahsiakan majlis pertunangan nie
jadi aku macam berat hati nak beritahu pada member-member yang lain
sudah berjanji kan
nak letak gambar di blog dan di FB pun minta kebenaran dari Zura dahulu
empunya diri setuju baru la aku tepek di di blog dan di FB

hantaran dari pihak perempuan
semuanya cantik sekali
kerja tangan abg Zura
super kreatif kan

sudah semestinya la bergambar dengan Zura :p

bakal suami Zura
handsome kan :p

gambar gediks kami bertiga hahahahha

umairah dan pija suka hati dapat ole-ole dati Acik Zura

jangan bertunang lama-lama
cepat-cepat dirikan masjid



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 27 April 2012

Semoga Selamat Semuanya


malam nie member sekolah merangkap member One Group Sengal eheh
akan melangsungkan hari pertunangannya
bersyukur sangat sebab salah seorang member group kami
 bakal meniti kemanisan alam pertunangan
semoga cepat-cepat melangsungkan perkahwinan selepas bertunang nanti
nanti aku akan update saperkah member aku yang melangsungkan pertunangannya malam nie
tungguuuuuuuuuu


dan hari ahad nie
adik lelaki - Sobri akan melangsungkan pertunangannya
jadi minggu nie aku memang super duper buzy dengan acara majlis
biasa la orang kuat eheh

harap semuanya berjalan dengan lancar
Amin

selamat berhujung minggu semua :D 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Duit Syiling Baru

koleksi duit syiling yang terbaru nie
baru cukup kini
dari 5sen sehingga ke 50sen
apa pendapat korang dengan duit syiling yang baru nie
emmmmm bagi aku
aku lebih suka dengan duit syiling yang lama
lebih-lebih lagi duit syiling 50sen yang lama
sebab besar
dan aku ada tabung yang aku simpan hanya 50sen sahaja
lepas nie no more duit syiling 50sen lama la nampaknya

aku suka duit syiling yang lama
sebab ciri-ciri tradisional yang ada di belakang duit syiling lama
5sen - gasing
10sen - congkak
20sen - tepak sireh
50sen - parlimen

duit yang baru nie aku tak nampak
apa motif yang ada di sebalik duit yang baru
tak nampak ciri-ciri kemelayuan di sebalik duit syiling tersebut

lagi satu duit syiling yang baru nie macam menyusahkan pengguna
ialah kalau nak guna mesin yang menggunakan duit syiling
sebagai contoh 50sen
memang tak boleh nak masuk dengan duit syiling 50sen yang baru
jadi aku rasa duit syiling yang baru nie tidak mesra alam sebelum di buat
emmmmm pendapat aku la

koleksi duit syiling yang aku simpan kini
yang paling susah aku nak dapat ialah syiling baru 50sen
nie dapat pun dari Exec aku Sabri
ada ker patut dia bagi aku 50sen
tapi bagi pada dia RM5.00
amboi banyak cantik
tapi bila aku nak pulangkans emual duit 50sen nie
terus dia cakap..ambik la
hehehehehhe thanks sabri
nanti Ena belanja Bfast yea :p


peace dari aku

pendapat korang dengan syiling yang baru nie?
suka atau tidak suka..
anda tentukan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 26 April 2012

Sudah Melaram Cekak Rambutnya

emmmmm cekak rambut yang baru aku beli
memang tak sempat nak simpan
ingat nak pakai untuk majlis hari ahad nie
tapi umairah dah nampak
memang dah tak boleh nak sorok lagi la
terus melekat di kepala jea la
ok la tu, tanda umairah suka eheh

pagi nie pergi ke nurserynya
siap nak pakai 
kata nak tunjuk pada kawan-kawan dia
emmmmm nak show off la tu

sebelum turun dari kereta
"ibu cepat ambil gambar kakak" umairah

hahahahahhaha amik ko jangan ingat ibu jea nak berposing gambar
anak nak jugak snap snap hehehehehhe
nie tengok gambar bukti
nak cantikkan rambut dia sebelum ibu ambil gambar
tapi aku ambil gambar nie

"ala ibu nie...kakak tak sedia lagi" umairah
"ok kakak dah cantik" umairah

aku senyum jea layan leketah umairah di pagi hari


"1..2..3...ok smile" aku
amik ko siap tangan pun berposing

"nak tengok..nak tengok" umairah
bagi tengok sekejap

"ok cantik..jom ibu masuk dalam" umairah
baru la boleh buka pintu nak masuk ke class dia
emmmm anak adar aku sorang nie
macam-macam :p

senyum di pagi hari
siapa-siapa nak order cekak rambut macam yang umairah nie pakai



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sibuk Membuat Hantaran

sejak malam tadi
aku sudah mula mengubah hantaran pertunanagan untuk sobri - adik lelaki
adik aku nie dah risau sangat naper kakak dia tak gubah-gubah lagi hantaran dia
emmmmm takder mood nak buat
jadi malam tadi hanya sempat buat deco untuk bekas hantaran
dan hanya siap mengubah 1 hantaran
semua bekas hantaran dah siap deco
skang nie cuma tinggal nak mengubah barang-barang yang di letak ke dalam bekas hantaran sahaja
benda tu boleh gubah pagi ahad nanti
cuma tinggal nak meletak dalam bekas jea
simple jea

bekas hantaran sebelum di deco
bekas besi nie di beli di Nilai 3

setelah siap di deco
macam mana cantik tak :p

baru siap 1 hantaran
bekas letak cincin
macam mana cantik tak

baru tahu umar takut dengan burung palsu tu
hehehehhehehe agak-agak umar nak kacau aku buat kerja
laju jea aku tunjuk burung palsu tu
mencicit dia lari ke depan semula
hehehehehhee memang lawak

hantaran akan ada :
1) kain pasang untuk majlis nikah
2) kain ela 2 pasang untuk kakak kepada bakal tunang adik aku - langkah bendul
3) kek - secret recipe
4) sireh junjung
5) cincin pertunangan
6) buah-buah
7) pewangi


pagi nie contact dengan Ayu
aku nak order Rainbow Cake dari dia
tapi nie cake nie bukan untuk bagi pada sebelah perempuan
cuma hadiah aku kepada Sobri jea
bakal berjumpa dengan Ayu la sabtu nie
tak sabar nak jumpa Ayu..noleh la jumpa dengan dak Aqil dan Dak Ara
eheh

kalau korang nak order cake dari Ayu - macam-macam jenis cake Ayu jual



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Pergaduhan Kecil Antara Gegirl

petang semalam punya citer
sian anak dara aku nie

sampai jea nak ambil umairah
aku tengok teacher dia tengah lap air mata umairah
dalam kereta baru la si umairah nie bercerita naper dia nangis

"ibu..delisaha dan batrisya pukul kakak" sambil tangan tunjuk kat pipi dia
"kenapa boleh bergaduh nie" aku
"kakak nak duduk situ, delisha pun nak duduk situ jugak sama jugak dengan batrisya" umairah
sambil tu umairah tengok pipi dia kat cermin
"abis tu kalau kawan nak duduk situ naper kakak taknak pergi duduk tempat lain" aku
"ala kakak nak duduk situ jugak" umairah

emmmmm tak boleh nak cakap apa lagi la
bila aku nak gerakkan kereta
umairah cepat jea tunjukkan pada aku budak yang belasah dia
"ibu..ibu tu delisha ibu" umairah
budak tu perasan yang umairah tunjuk pada dia
cepat jea masuk semula dalam rumah
hahahahhaha takut jugak budak tu

emmmm nampak memang umairah yang kecil sedikit dari member-member yang lain
bagi aku perkara nie
aku tak salahkan mana-mana pihak
sebab tahu kenakalan budak-budak
cuma aku berharap sangat
ada pemantauan dari pihak penjaga
itu sahaja

lepas nie sayang ibu jangan gaduh-gaduh lagi yea
cian muka umairah dah luka




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 25 April 2012

Sudah Sampai Parcelnya

cekak rambut kain felt yang aku order pada hari isnin
sudah sampai dengan selamatnya di ofis aku nie

bila sampai parcel nie
tak sabar-sabar nak buka :D
bila buka
wahhhhhh menarik da'bom
mesti umairah dan pija suka
warna terangkan kesukaan budak-budak
untuk umairah = orange + hijau terang
pija = purple + hijau cair
esok nak cari dress untuk budak berdua nie
bertemakan warna cekak masing-masing


di samping ada cekak rambut di dalamnya
aku terima jugak keronsang mutiara berwarna biru
wahhhhhhh memang cantik
hadiah kemenangan dahulu
meneka warna kain untuk hari raya tahun nie eheh
Thanks Azie

bila sudah buka
sebelum anak melaram
biar ibunya melaram dulu pakai cekak nie hahahahhaha
comel kan :p

jadi saper-saper nak order
untuk anak..anak buah..sepupu..diri sendiri..
boleh la order dari Pn.Azie
murah...cantik...dan yang pasti cepat sampai ke tangan anda




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kejadian Lawak yang Memalukan

korang tengok gambar di atas apa yang korang perasan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
dapat tangkap tak huhuhuhuhuhuhu
entah macam mana la
baju aku dengan pekerja NSK Rawang boleh tersama - Orange
sama tu sejibik laks tu
masa aku tak perasan
time aku sibuk mencari susu umar
ada m.cik tu tanya aku mana milo letaknya
aku hanya cakap kat barisan sebelah - time nie aku biasa-biasa jea
dalam kepala otak aku time tu mungkin m.cik tu sekadar menanya jea 

tetiba suami aku cakap kat aku
"dah beraper lama kerja kat sini..buat part time kerja kat sini yea" suami
pastu aku kerut-kerut muka apasal
bila aku tengok sekeliling baru aku perasan
hahahahhahahaha pekerja NSK semuanya pakai baju orange
termasuk la aku uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
malunya hahahahhahah
patut la ada orang tanya kat aku barang letak kat mana
iskiskiskisksiks malu siot

dan gambar di atas tu bukti aku part time di situ heheheheh
entah bila sayang snap gambar nie
kureng betul la suami aku nie
sama-sama sengal :p

pasnie baju warna orange akan disenarai hitamkan untuk di pakai
time nak pergi ke NSK
huhuhuhuhuhuhu
korang pernah alamai apa yang aku alami skang nie ker
malu gila la 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Gelagat Anak-Anakku Bila Beli Barang

malam tadi selepas magrib
terus pergi ke NSK rawang
beli barang untuk majlis hari ahad nie
banyak jugak kena beli
untuk majlis tersebut mak aku nak buat bee hun sup jea
sebab kalau buat nasi campur
perut dah kenyang nanti pergi ke rumah pihak perempuan tak termakan laks menu yang terhidang
ialah jauh rumah kami ke rumah pihak perempuan jauh hanya 10 minit jea
tak panas punggung pun dalam kereta hahahahahha

umairah dan umairah skang nie kalau beli barang
bukan nak sangat duduk dalam troli barang
sibuk gak nak memilih barang
semua benda nak dicapainya
pening kepala

umairah kat bahagian choc dan jajan
memang kesukaan dia la
semua benda kalau boleh nak ambil masuk troli
tapi kami nie cerdik eheh
nampak macam tak ok jea cepat-cepat kami letak tepi
time umairah tak nampak la
bila sampai rumah kalau benda yang dia ambil takder dalam plastik
pandai-pandai la kami ayat si umairah nie :p

umar laks time kami shopping beli barang
tak boleh nampak ada orang offer makanan
mesti cepat jea tadah tangan nak skit
tempat kesukaan dia sudah semestinya la - buah-buahan
sebab orang lalau jea
brother tu cepat jea potongkan sedikit buah dan berikan kepada umar
umar tengah makan buah mangga - manis gila

sebab umar asyik duduk jea depan brother tu
sebelum brother tu sound anak saper yang asyik makan buah free nie
tu yang sayang beli terus buah mangga tu hahahahahha
baru la umar stop duduk depan brother tu
memang lawak la umar nie

pastu nampak buah plum
terus jea nak amik
buah lain bekas simpanan buah tinggi-tinggi - umar tak dapat capai
buah plum nie rendah skit tempatnya
tu yang laju jea si kecik nie nak mengambilnya
pening kepala aku nak melayannya

duduk dalam troli semula
duduk diam dalam troli pun
sebab kami beliakan makanan
jadi tak la melalak nak turun dari troli tu
kusyuk makan jagung manis dan kaya ball

tu la ragam anak-anak aku time nak beli barang dapur
bukan sibuk memilih barang
tapi sibuk mengejar anak-anak berkeliaran
huhuhuhuhhu letih melayan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 24 April 2012

Jatuh Bertelor Dahi

petang semalam balik dari kerja
tengok umar landing baik jea atas riba babahnya
muka monyok jea

tetiba umairah datang
terus pot pet pot pet
beritahu umar jatuh
dahi kena batu
adik nangis kuat
banyak la yang direpotkan pada aku eheh

bila aku tanya umar
"naper sayang ibu nie"
terus jea umar bangun dari riba babahnya
dan datang peluk aku
terus buat nangis
alahai nak ngadu la tu
terus aku pujuk-pujuk dan manjakan sekejap
umairah tengok nak jugak manja dengan aku
alahai anak ibu nie

sayang beritahu
yang umar jatuh atas jalan
kakai tersadung la tu
dahi kena jalan tar
tu yang bertelor dahi dibuatnya
alahai cian anak ibu
masih ada lagi darah di dahi umar
mak letakkan minyak gamat
dan tuam sekejap degan kain tuala

alahai dah banyak kali dahi umar nie berjendol
selalu sangat jatuhnya

umairah yang tak berbaju
tu yang cover dengan gambar smile eheh
banyak mulut minah nie
tiap-tiap hari dengarkan jea la laporan dari umairah 
lintas langsung dari nursery dia 
hahahahhaha

layannnnn



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Oxy Nase - Bagi yang Kena Selsema Tak Baik-Baik

Ya Ampun
aku nie kalau sudah kena selsema
memang susah gila nak baik
nak dekat sebulan selsema aku nie
macam-macam ubat dah makan tapi tetap tak baik jugak

sebelum nie kalau aku kena selsema
memang guna oxy nase nie
tapi sebab dah habis tak pergi beli semula
skang nie kena asyik lupa jea nak beli yang baru

jadi semalam emmang dah tak tahan sangat
minta kebenaran dari Anna
aku nak pergi ke farmasi sekejap untuk beli benda alah nie
nie la dia oxy nase
jenis yang spray
cuma kasukkan jea ke dalam lubang hidung kita
picit pada pemegangnya
akan keluar semburan air
tak sampai 1 minit 
akan lega lubang hidung kita
terus boleh bernafas macam biasa
aku panggil ubat ajaib eheh

kononya la nak pakai eheh
kalau korang sudah kena selsema dah susah nak bernafas
try la pakai nie
harga pun RM17.45 jea
boleh simpan dalam handbeg jea
nak guna boleh tersu pakai jea

selamat mencuba 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Hujung Minggu Pergi Ke Class

hujung minggu yang lepas
aku ada class
memula aku nak drive jea sendiri pergi ke class
tapi sayang tak bagi laks - tetiba
risau kot :p

sebelum pergi class
sarapan dahulu
jadi time break nanti aku takder la makan lagi
beli roti jea
malas nak makan di cafe
sebab ramai sangat orang
nak ambil makanan pun kena beratur nanti

untuk 1st class - QMT
submit Quiz 1 yang aku baru jea buat malam sebelum class
boleh hehehehhehehe pemalas betul la aku nie

untuk 2nd class - Bahasa Mandarin
ada Ujian Mendengar dan Quiz 2
perghhhhhh memang aku main dadu jea la
sah-sah aku tak faham
tanya member sebelah pun geleng jea kepala
emmmmmm mati la macam nie lorrrr

untuk 3rd class - CTU
suka sebab banyak benda yang aku pelajari
aku suka dengar sejarah dulu-dulu
ambil iktibar
lagi plak prof aku nie suka sembang-sembang politik di malaysia nie
jadi sambil-sambil belajar sambil tu ada selit-selit jugak info terkini
5/6 nie kena submit assignment dan ada Test nanti
emmmmm bila nak start buat nie
Tamadun Cina.....

Umar si bam bam


umairah si kus kus :p

rambut depan dah panjang
nak minta Lini potong rambut depan umairah
dah mencucuk mata aku tengok

lepas sayang hantar aku ke class
terus bawak anak-anak balik ke Sijangkang
emmmmm suka la budak berdua tu dapat berjumpa dengan neneknya



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Gedik Santai Di Tasik Biru

cerita hari sabtu yang lepas
sebab bosan duduk di rumah
ajak lini pergi round-round kampung
suka la 3 budak cinonet nie
terus melompat masuk dalam kereta

singgah ke Petronas untuk isi minyak dan beli jajan
tetiba Lini ajak lepak di Tasik Biru
jadi ok jea la
lagi plak jam baru pukul 6 lebih
lagi pun dah lama gila tak lepak di tasik biru - ialah nak buat apa pun kat sini
tiap-tiap hari lalu tepi tasik nie
bosan laks nak lepak kat sini

pergi petang tu
mak aiii banyaknya sudah berubah
ramai orang berniaga tepi tasik nie
cakap la nak apa
tapi aku tak beli apa-apa pun
just tengok jea sebab jajan pun dah beli banyak
Mr.potato
Cheezie
dua-dua aku suka
banyak beli jajan tapi 3 budak kecik nie dah makan dalam kereta

umairah dan umar
air kotak milo memang kewajipan kena beli

Lini dan Pija

memula aku taknak keluar dari kereta
tapi macam kesian laks tengok budak 3 orang
terkelip-kelip mata tengok air
jadi lepaskan dari dalam kereta
main tepi air jea

umar jea memula aku tak bagi turun
dukung jea dengan ibu dia
tapi bila dia dah tengok kakak-kakak dia seronok jea main air
dia pun minta lepaskan diri jugak la

memula jea sinsing seluar
tapi lepas tu
habis basah
umar lagi best
terus jea duduk dalam air eheh

anak happy
ibu-ibu pun tumpang happy jugak
tapi kelakar jugak
sebab bila umairah nak ke dalam air 
aku memang menjerit la
sebab risau kan
sebab tasik biru nie banyak kes terjadi

aku rasa couple yang duduk sebelah kami mesti rasa benci jea
ialah ada 2 orang mak cik yang asyik la terjerit-jerit hehehehehe

aku dan lini
saper lagi tembam hahahahhahaha



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 23 April 2012

Gotong Royong Di Gsc

hari sabtu yang lepas
GCS masih lagi buat aktiviti gotong royong sempena Dr.James
yang akan datang pada hari nie
minggu lepas buat
dan minggu nie pun buat jugak

sepatutnya aku tak dapat datang
sebab waktu pagi aku ada hal
dan tengahari aku ada study group untuk buat assignment
tapi petang jumaat tu
Pn.Azmah call nak order kuih dari aku

nak tolak macam tak baik plak
jadi buatkan donut dan pukul 11 lebih pergi hantar kuih ke ofis
rata-rata yang lelaki staff tengah mengecat dinding GSC

Pn.Azmah tengah menayangkan donut yang di order

bersama dengan Wan
minah nie dari atas sampai ke bawah serba serbi pink

sebelum balik tengok pejabat kami
ok la memang dah bersih pun
jadi borak-borak sekejap dengan kak viji
dan blah

masa nak balik
si hanis laks tengah sibuk buat tender
baik-baik buat hanis
jangan tersilap lagi :p

menu pada hari tersebut
buah tembikai
ku tiaw goreng - sedap
sempat la melantak dulu sebelum balik hehehehehhe

pagi nie Dr.James datang melawat
perghhhh semua tempat la di lihatnya
sampaikan ke dalam toilet pun di checknya
siap ambik gambar lagi
tapi rasanya ok kot
sebab di mata kasar kami semua
nampak bersih dan kemas jea pejabat GSC nie :p
betul tak kawan-kawan :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi