Saturday, 24 September 2011

Bila Manusia Tamakkan Harta Orang Lain

ini berlaku pada keluarga aku
tak habis-habis dengan perebutan harta dunia nie
sudah la adik beradik perempuan mak aku mengambil tanah di kampung
dengan tiada keadilan pada adik beradik
kini berlaku plak di tanah tempat aku dan adik beradik dibesarkan
mak, bapak, anak dan menantu sama sahaja aku rasa
suka berebut harta orang lain
perangai mak jenis yang malas nak ambil pusing
sudah bercakap dan menegur tapi JIRAN TAK MALU tetap mengatakan tanah yang sedikit tu tetap dia yang punya
ayah plak sakit jiwa melayan JITAN TAK MALU nie
malas nak berdepan dengan ORANG GILA tersebut
hanya bising di depan kami adik beradik


aku masih ingat lagi ketika orang dari Jabatan Tanah datang mengukur tanah untuk diletakkan ke dalam surat geran tanah
pancang ukuran tanah mak bapak aku ialah betul-betul di atas longkang
siap orang Pejabat Tanah tu menanda setiap sempadan rumah dengan batu pacak
tapi selepas baliknya orang Pejabat Tanah
isteri JIRAN TAK MALU NIE terus menghakis batu tanda nie
kami diamkan sahaja, ialah nak gaduh pun tak guna
semua pokok bunga mak aku yang di tanam sebelah longkang tersebut
habis dicurahnya racun bagi mati
dan terbaru awal tahun nie pokok rambutan gading ayah aku di tebangnya JIRAN TAK MALU tersebut
katanya dahan pokok rambutan ayah aku masuk ke kawasan rumah dia
ayah aku cakap la kenapa nak ditebang terus pokok rambutan tersebut
cantas ajer la cabang yang masuk ke rumah dia sahaja
takper mak dan ayah sabar lagi
malas nak bising-bising lagi


tapi Isnin lepas kemuncak mak dan ayah aku marah
sebab JIRAN GILA HARTA telah mula mencacakkan batang simen untuk membuat pagar
longkang di tutup dengan batu simen
memula sebelum batang simen di pacak, mak sudah menanya kenapa letakkan batang tersebut
JIRAN GILA HARTA cakap di situ sempadan tanah dia
JIRAN TAMAK HARTA nie taknak terima sukatan baru yang Jabatan Tanah berikan
dia tetap nak ukuran yang lama
suka-suka hati ko ajer JIRAN GILA KUASA
ukuran baru nie mengikut longkang sebelah menyebelah rumah
jadi cukai tanah yang kami bayar mengikut ukuran tanah yang Jabtan Tanah ukur
jadi kenapa plak nak lebih-lebih skang nie..ko bayar cukai tanah sedikit mengikut la ukuran tanah skang nie
kenapa nak ambil tanah mak dan ayah aku nie
tapi JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tetap berkeras cakap dia sudah cakap dengan orang Pejabat Tanah
cakap tak guna, skang nie guna black and white, ikut pada geran tanah
cakap baik-baik pun JIRAN TAMAKKAN HARTA nie taknak dengar
jadi mak biarkan jea JIRAN TAMAKKAN HARTA nie buat sesuka hati dia
cuma sebelum beredar mak bagi kata pedas pada JIRAN TAK MALU nie
kalau benar tanah yang ko ambil nie memang hak aku, ko jawab sahaja la di akhirat nanti
ko pikir la sendiri


dan sehingga semalam tiang simen telah habis dipacakkan
aku rasa JIRAN TAMAKKAN HARTA ORANG NIE tak boleh pikir dengan waras
ialah kalau ader duit tu ko baik pulih kan la rumah ko yang macam reban kam*bing tu
nie ko buat benda yang tak berfaedah
tutup longkang dan pacak tiang simen
tak ker dengan duit tu ko boleh baiki rumah ko yang teruk tu
otak takder ker
kalau ko dah tutup longkang tu macam mana orang nak bersihkan longkang
lagi banyak la kes denggi di kawasan block C nie
sudah la anak buah ko sudah kena denggi skang nie ko nak tambahkan lagi permasalahan
memang GILA la family korang nie


mak cakap takper kita biarkan apa yang dia nak buat
bila sudah siap dia buat apa yang dia inginkan
kita sendiri akan buat report di Pejabat Tanah
yang ada orang ceroboh tanah kita
yup...biar dia rasa
jadi kami sekeluarga biarkan sahaja apa yang dorang buat
bila tiba masanya baru la kami akan mengambil tindakan pada saluran yang betul
sebab cakap mulut dan tak guna skang nie



rumah buruk tu la yang JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tak betulkan
tapi sibuk dengan keluasan tanah yang sedikit nie





tiang simen yang telah dipacakkan

sepatutnya tanah mak sehingga longkang

cuma JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tak dapat terima hakikat yang tanah dia kecil sahaja



longkang yang sudah di tutup jugak

memang BODOH sebab macam mana orang nak bersihkan longkang nanti

kalau longkang tersumbat tak ker naya kami nanti

kes demam denggi di block C nie sudah la tinggi

ditambah plak orang BODOH nie lagi la menambahkan kes demam denggi nanti

tunggu dan lihat sahaja apa yang kami akan lakukan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

7 comments:

  1. aduhai payahnyer la ada jiran cam ni..........

    ReplyDelete
  2. uishhh, orang mcm ni pun ader ke? undang2 dunia boleh la lari, undang2 akhirat sok, larat ke tanggung? *xterkata dgn perangai camtu*

    ReplyDelete
  3. hahah kelakar lah orang tamak harta ni, ena.. patut dia malu dengan diri dia sendiri.. dah terang2 jabatan ukur dah kasi sempadan kan... report je.. biar padan muko dia..

    ReplyDelete
  4. haaa..jiran zie pun cam gitu gak taw. MENYAKITKAN hati! menyampah + benci dgn org cam gni. pui

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah, "Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan janganlah engkau membuka aib mereka kerana sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya sesame muslim, maka Allah akan membuka aibnya kelak." kerana dengan meletakkan gambar tersebut akan menyebabkan orang lain salah sangaka dan akan menimbulkan fitnah.
    “Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui”. (Surah An-Nuur: 19).

    ReplyDelete
  6. ya Allah, disebabkan harta yang xternilai tu terjadinya permusuhan sesama umat Islam, ini lah yang dinamakan manusia akhir zaman..pernah tak kita fikir cukup xharta kita didunia ini untuk dibawa ke akhirat yang kekal untuk selama-lama nya itu..mungkin ini lah yang dikata kan oleh Nabi Muhammad s.a.w penghuni neraka yang paling banyak ialah perempuan, kerana mulut badan binasa,

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum , pertama sekali saya ingin meminta maaf jika apa yang dikatakan ini akan membuatkan kalian terasa atau sakit hati.. saya ingin comment cerita diatas ini, saya rasa kaian yang comment ini mungkin orang yang suka dengar cerita pihak sebelah dan comment tersebut terus menuduh kepada si jiran ini, disebabakan rakyat malaysia seperti kalian lah yang akan menyebabkan negara kita xmembangun ,dan cuba lah menjadi seorang yang open minded dan cuba berfikiran positif..cuba bayangkan kalian ialah si jiran itu, kenapa nak tutup longkang tersebut??kita boleh lihat di tepi2 longkang tersebut banyak daun2 gugur, mungkin si jiran itu tidak mahu daun2 itu masuk kedalam longkang dan akan menyebabkan nyamuk aedes membiak dan ini menyebabkan si jiran itu kena bersihkan longkang itu selalu.. sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan kamu tahu nyamuk aedes tidak akan membiak di dalam air mengalir kerana nyamuk aedes membiak di tempat air bertakung sahaja..jika tidak mahu memalukan diri sendir berfikirlah sebelum tulis kerana apa yang kamu tulis tanpa berfikir akan memalukan diri sendiri, dan jangan menilai orang tanpa usul periksa .. sekian terima kasih

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi