Sunday 30 September 2012

Tukar Style

tetiba umairah nak pakai scaft waktu pergi ke sekolah
jadi aku lilit-lilit jea atas kepala umairah nie
konon ala-ala turban la tu

tapi bila tunjuk semula gambar nie pada umairah
"ibu..macam pocong la bu" umairah
la plak...
tak terpikir pun aku masa ambil gambar umairah
hehehehhe ader jea fikiran si umairah nie

macam pocong ker anak aku nie

terbaikkkkkkkk

tetap comey di hati ibu

pelukan cucu pada wannya

sebelum masuk ke sekolah
terus aku ubah cara scarf umairah

hah macam nie lagi la comey
nampak bulat jea muka tu

hehehehhehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 29 September 2012

Cream for Cracked Heels


tumit kaki aku ada pecah-pecah
tu yang mencari cream alternative yang boleh mencantikkan semula tumit kaki aku nie

try beli jenama Prolin dari Cosway
kena tunggu hasil dalam masa 2 minggu
nanti aku review semula selepas aku gunakan cream nie

berhasil @pun tidak..

korang pakai cream apa yea
untuk tumit kaki pecah-pecah nie
tak suka la 
nak pakai high heel pun nampak tak cantik jea
huhuhuhuhuhuhu

kom kongsi kecantikan :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 28 September 2012

Baru Nampak Penyegannya

umar...anak bujang ku sorang nie
macam-macam pe'elnya
jenis slumber dan muka nampak cool jea

dan terbaru si kecik nie
menunjukkan sifatnya yang baru
seorang penyegan hehehehhe

jom layanzzzz




malu la saya ibu hehehehhe
umar taknak pandang camera masa ambil gambar dia bertuala sahaja
comey kan :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Janji Tidak Di Tepati

emmmm siapa yang tak pegang janji nie
si umairah la
memang malas nak pergi kedai
sebab kalau pergi kedai runcit macam-macam benda yang umairah nak
janji pagi tadi taknak apa-apa
cuma nak beli handiplast jea - tumit umairah luka
sudah bayar duit hadiplast
tetiba dengan sengih tubjuk pada aku nak benda tu
aku cakap tak boleh
terus membatukan diri tak gerak-gerak

pagi-pagi sudah buat ibu jadi angin
check wallet nasib baik ada duit kecik
1 kotak nie - RM2.00
sama macam dalam games hp - zombies monster

bila aku sudah belikan
"sayang ibu" umairah
siap kiss pipi lagi
emmm nak ambil hati aku la tu

kembali menyarungkan semula baju kebya biru nie
lama dah tak pakai hehehehehhe

hari nie pekerja GSC pasti berbunga-bunga
ialah hari gaji hehehehehhe
tadi keluarkan duit
nak settlekan hutang-hutang dulu
ada balance baru boleh pikir nak shopping atau beli benda-benda lain...

selamat bershopping semua :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tumbang Sudah

bukan tumbangkan kerbau atau lembu yea
tapi tumbangkan sebatang pokok di hadapan rumah
sebab musabab tebang pokok mangga nie
kerana kerisauan terkena wayar elektrik

jadi petang semalam mak upah orang untuk tebang pokok nie
kena bayar RM150.00
tapi tak habis potong lagi
akan bersambung hari nie

pokok mangga yang telah gondol

nasir tolong bersihkan batang-batang pokok yang bersepah-sepah
memang nampak berserabut la halaman rumah
lepas nie baru boleh buat garaj kereta untuk rumah sewa..

banyak kenangan pokok mangga nie
pokok yang memang ada sejak aku kecil lagi
selalu aku panjat nak petik buah mangganya
kini kena tebang...

tapi untuk keselamatan bersama
terpaksa kena potong



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Buaya Sudah Sampai

kasut buaya sudah sampai semalam
ala kalau sebut kasut buaya
confirm tahu kasut jenama apakan
yea betul kasut Crocs hehehehhehe 

beli online

beli untuk umairah dan umar
bungkusan yang sudah di terima

kasut untuk umairah - RM15.00

kasut untuk umar - RM10.00

pagi nie bagi pada umairah pakai
emmmm terbesar skit
kalau ukur guna jari
ada lebihan sejari 
tapi umairah tetap jugak nak pakai
ialah Hello Kitty kan..

cuma umar memang kecik kasutnya
kesian si umar
nanti ibu belikan yang lain yea



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 27 September 2012

Ada Persamaan Tak :D

ibu dan anak sama jea
kuat memuncung
jom layan


umairah

ibu Ena

macam mana ada persamaan tak dua beranak nie :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Spec Patah ~ Cucu Punya Pasal

balik kerja semalam
terus mak tunjuk pada aku spec mata dia
"tengok apa umar buat kat spec mak" mak
aku hanya belek-belek
penyangkut kecik di batang hidung sudah patah
maka cakap umar baling spec mata mak ke bawah 
sebab tu lah patah
emmmmm penangan cucu sendiri

lepas solat magrib
temankan mak pergi ke kedai spec untuk betulkan spec 
tak lama - sekejap jea

tak kena bayar pun - syukur
dapat khidmat free sebab sudah 2x mak buat spec di kedai tu
loyal customer :D

kalau tak pakai spec
mata mak akan berair
kesian mak aku kan

tetiba umairah request minta aku snap-snap gambar dia dalam kedai spec
aku pun laju jea la hehehehhee
jom layanssssss



gambar nie yang aku tak tahan nie hehehehhee
gaya tak boleh blah hahahahahhahha

umar elok jea pakai kopiah abahnya

macam mana comey tak saya :D

peace..
harap-harap umar tak patahkan lagi spec wannya
kopak poket ibu macam nie huhuhuhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Gym

yeay aktiviti pergi ke gym
telah menjadi perkara wajib dalam diri aku skang nie
setiap petang dari pukul 6pm - 6.45pm
masa aku adalah di gym
dengan kadar bayaran RM4.00 sekali masuk
bagi aku amatlah berbaloi-baloi

peluh yang menitik
perghhh memang banyak la
puas hati dapat keluarkan peluh
selepas beberapa hari setelah melakukan aktiviti riadah nie
aku dapat rasai perbezaan pada diri
terasa badan semakin ringan
dan tidak cepat penat ketika melakukan kerja rumah
cha yok cha yok Ena :p

berpakaian lengkap sebelum pergi ke gym
tukar pakaian di tandas ofis jea

suasana di dalam gym - bahagian perempuan

muka penat gila
setelah melakukan senaman berbasikal..kayuhan kaki dan tangan.. treadmill..push up perut..
memang letih tak ingat la

tapi puas hati sebab dapat buang lemak di badan hahahahhaha
jom pergi gym :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Keranamu Nasi Lemak


rata-rata rakyat malaysia memang suka makan nasi lemak
tak kira lah pagi..tengahari..atau malam
tak kira masa boleh jea layan

nasi lemak : paru + telor goreng = RM5.00

pukul 11pagi tadi
sebab dah tak tahan sangat - perut sudah menyanyi sampaikan jiran sebelah pun boleh dengar
buka bungkusan nasi lemak perlahan-lahan
tapi baru separuh jalan Big Boss sudah lalu sebelah aku
alamak....terkantoi la sudah

sementara big boss masih dalam toilet
cepat-cepat aku bungkus semula
letak dalam bilik sabri hahahahhaha
big boss masuk semula ke dalam bilik dia
terus cepat jea aku masuk dalam bilik sabri
habiskan nasi lemak - makan separuh
memang tak sempat nak kunyah
sebab takut terkantoi semula

emmm tu la kalau nak buat jahat tu
cepat jea terkantoi@tertangkap
cuba orang yang selalu buat jahat
selalu jea nasibnya terlepas

apalah nasib ku
bis boss effect tak bonus Ena
hahahahahhaha


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Teruja...Hello Kitty Town Bakal di buka Di Johor

baru tahu yang di Johor - Puteri Harbour Indoor
akan buat taman tema Hello Kitty
emmmm siapa yang selalu singgah ke blog kesayangan aku nie
pasti tahu apa kesukaan umairah
emmmm sudah tentu lah Hello Kitty
serba serbi nak Hello Kitty
sampaikan ibu dia pun boleh obses Hello Kitty jugak
bak kata Eikin la
mak dan anak sama naik - kemaruk dengan Hello kitty

Taman tema nie akan di buka pada 26.010.2012
hah macam boleh ambil kesempatan untuk pergi jea
ialah waktu tu aku akan berada di Melaka untuk hadiri kenduri kahwin
macam peluang keemasan jea hehehehehhe
tiket pun hanya RM50.00 jea
ok la tu dari Legoland - RM140.00 

Harap Impian Menjadi Kenyataan :D
macam mana teruja tak korang :p

kalau umairah tahu nie
confirm asyik tanya bila nak datang ke sini

anak dan ibu sama-sama akan teruja kalau dapat pergi sini

jom teman-teman kita terjah ke sini :D




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 26 September 2012

Lunch Ngedate

lunch tadi pergi lagi ke The Store
nak beli stoking
jenuh pagi tadi mencari stoking di dalam laci
tak jumpa confirm adk lelaki aku pakai time kerja - geram betul
tadi beli stoking warna pink
try la kalau nak lagi pakai stoking aku lagi eheh

tadi jiran sebelah meja aku teringin/ kepingin sangat nak makan pizza
jadi taknak jiran sebelah meja aku nie kempunan
pergi ajer la

try pizza yang baru
order set couple - RM35.85
rasa - ok ok jea

masa masuk dalam pizza
terjumpa plak my BFF - imah hehehehehehhe
jauh betul la minah nie lunch sampai ke sini
borak kejap jea
sebab imah rushing nak masuk ke ofis semula

cer teka cer teka siapakah teman ngedate ena lunch tadi
clue..clue..clue

"jiran sebelah meja"
hahahhahahahhaa



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Ibu..Lapar

minggu kalau sayang kerja pagi
memang waktu pagi aku yang super duper bz
sebab kena siapkan budak berdua nie
umairah dan umar
seawal 7.30am aku dah kejut budak berdua nie bangun
siapkan mandi dan minum susu

sambil aku bersiap
budak berdua nie layan kartun
cuma pagi nie lepas jea mandi
umar dan tepuk tepuk perutnya
sambil cakap "ibu..par" umar
maksudnya lapar la tu

bawak keluar
bagi makan nasi lemak
umar memang tak kesah kalau n.lemak pedas pun
kalau umairah pedas skit pun dah taknak makan

umar makan sendiri n.lemaknya

umairah pagi kalau sudah minum susu
memang takkan ambil sarapan lagi
pukul 11 lebih baru akan minta makanan
memang berbeza umairah dan umar

kiss dari umairah

macam-macam ragam budak berdua nie diwaktu pagi



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 25 September 2012

Model Cologne

waktu lunch makan di kfc
singgah sekejap ke Guardian
sajer jea masuk temankan eikin nak mencari barang
belek punya belek

ternampak cologne - minyak wangi budak-budak
terus teringat pada umairah
sebab si minah nie suka sangat spray minyak wangi babah dia 
tengok harga pun cuma RM5.40
terus beli 1 botol untuk umairah
versi mini mouse

eikin pun ambil satu jenis Ben10
jadi sorang satu ada cologne masing-masing
jom layan gambar budak berdua nie dengan cologne masing-masing :D

rayyan dan umairah
bersama cologne masing-masing
macam berjanji jea budak berdua nie
warna baju sama - hijau

gaya bebas dari budak berdua nie

suka dengan cologne umairah
bau strawberry
balik rumah
sudah berebut umairah dan umar
emmmmm umar pun nak wangi jugak
esok kena beli lagi 1 untuk umar laks

emmmm budak berdua nie memang
sorang ada lagi sorang mesti kena ada jugak :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 24 September 2012

Ke Hospital Sg.Buloh ~ Semoga Cepat Sembuh

petang semalam pergi ke hospital sg.buloh
untuk melawat m.cik
sebelum nie m.cik dari hosp klang
kena transfer ke hosp sg.buloh
kena strok untuk kali ke dua
semalam pergi melihat keadaan m.cik
sedih aku tengok..sehingga menitiskan air mata
melihat keuzuran m.cik mal
dalam hati aku doakan semoga m.cik mal sembuh
nak ambil gambar rasa macam tak wajar tindakan aku tu

di harap teman-teman semua
mendoakan kesejahteraan m.cik mal aku tu
masuk wad 7B - bahagian neurologi - bahagian otak
kena tebuk di dada untuk masukkan tiub oksigen
Ya Allah rasa sesaknya nafas aku melihat keadaan m.cik mal
hanya Allah yang tahu
perasaan anak-anak yang melihat
lagilah..sebak mendalam
perit tertahan
tangisan tiada air mata
kini pengorbanan seorang anak diperlukan
harap kuat semangat kak fiza..imah..yam dan fatin
mengharungi dugaan ini

di lobby hosp sg.buloh
melayan umairah dan umar
di hosp sg.buloh - kanak-kanak tidak dibenarkan masuk

minta ice cream sebab nampak ada bdk yang lain makan ice cream
2 scope - RM2.30

suka tengok pasu bunga dan bunga di tengah lobby hosp sg.biloh
cantik sangat

yea la umairah pecae
kesudahannya ibu jugak yang kena habiskan ice cream korang tu
emmmmmm

sebelum turun hingga ke level 2
aku dan mak singgah ke wad 5
melawat anak jiran yang masuk ward
kaki kiri patah
peha remuk
tangan kiri patah
alahai si bujang nie
macam-macam hal
xcident di kundang terlanggar lembu melintas

muka ayiep menahan kesakitan
tahun nie nak ambil spm
kuatkan semangat yea ayep

kaki yang di tebuk dimasukkan besi
ngeri aku tengok
terasa gigi aku plak yang ngilu

di harap m.cik mal dan ayiep cepat-cepat sembuh
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Resepi : Popia Goreng Sempoi Nak Buat

sarapan pagi di hujung minggu semalam
sesuai nak makan waktu pagi ataupun minum petang
resepi nie ikut apa yang adadalam fidge jea hehehehhe
tengok ada daging cincang dan kulit popia
terus tergerak hati nak buat popia goreng
suka makan time panas-panas
syorkkkkk tu sambil layan tv :p

ok aku kongsi resepi yang aku buat
semuanya ikut tekak sendiri jea - versi campak-campak yea :p

Bahan-Bahan :
@ daging cincang - aku guna ramly 
@ kacang peace - kalau ada sayur campur lagi bagus
@ garam
@ lada hitam
@ lada putih
@ mayonis

Cara-Caranya :
@ panaskan kuali
@ masukkan daging - masak sehingga daging telah kering airnya
@ masukkan sayur campur
@ masukkan garam, blackpepper, lada putih/sulah
@ rasa dah ok, air daging dah kering, masukkan mayonis ke dalam bahan yang telah siap di masak
kacau sehingga sebati

ambil sekeping kulit popia
ambil 1 sudu inti daging
letakkan di hujung kulit popia
gulung sehingga ke hujung kulit popia
di hujung kulit popia sapu sedikit dengan gam - tepung gamdum yang telah diletakkan sedikit air
buat sehingga semua daging habis di gulung
goreng popia sehingga kekuningan
siap untuk di makan

kalau rajin boleh buat sos sendiri
kalau malas cicah dengan cili sos jea

Sos Cili - Masak sendiri :

@ cili boh - 3 sudu
@ cili sos - 3 sudu
@ air asam jawa - segengam
@ cuka - 3 sudu
@ bawang putih - 3 ulas
@ gula pasir - 3 sudu

Cara-caranya :

@ tumbuk bawang putih sehingga lumat
@ masukkan cili boh, cili sos, air asam jawa, cuka, gula, ke dalam periuk
@ masak sehingga mendidih
siap untuk di cicah dengan popia goreng


daging cincang yang siap di masak

popia yang siap di gulung

popia goreng yang siap untuk di gap ke dalam mulut :D

selamat mencuba...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kalau Dah Sayang Sangat


yea nie la perangai si kecik nie
kalau suka traktor 
ke mana pergi pasti di bawak
sampaikan nak tidor pun di letakkan di tepi dia

kita yang tidor sebelah la azab
sakit bila terkena
tilam dah la kecik jea
di tambah dengan teddy bear umairah lagi
di tambah traktor si umar nie lagi
lama-lama aku tidor atas lantai jea la :p

perangai anak korang?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi