Showing posts with label sobri. Show all posts
Showing posts with label sobri. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Tahniah Ahmad Sobri & Hidayah

selamat sudah adik lelaki aku
Ahmad Sobri melangsungkan hari bersejarahnya dengan kekasih pilihan hatinya
Hidayah Masri
Alhamdulillah
selamat seperti apa yang di rancang

Tanggal 10.05.2013 - Majlis Pernikahan
Tanggal 11.05.2013 - Majlis Di rumah Perempuan
Tanggal 12.05.2013 - Majlis Di rumah Lelaki

penat memang penat
hari Jumaat dan hari Isnin aku ambil cuti
hari Selasa masuk ke ofis memang masih lagi keletihan
tapi syukur sebab kini apa yang dirancang berjalan dengan lancar
dan tiada perkara buruk yang tidak diingini berlaku

banyak benda yang nak di tulis
banyak gambar yang nak di upload
cuma aku tepek beberapa keping mewakili beberapa tarikh yang penting
gambar-gambar yang lain aku upload di FB jea

--ketika sah menjadi pasangan suami isteri--
Tahniah

--bersama adik ipar yang baru--


--majlis di pihak perempuan--
serba serbi pinky
i likeeee

--umairah dan pija jadi bidan terjun--
menjadi flower girls eheh


--majlis di rumah lelaki--
pakaian putih kehijauan
cantik dans ejuk jea mata memandang

--jalan beriringan--

Tahniah untuk adikku
semoga bahagia hingga ke syurga
sobri jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang lelaki
Amin

nak tengok gambar yang lain
boleh klik link FB di bawah nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 9 May 2013

Di Jemput Hadir : Majlis Perkahwinan Adik Lelaki Ena :D

Majlis Perkahwinan adik Lelaki
Ahmad Sobri
12.05.2013

--kad kahwin yang tomey--

--map untuk terjah ke rumah--

di jemput teman blogger semua memeriahkan 
Majlis Perkahwinan adik lelaki Ena 

Ahmad Sobri dan pasangannya Hidayah
Pada : 12.05.2013
Masa : 11am - 4pm
Alamat : C,120 Kampung Melayu Sri Kundang, Jalan C2,
48050 Rawang, Selangor.
Kalau sesat boleh hubungi : Ena : 012-244 9373

Jangan malu-malu datang
Jemput teman blogger sekeluarga...
di harap dengan kehadiran teman semua dapat memeriahkan majlis 

note : sangat-sangat sibuk
tak sempat nak update blog kesayangan
harap selesai semuanya rutin berblogging akan kembali semula
rindu pada korang semua...

terima kasih semua :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 2 January 2013

Hantar Duit Hantaran

semalam sempena tahun baru 2013
kami sekeluarga telah membuat rombongan cik kiah eheh
takder la kami sekeluarga menghantar duit hantaran ke rumah sebelah pihak perempuan
hah siapa nak kahwin tu

adik lelaki aku iaitu si sobri la
kami datang berhajat
sambil mengahantar duit hantaran RM8k
hajat kami datang untuk menetapkan tarikh perkahwinan budak berdua nie
Sobri dan Dayah

perbincangan berjalan dengan lancar
Alhamdulillah
tarikh yang di pilih ialah 
10 May 2013 - Nikah
11 May 2013 - Kenduri sebelah Perempuan
12 May 2013 - Kenduri sebelah Lelaki

Harap rancangan kenduri kahwin berjalan dengan lancar 
Amin

pagi-pagi lagi aku sudah bz
pergi ke kedai canggih untuk beli album dan bekas hantaran
simple jea
susun-susun jea duit ke dalam album
nasib baik la cukup duit untuk di simpan dalam album gambar

si Tuan badan - Sobri
leha hati sebab duit hantaran sudah cukup dan tinggal masa untuk duduk depan Tok Kadi sahaja

last minute punya touch up
duit hantaran untuk di hantar

kami-kami jea yang pergi
Ayah pun tak ikut
sebab kerja


wakil bercakap pada awal permulaan ialah Abang Atan
TQ abg atan sebab jadi wakilkan pihak kami
lepas abg atan mulakan perbicaraan
baru la mak dan kami-kami memulakan percakapan
memula malu-malu kucing la konon eheh

tetapkan tarikh nikah
tetapkan dulang hantaran
tetapkan waktu untuk bernikah
macam-macam topik perbincangan

mak dan bakal besan
wakil dari family dayah ialah abangnya

kesian umar
tengah-tengah kami berbincang
boleh plak si kecik nie terlelap
emmmm kesian anak ibu

habis perbincangan
makan time
suka suka suka

menu yang dihidangkan nasi tomato
perghhhh emmang sedap gila la lauk pauk yang dihidangkan
sayang makan bertambah-tambah
malu tolak ke tepi pastikan perut kenyang hehehehhee

aku banyak meratah lauk
sedapnya
siap tapaukan kami bawak balik lagi
bagus bagus bagus :)

In Sya Allah
nanti aku jemput korang datang kenduri kahwin adik aku nie
ini lah aktiviti tahun baru aku...
korang




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 17 October 2012

Selamat Hari Jadi ~ Ahmad Sobri


selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi sobri
selamat hari jadi

hari nie hari jadi adik lelaki aku -  sobri 25tahun
aku doakan semoga :

@ semoga dipermudahkan segala urusan yang ko lakukan
@ semoga senantiasa dilindungi oleh Allah swt
@ semoga duit hantaran cepat2 dapat dikumpulkan
@ semoga menjadi anak dan bakal suami yang solehah
@ Amin

malam nie jangan lari yea
kena mandi telor
yippieeee



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 30 April 2012

Selamat Bertunang Adik - Sobri

ahad lepas 29.04.2012
selamat sudah adik lelaki aku bertunang dengan pilihan hatinya
Alhamdulillah
9 dulang dari pihak lelaki
berbalas 13 dulang dari pihak perempuan
kalau ikut asal 7 dulang berbalas 9 sahaja
tapi last minute ada penambahan
tu yang pihak perempuan terpaksa tambah apa-apa yang patut untuk mencukupi
hantaran dari pihak lelaki
1-choc
2-buah - strawberry celup choc
3-choc 
4-cincin sebentuk untuk majlis pertunangan
5-buah-buahan

6-2 helai kain 
7-kuih bakar
8-kek
9-sireh junjung

dari pagi aku dan family sibuk menguruskan majlis nie
dalam tengahari family pak long ada
ada jugak family dari sebelah mak yang datang
dan family mak su dari sebelah ayah
adil la tu dari sebelah mak dan ayah ada yang sudi datang ke majlis family nie
nak harapkan yang lain emmmmmm

one happy family
yang betul-betuk ikut tema
hanya umar sahaja
baju umar paling menonjol - orange

mak dan sobri
dihadapan barang-barang hantaran

selamat sudah adik aku bertunang dengan cikaronya
dayah
welcome dear to my family....

cepat-cepat simpan duit
boleh melangsungkan perkahwinan
tempoh pertunangan setahun
kalau duit cepat terkumpul InsyaAllah mungkin singkat tempoh pertunangannya

Tahniah bro....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 24 February 2012

Sudah Sampai Serunya Adik Lelaki - Sobri

 sampai seru siapa erk
sudah tiba saatnya
anak bujang mak aku nak memasuki alam perkahwinan
sobri la saper lagi
malam tadi selepas isyak
kami 3 buah kereta bergerak ke rumah pihak perempuan 
merisik menyempurnakan adat
ialah bercinta dan berkenalan sudah
merisik tetap merisik

dengan berbekalkan cincin belah rotan untuk merisik
dan sebekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka - emmm tahu la mak dari melaka
kuih pun pilih yang nama kuih melaka :p
aku tanyak jugak pada mak naper nak bawak kuih
mak cakap biarlah kita datang dengan kemanisan
elok untuk memulakan perhubungan
aku yang dengar hanya cakap ooooooo

sobri bersama dengan mak
pegang sedulang bekas kuih ondeh-ondeh kuih melaka
senyum meleret jea

kami sekeluarga
sayang tak dapat join sebab kerja
nasir plak entah mana hilang - jumpa kawan la tu
nie adalah 1st time kami pergi merisik
sebelum nie family aku hanya menerima undangan merisik jea eheh
ialah dua-dua anak perempuan kan

 adat merisik nie bagi aku dan family
caranya sempoi jea
cuma ayat nak menyunting bunga di taman tetap di guna pakai
tak hilang dek masa tak luput dek hari - hampeh betul aku punya bahasa
confirm bahasa aku linkup kahkahkah

jadi perbincangan malam tadi
majlis pertunangan akan diadakan pada 1May
hantaran 7 berbalas 9 dulang
akan di beri kain untuk kakak dan abangnya
sebab bakal tunang sobri nie melangkah 3 orang sekali
atasnya semua belum kahwin lagi
ambik ko lompat terus ke 4 tu

jadi lepas nie sobri
mencari ko duit untuk kahwin nanti
cari jugak ilmu nak kahwin
jangan ingat sudah masuk ke alam perkahwinan nie mudah dan senang
banyak dugaan dan cobaan akan ko hadapi
kuat atau pun tidak jea korang akan bertahan

upacara berakhir dengan jamuan ringan dari tuan rumah
kami dihidangkan mee kari
sedap
nak tambah lagi malu plak

penutup cerita lihat pada wajah umairah
aku rasa aku potong rambut depan umairah macam tobek jea
tak serata pun
huhuhuhu cian anak ibu
tak cantik jadinya rambut depan
aduhai rambut cepat la panjang 

salam


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi