Thursday, 18 April 2013

Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu ~ Wisdom Tooth

ok jom baca pengalaman aku ketika cabut gigi bongsu
korang macam mana sudah tumbuh gigi bongsu ker
okey here we go..

--gambar xray gigi aku--
aku kena cabut gigi bongsu atas dan gigi bongsu bawah

Kenapa aku perlu cabut gigi bongsu?
Sakit
memang terpaksa jugak untuk di cabut sebab aku sudah alami sakit gigi
sejak 6 tahun yang lepas ketika aku mengandungkan umairah
cuma ketika itu sakitnya sekejap ada sekejap takder
tapi sejak tahun lepas sakitnya makin sakit dan makin kerap
sudah tidak tahan terus pergi jumpa doc tapi private punya
check punya check..doc beritahu yang gigi bongsu sebelah kanan ada problem
sebab dekat sangat dengan urat saraf
kos untuk buat pembedahan adalah lebih kurang RM600.00
fikir punya fikir..terus aku pergi ke klinik kesihatan
dari sana aku dirujukkan ke Hospital kerana masalah gigi yang berdekatan sangat dengan urat saraf

Lamakah untuk mencabut gigi di hospital kerajaan?
3 minggu sahaja
tak lama sebenarnya
mungkin nasib aku baik sebab ketika nama dalam giliran menunggu
ada yang cancel jadi nama aku naik dan hanya dengan 3 minggu
gigi aku sudah berjaya di cabut

Kenapa perlu cabut sehingga 4 batang sekaligus?
setelah berjumpa dengan doc pakar, doc memberikan pendapat
supaya untuk mencabut gigi bongsu sebelah kiri sekali
kerana gigi tersebut tidak tumbuh dengan sempurna
dengan erti kata lain, gigi tersebut terlindung dengan gusi
sekiranya tidak cabut akan mendapat masalah seperti gigi bongsu sebalah kanan
dan sekiranya kedua-dua gigi bongsu bahagian bawah di cabut kedua-duanya
gigi atas bongsu perlu di cabut sekali
jika gigi atas tidak di cabut, lama kelamaan gigi atas akan memanjang dengan tidak sekata
kerana tiada gigi di bahagian bawah
setelah berfikir dengan semasak-masaknya
aku setuju untuk mencabut ke empat-empatnya sekali

Sakitkah ketika cabut gigi?
bagi aku memang tidak rasa sakitnya ketika cabut gigi
kerana aku dibius sepenuhnya tanpa sedar
1 jam proses tersebut dijalankan
aku masuk ke dewan bedah pukul 10.30am dan diberitahu keluar dari bilik bedah pukul 11am
aku sedar sepenuhnya tapi still mamai ketika pukul 3.30pm
aku dibenarkan keluar dari hosp pada hari yang sama ~ Day Care
tapi perlu seseorang untuk bawak aku pulang ke rumah
tidak dibenarkan drive sorang untuk pulang ke rumah
risiko untuk kemalangan amat tinggi

Sakitkah selepas cabut gigi?
Sakit
Muka bengkak
Susah nak makan ~ makan makanan lembut sahaja
berdenyut-denyut pada bekas cabut gigi
tak selesa kerana ada benang di dalam mulut

Penjagaan mulut selepas cabut gigi?
bagi aku senang jea
masa hari pertama dan ke dua
aku emmang tak berani nak gogok gigi
sebab masih berdarah ketika kumur mulut
untuk langkah menjaga kebersihan mulut
aku kumur mulut dengan air suam bergaram
dengan melakukan rutin nie dapat mengurangkan pendarahan pada gusi
untuk mengurangkan bengkak di muka
aku tuam bengkak dengan tuala yang direndam dalam air suam panas
pastu aku makan ubat antibiotik dan pil tahan sakit bila mula rasa berdenyut-denyut 

Apakah rawatan susulan dari Hosp?
selepas seminggu perlu datang semula ke hosp
sebab perlu buka jahitan di gusi
selepas jahitan di buka baru selesa nak makan
cuma problemnya ada kawasan berlubang pada gigi yang di cabut
tak selesa sebab lepas makan confirm ada makanan tersekat dalam lubang tu
jadi kena sentiasa gogok gigi atau berkumur selepas makan
kawasan berlubang mengambil masa untuk ditutup
kerana pertumbuhan rahang di gusi mengambil masa

Risiko setelah mencabut gigi bongsu?
mungkin setiap orang berbeza risikonya
bagi aku skang nie bibir bahagian bawah aku terasa kebas
tidak dapat merasa apa-apa sentuhan
bila rujuk kepada doc, doc memberitahu bahawa itu adalah kesan dari kecederaan pada urat saraf
untuk pulih sepenuhnya mengambil masa
kini aku diberikan ubat pil vitamin dan pil steroid untuk memulihkan semula kecederaan urat saraf
harap dapat sembuh dengan cepat

Kos rawatan di Hospital kerajaan?
Murah jea
aku hanya bayar RM23.00 sahaja
untuk semua kos

Harap dari pengalaman aku mencabut gigi bongsu nie
tidak menakutkan kawan-kawan di luar sana untuk mencabut gigi
sakit hanya lah sekejap selepas cabut gigi
tapi sakit tidak mencabutnya lagi sakit bertahun-tahun 

harap korang bersabar menahan sakit gigi
dan tidak berfikir lama-lama untuk mencabutnya
cha yok cha yok


--muka nervous sebelum di operate--

--tag nama di pergelangan tangan--

--mr.hubby setia menemati aku ketika proses menerima rawatan--

--wajah mamai--

--wajah aku yang mamai lagi teruk--
ketika tunggu mr.hubby bayar bil

--wajah aku ketika hari ke 3 selepas operate--
muka macam kena suntik botox
bengkak dan muka tidak sekata...

Habis sudah cerita aku mengenai gigi bongsu
selamat maju jaya kepada mereka nak cabut gigi
cha yok cha yok







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

34 comments:

  1. Oohhh.. Mak~ takutnyeeeee~
    zura punye gigi bongsu keluar cam senget sikit.. tapi x de lah sakit.. huhuhu..

    moga cepat sembuh yer~

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah rase sakit gigi tu mcm kene gerudi ke? kalau penah, dh serius la mslh gigi bongsu tu.. operate langsung xsakit, pas operate tu sakit bak kate zarena, tp xlah sakit seperti time sakit gigi tu... dah buang belum gigi tu?

      Delete
  2. Replies
    1. penah rase sakit gigi tu mcm kene gerudi ke? kalau penah, dh serius la mslh gigi bongsu tu.. operate langsung xsakit, pas operate tu sakit bak kate zarena, tp xlah sakit seperti time sakit gigi tu... dah buang belum gigi tu?

      Delete
  3. Assalamualaikum wbt..

    perghhh sofia mmg xbrani bab2 dentist ni..and sofia mmg ade 1 fobia dgn dentist..bile kene jmpe dentist..gigil tahap sampai berpeluh haha..

    sofia skg tgh ade 1 gigi bongsu nk tumbuh..pergh mmg sakit la..tp sbb gg dpn bongsu tu sofia dh cabut..hihi mmg tgh mbersar dgn pesat

    tp bila sampai bab dgn urat ni...huhu takutnyeeee

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  4. bile bace bab ni.. terase lame tak cuci gigi.. nak kene pergi ni.. tapikan.. fifi tak tau la gigi bongsu fifi da tumbuh ke belum.. kalau jadi macam ena.. mesti fifi takut..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah ngeri bunyinya..
    hrp2 cepat ok la.

    laa..heeney tu nama ayah ker.. ingat masih lagi nama ina :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. 12 ari bulan nie sy kne cabut 4 btg skali...sbb geraham bawah yue dh senget....Allahuakbar

      Delete
    2. 12 aribulan nie sy kne wt minor operation...kne cabut 4 btg skali sbb gigi bongsu senget.......Allahuakbar

      Delete
  7. Mase nak bukak jahitan sakit tak? Saya baru lepas cabut gigi bongsu and sehar dua lg nak kne buka jahitan..sgt takot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time skt masa dia lepas bedah
      mmg seminggu mc
      skt dia mmg smp ke kepala

      Delete
  8. Mase nak buka jahitan sakit x sis? Saya baru lepas vabut gigi bongsu..seriau bile dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak buka jahitan tak rasa apa2 pun
      lg tkt masa lepas cabut gigi sebanrnya

      Delete
  9. Mase nak bukak jahitan sakit tak? Saya baru lepas cabut gigi bongsu and sehar dua lg nak kne buka jahitan..sgt takot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn takut nurul
      tak rasa sakit pun
      chayok chayok

      Delete
  10. Hai kak,semestinya tenang selepas gigi ni di cabutkan.saya sekarang tengah menahan kesakitan akibat gigi bongsu ni.ulang alik ke klinik dari tahun lepas setiap kali gigi bengkak n impacted.adakala nya gusi bernanah juga..saya plan utk membuang gigi bgsu ni bln dpn.wisdom tooth saya yg terakhir x dpt keluar akibat rahang yg tak ckp sejak 2009 shhga kini.dan skrg saya nak tya adakah saya perlu refer ke hospital atau cabut ke 4 biji gigi ni d klinik swasta sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah rase sakit gigi tu mcm kene gerudi ke? kalau penah, dh serius la mslh gigi bongsu tu.. operate langsung xsakit, pas operate tu sakit bak kate zarena, tp xlah sakit seperti time sakit gigi tu... dah buang belum gigi tu?

      Delete
    2. mcm mana dah buang ker gigi tu
      jgn pkir takut sakit
      menahan tahan sakit gigi tu lg azab dari sakit buang gigi

      Delete
  11. salam.just nk tye..bibir yg kebas tu dh ok? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bibir kebas tu ambik masa 6 ke 7 bulan nak baik
      sebab masa operate kena urat saraf
      ambik masa utk baik

      Delete
  12. Slm, memang kena masuk wad sehari sebelum ke utk surgery ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takderlah..
      tgk pd keadaan kita..biasanya sehari jea
      day care nama dia

      Delete
  13. as salam sis.. sy pon mempunyai masalah sama mcm sis.. kena cabut 4 batang skali hhuurrrmm takut jgk rasa smpai x lena 1st time kan dlm hidup kena tahan masuk hsptl lbeh sehari :(
    tp btl ke sis mmg x sakit?
    sy ni x tau nk ckp cm ne ble tarikh tu nk dekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cabut ker?
      lepas ubat bius abis mmg sakit
      tapi takper sekejap jea
      dr tahan sakit yang berdenyut2 tu kan

      Delete
  14. Replies
    1. mmg ngeri
      tapi skang nie baik
      sangat2 lah lega

      Delete
  15. Terima kasih kak... Sya bru 19hb buang gg bongsu..
    Muka Bengkak.. Brdnyut² je .. Xsbr nak mkn mcm²...
    Rsauu Gak Knp bgkak igt Ad infenction or.. Tpi akk pun sme so mksdnya xdepe la yea.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugak rasa kebas tu nak hilang
      rasanya nak dekat 6 ke 7 bulan
      sbb kena urat saraf masa operate tu

      Delete
  16. salam kak...perubahan bentuk muka ade tak kene mengene dgn buang gigi geraham bongsu?org kate nanti muka pipi akan mengelebeh mcm org tua ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      lepas cabut gigi tu mmg ada perubahan skit sbb muka bengkak..mcm ada begkak bengkok skit
      tapi skang nie ok jea muka..takder gelebeh pun..

      Delete
  17. Wife pun sama akan kena bedah tak lama lagi. Hopefully selamat lah dari admit sampai selesai bedah. Doakan Wife saya selamat.

    ReplyDelete
  18. Salam nk tya..ms gi tu trs gi hospital ke atau kinik krajaan je? Camne doktor tu putuskan kne buat opret

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi