Tuesday, 17 July 2012

Cara Ceraikan Susu Badan Pada Anak

cara nak ceraikan susu badan pada anak yea
bukan pada babahnya hahahahhahaha :p

umar skang nie sudah 1 tahun 8 bulan
hanya tinggal lagi 4 bulan umar akan berusia 2 tahun
seelok-eloknya seorang ibu menyusukan anak sehingga anak berusia 2 tahun
lebih tak tahu plak apa jadinya

jadi memandangkan lagi 4 bulan umar akan berusia 2 tahun
lately nie aku try google mencari info tentang cara penceraian susu badan nie
cara dan kaedah untuk aku guna pakai kepada umar
banyak sangat cara dan kaedah
tapi yang paling utama ialah pucuk pangkal hati seorang ibu itu
cekal ataupun tidak melihat reaksi anak apa bila anak hendak menyusu dan kita tegar
tidak memberikannya
rata-rata apa yang aku baca ramai yang fail sebab rasa kasih pada anak
membuatkan ibu akan mengalah dan menyusukan anak seperti biasa
dan membiarkan anak stop BF secara semulajadi
maksudnya tetiba anak tidak lagi meminta untuk menyusu badan

tahap menyusu badan umar ketika ini ialah
waktu petang bila aku balik dari kerja pasti sudah melekat di kaki aku
minta nenen
sebelum tidor pasti nak tek jugak - lama bergantung kepada cepat atau tidak terlenanya umar
kalau penat sangat menysusu sekejap terus akan terlelap
kalau menyusu dan saja-saja minta tidor dan umar masih lagi segar
perghhhh alamatnya memang lama la umar akan bergantung - sampai sakit pinggang di buatnya
umar hanya akan menyusu badan badan dari nipple sebelah kanan sahaja
kalau bagi sebelah kiri memang dia akan beralih arah - tak suka

minggu lepas aku try meletakkan asam jawa di nipple
percubaan pertama hisap
terus keluarkan semula dan buat muka lain macam
dan try lagi sekali terus bangun - taknak susu lagi
bagi susu botol umar minum
malamnya sebelum tidor umar minta tek
aku bagi serah sahaja
tapi kelakar umar tengok dulu dan pastikan tiada lagi yang pelik baru menysusu semula
di sini aku tidak kuat
sebab rasa kasihan pada umar membuatkan aku tidak tegar
nak meletakkan asam jawa semula
selalu rasa emmmm lambat  lagi 2 tahun

tapi kini dari pembacaan aku
perlunya proses perberhentian secara slowly
yang bermakna perlunya ada perberhentian secara berperingkat

jadi di sini aku hendak bertanya pada member-member blogger
yang pernah cuba atau ada kaedah tersendiri dalam stop BF pada anak-anak korang
jom kongsi bersama
tak kesah petua baru ataupun lama
asalkan kaedah tersebut berjaya InsyaAllah aku akan mencubanya

hish malu saya, ibu citerkan kisah saya di sini
alaaaaaa ibu, adik kecik lagi boleh la nenen lagi yea :p

apa rahsia kejayaan korang stop BF
kongsi bersama yea..
thanks korang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. zakwan stopsecra semulajadi pada umo 3thn 4bln
    sbb dah ada baby
    tu pun masa baby umo 1bulan zakwan masih bf lagi
    tp sbb dah kena momok dek atoknye
    'kalu susu lagi, baby tggl kt kg'
    trus die stop camtu jek

    kalu idak sblm ni
    mcm2 dah try
    bwg putih, sirap, kopi
    sume tak jalan..! =p

    ReplyDelete
  2. x de tips lagi setakat nih.. sebab anak first tak BF.. yang ke 2 nih masih BF.. tapi BF cam umar jek laaa.. balik keje n nak tido.. pastu malam2.. heheehhe

    ReplyDelete
  3. munna hari tu..Yasmin...cukup je 2 bln munna berhentikan BF.... alhamdulillah mudah je.... munna cakap sakit je setiap kali dia minta susu...buat muka org tgh thn sakit... dia pun faham....

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi