Monday, 26 March 2012

Menziarahi Pak Long Di Hospital Melaka

rasanya kami balik ke melaka kali nie
memang menziarahi orang yang tidak sihat rasanya
sebab kami semua memang tak tahu pak long masuk ke hosp
kami datang ke rumah pak uda
baru lah mak uda beritahu yang pak long masuk ke hospital
petang semalam sebab jari kaki pak long terkena tunggul kayu
habis isi tertarik sekali
hantar ke hospital alor gajah doc sana tak terima
jadi hantar ke hosp melaka  - kena 21 jahitan
dan di cucuk dengan 9 ubat bius
pastu pak long ada kencing manis
jadi kerisauan di situ
harap cepat-cepat sembuh dan berpantang dengan makanan yang di makan

 ketika pak long menceritakan semula macam mana
kakinya boleh terkena tunggul kayu
kesian pada pak long
ialah menolong orang untuk membina pagar
tapi padah terkena pada diri sendiri
takper la - nak terkena nak buat macam mana kan

 sebelum balik
sudah pasti la snap-snap dulu dengan orang sakit
ceria sahaja wajah pak long dengan kehadiran adik-adiknya
yang datang menjenguk

 macam biasa la
umar di pantau oleh p.cik-p.ciknya
aku memang tak larat nak menjaga budak berdua nie
nak bagi umar senyap - senang jea
bagi jea la umar nie dengan hp
confirm akan mendengar kata


balik dari hospital melaka
pergi semula ke rumah mak uda
sebab pak uda dan mak uda naik kereta kami pergi ke hosp melaka
tak bagi pak uda bawak kereta
sampai di rumah mak uda, ingat nak terus balik
tapi kak watie tahan tak bagi kami balik dahulu
minta kami makan dahulu
tau-tau dah ada roti canai siap masak
cuma tinggal untuk di hidang sahaja
jadi lepas solat magrib dan mandikan anak-anak
baru berangkat pergi ke rumah mak dak laks
nak melawat orang sakit jugak

anak-anak yang leka mengisi perut dengan roti canai
Alhamdulillah
penat gila tapi kena singgah lagi ke sebuah rumah
rumah-rumah p.cik dan m.cik yang tak sempat nak kunjung tu
harap maaf lah yea
masa tak mencukupi nak melawat semua rumah
emmmm ingat jugak kami pada m.cik dan p.cik
ada sesetengah tu
tak ingat pun kami yang duduk jauh nie
emmmm fikir-fikirkan la


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi