Thursday, 8 December 2011

Lunch Di Pizza Hut

lunch tadi makan di Pizza
syikin mengidam sangat nak makan pizza
aku biasa-biasa jea
ingat kami berdua jea lunch bersama
bila aku turun opis nampak suami syikin menanti di bawah
terus aku cakap taknak follow la
ialah segan plak nak meyempit sama
ialah bagi peluang syikin dating bersama dengan suaminya
dan-dan tu jugak minah nie tarik tangan aku lunch sama-sama jugak dengan dorang

jadi lunch tadi bukan berdua tapi bertiga
kacau daun syikin nak berdating dengan hubby dia
try promosi terbaru dari pizza
banyak cheese - gemuk la aku macam nie

budak berdua yang otak gila-gila eheh
citarasa pun sama
tapi bab pilih suami syikin yang kurus-kurus jea
aku punya taste yang bam bam hahahahahhaha


suami syikin
still cover-cover malu time makan

korang dah rasa ker pizza terbaru nie
ok la


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 6 December 2011

Mengidam Durian

waktu lunch tadi aku makan udang
jadi petangnya aku menanggung seksa
aku ada alahan pada seafood tapi tetap gatal nak makan
jadi padahnya aku tergaru-garu di badan sebab kegatalan


sayang sampai jea rumah terus ajak sayang pergi farmasi
sebab nak beli ubat
ubat yang ada sudah habis huhuhuhuhu
dapat beli yang baru rasa lega sangat
kurang skit tangan aku mengaru terutamanya di bahagian paha
garu sedap jea tapi bila tengok sampai melecet kulit tu aku garu
sayang selalu marah aku
ialah kulit jadi teruk kan

dalam perjalanan pulang ternampak ada orang jual durian
minta sayang stop untuk membelinya
rasa pulasan yang di jual - memang sedap
beli sekilo..peniaga tu cakap buah pulasan tu baru jea di petik
sebab tu la masih lagi terasa kemanisannya


gaya sayang megopek buah durian
jangan sampai terkoyak seluar jeans sayang tu sudah la yea
mengopek dengan gagah perkasanya eheh


aku kalau makan durian
paling suka yang seulas jea di bahagian kelopaknya
orang cakap isi durian gaya kucing tidor
dapat makan perghhhh memang sedap

bukti kesedapan durian nie adalah dari umairah
siap naik ibu jari lagi cakap sedap

sampai rumah rasa macam menyesal jea beli sekilo buah pulasan
sebab sekejap sahaja sudah habis
semua cakap sedap
umar makan durian memang la
nak ambik sendiri buah duriannya
taknak ambil bila orang bagi
banyak jugak si kecik nie makan

musim durian...memang ada di mana-mana sahaja raja buah nie
buah serawa durian sedap jugak nie
cicah dengan roti atau roti jala perghhhh menjilat jari dibuatnya



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi