Sunday, 11 April 2010

Bagi Aku Tidak Membantu Langsung





pada hari jumaat [2/4/2010]
dengan aku keseorangan
dengan hanya berpandukan alamat di website
aku pergi ke Jabatan Negara Rakyat
@ lebih dikenali sebagai Jabatan Buruh
saper pernah buat aduan di sini
angkat tangan cepat :D


aku pergi di Subang Jaya
dengan rasa was-was tapi tabahkan diri untuk datang jugak
sayang tak dapat temankan sebab ada kerja yang banyak di kilang
tapi takper la doa dan kebenaran yang penting dari suami tersayang
sampai di JTR dalam pukol 2 lebih
lepas orang habis sembahyang jumaat
ramai jugak yang datang
bila kaunter di buka sahaja
terus aku meluru ke kaunter
aku dapat no.2
hehehehhehehehe tak la lama sangat aku di sini nanti kan


aku datang di sini untuk meminta pandangan
apa yang sewajarnya yang perlu aku lakukan di ketika ini
ialah aku taknak pilih jalan yang salah mengikut nafsu yang tengah marah
jadi baik kita dengar dari pihak yang lebih arif
betul tak.....


aku masuk ke bilik no.1
duduk seketika untuk menunggu orang bakal mendengar masalah aku
perempuan dan ayu orangnya [nama plak dah lupa]


aku terangkan semua yang terjadi
setelah beberapa ketika
saudari tersebut mengata terdapat 2 cara untuk menyelesaikan masalah aku nie


penyelesaian tersebut ialah

1) aku menerima sahaja pemecatan aku tersebut tanpa ambil apa-apa tindakan..dan tiada kes yang aku ambil terhadap majikan

2) hantar surat status pekerjaan aku kepada majikan dalam masa 7 hari..jika majikan mengiyakan pemecatan baru la kes akan difailkan..dan sekiranya majikan masih mehu aku bekerja, aku perlu bekerja semula dan memberi notis berhenti sekiranya aku taknak bekerja di situ semula...


bila aku dengar cadangan yang diberikan
dengan selamba terus aku cakap
kata JTR nie nak menolong staff yang teraniaya
tapi dari cadangan yang saudari berukan lebih memihak kepada majikan..
tak guna saya membuat aduan sekiranya semua cadangan hanya memihak kepada majikan..
aku ucapkan terima kasih dan terua angkat punggung
ialah buat apa nak tunggu lagi kalau cadangan lebih memihak kepada majikan


korang pernah tak dengar
pasal JTM tak ambil tindakan apa-apa terhadap majikan
walaupun staff tersebut ada bukti yang kukuh mengatakan dia teraniya
sepupu sayang ada buat aduan terhadap JTR
JTR siap datang ke kilang untuk buat spotcheck
tapi pastu senyap jea tiada apa-apa yang terjadi
kesian kan


sayang cakap skang nie lebih elok buat aduan ke Jabatan Perusahaan
yang nie lebih memihak kepada staff
kes berjalan setahun
bekas majikan tetap akan dikenakan untuk membayar gaji bekas pekerja



apabila kaunter di buka
semua orang nak serbu


muka bosan menunggu giliran



aku call Mr.Phua [Secretary Company dan Accountant Company]
sehari selepas terjadinya perkara nie
dia memang terkejut bila dengar aku sudah di pecat
Mr.Phua memberi jaminan yang aku akan mendapat gaji aku untuk bulan march
dia janji pada aku
ok aku harap janji tersebut dapat ditunaikan
dan aku kena datang ke opis pada hari selasa [6/4/2010]


pergi ke sana aku ditemani Lini
sayang tak benarkan aku pergi keseorangan ke sana
jadi bila ada orang temankan kira ok la
jimmy sudah terbang pergi ke Thai
jadi aku berjumpa dengan Mr.Than [bapak mertua jimmy]
bersama sekali dengan Mr.Phua


masuk ke bilik mr.than
aku cuma senyum memandang
aku rasa ada lah nak dekat 2 jam lebih aku di bilik mr.than
sampaikan helen pun minta diri dulu sebab sudah masa untuk balik
mr.than cuba memujuk aku untuk bekerja semula
emmmmm jimmy tak berjaya nak pujuk aku bekerja semula
skang nie guna plak kaedah bapak mertua dia plak untuk memujuk aku bekrja semula
tapi apa yang aku boleh perkatakan
aku dah tak sanggup nak bekerja semula
nak bekerja semula dan memandang semula muka jimmy
aku memang dah tak boleh
masih lagi dalam trauma melihat polis datang macam nak tangkap aku
macam aku nie buat kesalahan yang besar
padahal nak memerangkap aku


mr,than asyik la cakap
bos tengah marah memang la macam tu
yang tu aku memang tak boleh nak terima
ialah 3 tahun aku boleh sabar dengan karenah panas baran dia
cuma aku yang boleh sabar di situ
staff yang lain awal-awal lagi dah cabut lari sebab dah tak tahan nak bekerja dengan jimmy lagi
jadi apa perlunya aku berkorban jiwa raga untuk bekerja dengan jimmy lagi
cukup la dengan apa yang terjadi
tak sanggup lagi aku nak hadapi beban perasaan berulang kali
cukup cukup cukup la
cari ajer la staff yang lain
yang boleh buat semua benda macam minah kilang tu


mr.than beri tempoh kepada aku 3 hari untuk aku berfikir
aku cuma mengangguk sahaja
cuma di dalam hati takper la dengan perlawaan mr.than tu
ena dah berhabis pikir yang ena memang taknak bekerja lagi di situ
bila perasaan bebes tu sudah ada biarlah ianya bebas selama-lamanya


sebelum balik aku tanya pasal cek gaji aku
aku pandang pada mr.phua
dan mr.phua cakap dia dah pass pada mr.than
mr.than terus cakap yang cek untuk aku belum sign lagi
ehhhh apa kes nie
cakap cek dah ready bila dah datang cakap cek tak sign lagi
nak main-main ker
mr.than cakap bila dah ada dia call aku
aku keluar dari opis dengan geram tak ingat la
memang buang masa aku datang
selepas nie jangan la harap aku nak datang semula


aku bagi msg pada mr.phua
"mr.phu cakap cek ena dah ready datang hari nie untuk collect sahaja..bila ena datang cek tak sign lagi..sampai bila cek ena nak ditangguhkan"


aku tulis msg tu memang dalam perasaan yang marah la
sebab rasa macam dipermain-mainkan
geram dan marah


mr.phua call aku tak angkat pun
malas nak layan
tak lama tu mr.than plak yang call
aku memula tu taknak angkat
tapi bila lini nasihatkan aku untuk angkat
baru la aku angkat
mr.than say sorry sebab tak dapat nak bagi cek tadi
sebab cek tertinggal di ss2..datang ke opis terlupa nak ambil..
jangan ingat dia taknak bagi cek aku tu


aku cuma ya ya ya jea dari awal sampai la hp dimatikan
emmmm lain plak alasan
tadi baru cakap cek tak sign lagi
pastu cakap plak cek tertinggal plak lupa nak ambil
emmmm apa-apa jea la labu


hari sabtu yang lepas aku call mr.than
untuk tanyakan pasal cek aku lagi
dan tak dapat nak jumpa aku sabtu tersebut sebab dia dah 2 hari tak masuk ke opis
sebab demam
emmmm kesian
mungkin banyak masalah yang dia kena pikirkan
ialah syarikat sendiri pastu syarikat anak menantu plak tu kena settle kan
mana la tak demam
mr.than nak jumpa aku hari isnin pada pukol 3 lebih
emmmm takper la aku pun dah start kerja baru di tempat baru
mungkin aku akan msg ajer mr.than aku tak dapat nak jumpa
kalau ada rezeki aku
ada cek gaji aku
aku cuma minta pass ajer pada helen
aku akan ambil saja dari helen
nak jumpa mr.than
aku rasa takder apa yang nak diperbincangkan lagi


full stop cerita aku tentang kerja aku yang lalu
skang nie aku bahagia dengan kerja yang baru
nanti aku ceritakan :D


ceria-ceria selalu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

7 comments:

  1. salam ena..byknye dugaan ena..be strong ok....baru abis baca entry2 ena sebelum ni..

    ReplyDelete
  2. adui laaa ena... sabar je la kan.. dugaan ena.. kalau nak cerita pasal majikan yang hampagas ni, ain pun banyak gak cerita nya.. tak pe, yang penting sekarang ena dah bebas dari cengkaman hempagas tu.. hahahha

    ReplyDelete
  3. ena,
    fuuhh... serius hebat betul dugaan ena... dalam keadaan berbadan dua, ena tabah hadapi semua cabaran ni kan... well, ita harap, kerja baru ni lebih baik dari yg sebelum ni...
    jaga diri & kandungan elok² ye... jgn terlalu stress.. & banyakkan senyum... nanti baby pon happy je...

    ReplyDelete
  4. hmm, ena kalau kes2 mcm ni jangan tak angkat call, kalau dorg call jawab jek.

    Ena, dapat kerja baru tu, ena nak hantar notis resignation in advance ke?

    Harap2 ena dapat gaji ena tu ok

    ReplyDelete
  5. Sian ena... byk tul dugaan masa mula mengandung...tapi percayalah... lepas ni ena akan dapat pelangi paling indah dan berpanjangan.... macam yang ease rasa dulu... trust me.... yang penting ena harus tabah...

    ReplyDelete
  6. fuh... saya lak yg berapi bca cite akak ni...
    ehh bukan ke klu pekerja kena buang kerja tnpa notis.. patut kena dpt pampasan ke???
    JTM mmg membantu pon selama ni... ceh...

    ReplyDelete
  7. ayu dah agak dah mesti berkaitan dgn keje ena
    tpi ni ler langkah bijak yg sepatutnya ena amik.
    ape kes keje mkn gaji dgn org tpi dia buat gitu?!
    dari mkn ati..dari sakit ati..
    baik blah.
    dahalh menjatuhkan amruah.
    pasla cek tu kan ena..
    ayu dulu prnh kena cam ena time keje kilang.
    bengang siot.
    keje 3 shift tpi benti sebab nak smbugn study,boleh plak cina tu takmo byo gaji pas abis notis 30 hari.
    so ..tawakal jerlah duit tu dpt ker tak.
    thu - thu Allah bantu.
    selang sebulan pastu..gaji pun dpt.
    pelik?
    tpi itulah.
    doa kena byk2
    sabar ye ena.

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi