Thursday, 17 January 2013

Mana Adab


parking ataupun tempat letak kenderaan
banyak situasi yang terjadi :

kes no.1 :
sudah pusing merata mencari parking lot
tetiba nampak ada orang nak keluar
terus bagi lampu single
maknanya kita nak masuk lepas orang tu blah 
tunggu..tunggu..orang tu tak gerak lagi
bila kita sudah hilang sabar
terus gerak
bila kita jeling kereta tu semula
tengok orang tu tengah bergayut
angin kan.....

kes no.2 : 
sudah pusing merata mencari parking lot
nampak ada minah nie dah masuk kereta
ok bagi lampu signal dan tunggu
2-3 minit tunggu
minah nie tak keluar lagi
apa kes
jeling-jeling nampak minah nie tengah betul-betulkan tudung
betul-betulkan make up
fuhhhh angin satu badan

kes no.3 :
sudah pusing merata mencari parking lot
nampak ada one family masuk dalam kereta
lega..bagi lampu singnal dan tunggu
tunggu 2-3 minit tak keluar jugak
jeling-jeling tengok
rupa-rupanya tngah melantak makan dalam kereta
angin gak satu badan

kes no.4 :
sudah pusing merata mencari parking lot
dari jauh ada nampak kosong
sudah xcited nak parking
bila sampai jea nampak parking lot tu sempit
sebab kereta sebelahnya gila kuasa
parking kereta sampai ambil 1 1/2 parking lot
gila kentang..angin gak satu badan

kes no.5 :
sudah pusing merata mencari parking lot
nampak ada kereta nak keluar
kita bagi lampu signal
bila kereta keluar
kita baru jea nak masuk
kereta dari depan berdesup masuk parking
kita dalam kereta melopong mulut
melepas la lagiiiiiii


mesti ramaikan pernah alami apa yang aku rasa nie
aku rasa boleh jea kita nak buat semua-semua tu
tapi nak buat cuba tengok dahulu sekeliling macam mana
ada orang yang menanti ker
jadi cepat-cepat la start enjin dan blah
bagi peluang pada orang yang telah lama mencari parking...
bila difikir-fikirkan mana la adab korang pengguna kereta di Malaysia nie
geram tau bila terserempak dengan orang yang sebegini
selalu jea terkena
kalau suami aku ada confirm kena maki jea saper-saper yang buat
sebab pernah dulu suami aku hilang sabar
di horn nya kereta tu panjanggggggggggggggggg dan lama
malu beb
aku yang duduk sebelah nie rasa macam nak sorok muka jea hehehehehhee

pernah korang alami
tapi sebagai apa
sebagai yang tiada ADAB ataupun yang TERKENA




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 16 January 2013

Coret-coret Mengenai Umairah ~ Tentang Dia

2hb adalah 1st day umairah zahrah melangkah kaki sebagai budak pra school
pagi tu umairah memang xcited untuk pergi ke sekolah
tempat yang sama jugak masa aku hantar untuk day care
day care di sebelah dan pra sekolah dan tadika di bangunan sebelahnya

dan aku sebagai ibu tentunya berbangga melihat anak sudah berbaju sekolah
lengakap dari atas hingga ke bawah
bila aku xcited anak lagi bertambah-tambah xcited
sebelum hari sekolah
hari-hari pakai beg sekolah dan kasut sekolah :)

dan pagi itu
dengan ibu bapa anak yang lain sama-sama rasa gembira melihat anak kegembiraan
dapat melihat kawan-kawan semula
letakkan umairah dalam classnya untuk palajar 5 tahun
berjumpa sekejap dengan Princpalnya untuk bayar yuran dan total bil keseluruhannya
bila berjumpa
"mak umairah yea, saya terpaksa letakkan umairah di class 4 tahun sebab umairah takder penumpuan dalam class..saya tak boleh letak umairah di class 5 tahun"principal

aku yang mendengarnya nak bertanya semula
tapi ada ibu bapa yang lain di situ
dan suasana di dalam pejabat sangat kelam kabut
terus pendam dalam hati apa yang nak dipersoalkan

umairah

di dalam class

di dalam class with ibu
muka masam skit sebab kena bangun awal dari kebiasaan

perbarisan yang pertama dan terakhir

ceritakan pada sayang apa yang terjadi masa di sekolah
terus sayang minta aku tarik umairah dari sekolah tu
masing-masing tengah marah
call mak minta mak pergi ke sekolah kemas dan pasti
untuk menanyakan kekosongan
tapi hampa sebab sudah penuh

kenapa kami MARAH
sebab kenapa ko boleh cakap umairah tiada penumpuan dalam class
berdasarkan apa ko meletakkan umairah di dalam class 4 tahun
sebab umairah sudah masuk di day care 2 tahun
jadi berdasarkan 2 tahun pergaulan umairah di situ
ko boleh simply-simply letak umairah di class 4 tahun
kalau letak di class 4 tahun macam mana umairah nak lagi beri tumpuan
sebab class 4 tahun bercampur dengan budak 3 tahun
tahun lepas sudah masuk class 4 tahun this yea pun ko nak letak class 4 tahun
jadi bila masanya budak tu nak berkembang otaknya
akan statik jea la macam tu
tapi budak yang baru fresh masuk tadika dan daftar that day
ko boleh letak dalam class 5 tahun
itu ko nak klasifikasikan sebagai apa
oooooo budak lama ko letak class 4 tahun
budak baru boleh terus letak class 5 tahun
memang tidak adil

kalau korang sebagai ibu bapa
korang marah tak
anak korang diperlakukan sebegitu rupa
mesti marahkan

lepas 2 hari tak pergi ke mana-mana
ada di rumah sahaja
kami decide antar sahaja umairah bersama dengan adiknya
Taska Manja Rina
sudah 2 minggu lebih hantar umairah di sini
nampak sangat perubahannya
ABC sudah lancar
skang nie dalam proses mengenal huruf
Alhamdulillah

sayang cakap mungkin ada rahmat apa yang terjadi
kita ambil langkah dratik pada permulaannya
dan diakhirnya ada berita gembira untuk kita
memang pada permulaanya
banyak mulut akan bertanya itu ini
kenapa tak hantar ke sekolah
kenapa..kenapa..kenapa..
finally resultnya amat membaggakan kami
bukan banggakan ibu bapa yang mencaci kami tu
emmmmmm

kini umairah dan umar sangat gembira
sebab tidak lagi dipisahkan

aku tanya pada Pn.Zaiton
perangai umar macam mana
Pn.zaiton sangat honestly beritahu
umar sangat good boy
dan tidak banyak kerenah
boleh masuk class dan boleh belajar bersama-sama
tidak mencubit budak lain
tidak memukul budak lain
tidak buat nakal dalam class
memang good boy

bila dengar apa yang pn.zaiton beritahu
dan compare dengan principal sebelum nie yang umar kena buang sekolah
terdapat perbezaan output diberikan
ntah tak tahu apa yang tak sukanya pada kami nie

sayang cakap "biarlah sorang tak suka kita, ada seribu orang lain yang suka kita"sayang
betul jugak tu
jadi aku tak kusut-kusutkan otak aku
just beri tumpuan dalam pembelajaran umairah dan umar sahaja
siapa taknak berikan perkara TERBAIK dalam hidup anak-anak
betul tak

maaf entry kali panjang berjela
sekadar meluahkan rasa...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Jangan Lihat Orang hanya Sebelah Mata


sebelum nie aku pernah beritahu aku nak shopping di salah satu tempat jual kain
tapi bila lihat perangai sales girl macam haprak
terus kami blah

pergi ke pasar
korang rasa nak pakai macam mana
takkan la nak pakai kasut tumit tinggi
siap pakai make up
siap dari atas ke bawah
lu pkir la sendiri kan

mesti la hanya tudung biasa-biasa
baju biasa-biasa
seluar biasa-biasa
dan pasti pakai selipar jea
tapi bukan selipar Jepun la hahahahaha

lepas pergi pasar
mak ajak pergi beli kain ela untuk pakai waktu wedding sobri
ok jea
terus pergi ke gudang nie
bila kami masuk tu
sales girl sudah pandang kami dari atas ke bawah
ok lagi kami masuk jea sebab memang nak membelikan
bukan istilah nak window shopping tau

bila belek-belek kain
sales girl cakap sambil buat muka
area sini kain mahal yea
area sebelah sana murah skit harganya
hahhhhhhhh WTFish ko cakap macam tu pada customer
tak belajar ker......

sabar lagi
kami tengok kain lace
benda yang sama gak sales girl tu cakap
hah apa lagi

terus la mak aku melenting
aku nak jugak melenting
belum sempat aku nak sound
mak dah sound dulu
"dik, ingat m.cik nie takder duit nak beli ker..ingat m.cik datang sini nak tengok2 jea ker"mak
terus kami semua keluar
tak jadi nak membeli

last-last kami shopping di Nagoya jea
puas hati

lagi satukan
aku tak suka tau bila beli barang sales girl suka la sangat
ikut bontot kita
mana-mana kita pergi sales girl ikut jea
tak suka tau

korang pernah tak alamai macam aku nie
seyes tau tension di buatnya
itu belum lagi pandang orang macam kami nie miskin
perghhhhhhh dasyatttt



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

TQ Mummy Ayu

semalam balik dari kerja
nampak ada surat dalam peti surat
bila tengok jea
yeayyyy sukanya hati
sebab sudah sampai hadiah dari Mummy Ayu
last month join contest di blog mummy ayu
http://mummyayu.blogspot.com/2012/12/life-is-beutiful-giveaway.html

dan memang tak sangka akan menang
sebab aku nie bukannya jenis ada luck pun
lagi-lagi guna random pick..

sampul sesuci bersih

memang kretif mummy ayu nie buat card
comey jea kan

ada kata ucapan sebab join contestnya
dan dapat fridge magnet
comey jugak

once again TQ mummy ayu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 15 January 2013

Nak Kurus ~ Jom Guna Losyen Anugerah

setahu aku losyen-losyen untuk panaskan badan ataupun nak bakar lemak
losyen mustajab jea
malam tadi jumpa dayah baru tahu ada losyen lain yang boleh membakar lemak jugak
aku bab-bab nak kuruskan badan secara sapu-sapu nie cepat jea
hehehehehe pemalas betul nak bersenam

lunch tadi pergi ke the store
jumpa kedai jual produk kecantikan
terus tanya sales girl tu
ada losyen anugerah tak
terus sales girl tunjukkan losyen tu pada aku
dah ada depan mata apa lagi terus la membelinya

aku beli Haruman Apple Green
sedap jea baunya
sekotan losyen anugerah
RM26.00 untuk 150ml

bekas yang senang untuk di simpan
besar jugak

losyen yang terdapat bekasnya
wangi semerbak haruman losyen anugerah nie
lagi sedap baunya dari losyen mustajab

Haruman Apple Green
Mukjizat keajaiban Al-Quran
Khasiat 7 herba tradisional
Tekstur lembut, halus dan tidak Melekit
Kandungan: 150 ml
Harga: RM26.00

Losyen ini diperbuat menggunakan air yang telah didoakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran berikut:

Bacaan 30 Juzuk Al-Quran, Ayat2 Ruqyah, Ayat Ruqyah Jibril, Ayat Ruqyah Nabawiyah, Selawat dan Doa Syifa, Selawat Tafrijiyyah, Pendinding Al-Muawwizat, Saiyidul Istigfar [Penghulu Taubat], Keagungan Ayat Qursi, Ayat Pembantal Sihir & Pukau, Doa Menghindar Gangguan Syaitan, Doa Menghindar Hasutan Syaitan, Doa Bakar Jin & Syaitan, Ayat Penawar Seribu Guna, Ayat Pendamaian, Ayat Pelembut Hati, Doa Pengasih, Doa Seri Wajah, Doa Pelaris Perniagaan, Doa Penyejuk, Doa Atasi Gangguan Tidur, Ayat Atasi Cemburu dan Hasad Dengki, Doa Pendinding, Doa Terang Hati, Salam Sulaiman n Solat Hajat.

Kandungan Losyen Anugerah
1. Losyen Anugerah menggunakan air yang telah didoakan dengan bacaan ayat2 Al-Quran
2. Ekstrak Lengkuas
3. Ekstrak Serai
4. Ekstrak Limau Purut
5. Ekstrak Minyak Kayu Putih
6. Ekstrak Halia
7. Ekstrak Daun Bidara
8. Ekstrak Avacado
9. Menthol
10. Methyl Salicate
11. Carbomer
12. Minyak wangi
13. Air

Cara Penggunaan: 
Untuk kegunaan luar sahaja. Sapu di bahagian sakit sambil berselawat.

AMARAN: Jangan dilangkah Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini kerana ianya telah didoakan.

Kita hanya mampu berikhtiar, segalanya ditentukan dengan keizinan Allah

kita sebagai muslim bila melibatkan produk yang ada mengandungi ayat al-quran 
akan rasa lebih yakin untuk menggunakannya...

nanti aku beritahu testimoninya selepas gunakan losyen anugerah nie yea...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Telekung Kanak-Kanak

jalan-jalan cuci mata di Stadium Shah Alam
memang mencari sangat telekung kanak-kanak
nak beli online takut terbesar sangat
cari-cari di kedai takder laks jual telekung kanak-kanak

jadi dikesempatan nie
memang mencari bersunguh-sunguh
finally dapat jugak telekung untuk umairah
beli size S harga pun hanya RM25.00 sahaja
harga berpatutan jugak
bab yang ini aku memang takkan tawar menawar
korang fahamkan maksud aku

kesian pada umairah
sebab kalau di rumah kalau tiba angin dia nak ikut solat berjemaah dengan kami
aku akan pakaikan telekung aku pada umairah
siap pakaikan keronsang lagi ialah besar sangat kan
tu yang aku beriya sangat nak mencari telekung
kalau balik ke Sijangkang lagi kesian
kakak-kakak sepupunya solat berjemaah umairah akan pakai telekung orang lain
besar sangat...

skang nie umairah dan umar sudah boleh ikut sekali aku dan sayang solat
anak nak solat sekali baik kita galakkan
tak kesah la sujud tu macam ala-ala buat senaman yoga
asalkan ada kemahuan nak ikut parentsnya

telekung barbie untuk umairah dan pija
kecik jea sizenya
memang sesuai untuk di bawa ke mana-mana

muka suci anak-anak


anak dilahirkan seperti kain putih
kita sebagai ibu dan bapa yang akan mencorakkan pemikiran dan kelakuan anak-anak

semoga aku dan sayang dapat mendidik anak-anak dengan berjaya
di dunia dan di akhirat
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Nagoya Mencari Basikal :p

 lepas makan dan cuci mata di Stadium Shah Alam
terus mak ajak pergi ke gedung untuk membeli kain ela
memula kami pergi ke Gulatis di USJ tapi sampai di sana sudah tutup
premis telah di tutup
terus ajak sayang pergi ke Jakel ke Sek.7
tapi sebab ada kes yang menyakitkan hati
terus kami taknak membeli di situ
sales girl mulut kurang ajar
keluar dengan tangan kosong - nanti aku ceritakan apa terjadi di situ

aku terus decide pergi ke Nagoya di Plaza Alam Sentral
aku memang suka pergi ke Nagoya untuk membli kain ela
bukan beli basikal yea hehehehehehe
puas meraound mencari kain ela berwarna hijau kosong
tema kahwin untuk sobri nanti hijau + Choc
jadi jenuh mencari kain yang cantik berwarna hijau

umairah, pija dan umar
buat nagoya tu macam taman permainan sudah
berlari-lari dalam rimbunan kain ela
sayang dan apis jadi guard di luar
memantau anak-anak
jadi aku, mak dan lini bebas memilih kain ela hehehehehe

jadi selamat sudah membeli kain ela untuk di pakai pada hari kahwin sobri
dan untuk di pakai ketika bertandang ke rumah perempuan
cuma aku tak beli lagi untuk waktu bernikah nanti
ecececehhhhh saper nak kahwin nie :p

aku, mak dan lini
di kaunter bayaran
berhabis lebih RM400 jugak di sini

kain ela pilihan hati mak
yang lelaki sepasang baju melayu
yang perempuan kain bewarna hijau
baju berwarna hitam
puas mencari kain berwarna choc tapi tak berkenan di hati
ok la tu

kain ela untuk bertandang ke rumah perempuan
kali nie kain jea sama tapi warna tak sama

petang nie baru nak tempah kain untuk di buat baju
nasib baik m.cik yang jahit baju nie charge harga murah skit
banyak nie tak tempah huhuhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 14 January 2013

JJCM Di Stadium Shah Alam

hujung minggu semalam
lini ajak pergi ke Stadium Shah Alam
teringin sangat nak makan roti bom
ialah selalu dengar aku jea makan
kali nie dia pun nak rasa jugak

tapi pagi semalam pagi sudah hujan
tunggu jugak hujan berhenti
last-last 10 lebih hujan renyai-renyai jea
tetap nak pergi
sampai di stadium pukul 11am
nasib baik hujan sudah berhenti
dan rasanya ramai yang baru datang waktu tersebut
mungkin sama macam kami kot
tunggu hujan berhenti baru nak terjah

sampai-sampai jea
kami terus ke bahagian makanan
ialah perut sudah lapar
cari meja kosong
dan terus order
roti bom - 7 keping
murtabak daging - 4 keping
cicah dengan kari dhal dan sambal
makan sehingga menjilat jari
roti bom dan murtabak daging
puas hati makan murtabaknya
sedap, tebal dan banyak isinya

kami 3 beranak
umar memang suka makan roti bom
2 keping dia sorang jea

peace yo
hehehehehe

umairah si mulut muncung
mak nenek sorang nie
pastu londau
suka sangat tumpahkan air

family Lini
hapis dan Pija

kambing bakar
tak sah kalau datang ke sini tak beli
sedap tu

abaikan umairah bajunya yang kotor 
suka sangat tumpahkan air atas meja

ice cream
aku tak suka laks makan ice cream potong nie
sebab pernah terkena sekali beli tak sedap huhuhuhu

amboi amboi si kakak nie
hisap jangan tak hisap
cepat sangat cair ice creamnya

umar dapat senapang
pau dari babahnya
terbang duit RM12.00
tak beli aksi drama sebabak akan berlaku
hehehehehhe

seronok datang ke sini
baju-baju peplum banyak sangat di jual di sini
harga pun murah-murah jea compare di online
beli la sepasang hehehehehehhe

korang suka datang ke stadium
apa barang yang korang cari...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Domino's Pizza

last friday
bawak mak pergi ke Domino's Pizza Sri Damansara
lepas bayar duit kereta
tanya mak, nak makan di mana
pilihan yang diberikan Satay ataupun Pizza
dua makanan nie memang favorite mak aku
dalam sebulan makan lebih dari 3x pun takper

kali nie mak nak makan pizza
jadi bawak mak makan Domino's Pizza
Pizza Hut memang mak tak layan
Domino's jugak yang di layan
sebabnya sebab boleh buat Thin Crust
tu yang tak jemu untuk di makan
kami ambil set terus
ada 3 jenis pizza regular
BBQ Pizza memang kemestian untuk di pilih
jangan tak percaya regular tu mak aku sorang jea habiskan
memang dasyat mak aku nie

banana pizza tu memang aku suka makan
ialah minah suka pisang kan hahahahahaha

muka mak yang makan penuh kenikmatan hehehehehe
cucu buat bising sebelah pun sudah tak di layan

umairah dan umar kalau datang ke sini
memang buat kedai tu macam mak bapak dia yang punya
lari suka-suka hati
kalau couple duduk sebelah memang kena ngayat dengan umar
umairah banyak tanya di meja sebelah
tu belum lagi baring atas meja
tetiba jea cakap
"anak saper la nie"
hahahahahhahaha

selalu aku jea suka melayan permintaan mak nie
anak-anak lelaki buat hal sendiri jea
nanti kalau aku ada rezeki lagi ada anak
aku nak yang bongsu nie perempuan
boleh jaga dan teman aku masa tua nanti..Amin

menu terbaru dari Domino's Pizza
apa kata korang try
sedap



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 11 January 2013

Lava Grill Burger

sabtu lepas sebelum balik ke Sijangkang
sayang ajak pergi makan burger bakar
lately nie aku memang suka makan burger bakar
tak kesah la burger bakar jenis apa pun
semuanya aku sapu jea

kali nie aku try makan Lava Grill Burger
korang pernah makan tak
macam-macam nama burger bakar skang nie kan
ikut tekak kita mana nak pilih :)

memandangkan stall burger nie di dalam restaurant
ada menu western sekali
kami belikan untuk umairah dan umar
fish and chips = RM14.00
soup = RM4.00

umairah menghirup habis soup di dalam mangkuk
anak-anak aku nie memang tekak western

umar suka makan fish
jadi umar yang menghabiskan fish
kakak habiskan soup dan fries
licin pinggan

kami pilih beef burger single jea

bagi aku
rasa ok la
boleh tahan
nampak menyelerakan sebab burger dikelilingi dengan cheese
siapa hantu cheese pasti membuka selera korang

macam mana terbuka selera nak try burger nie

tak rugi untuk korang try
sebab sedap
bagi mereka penggemar burger
apa kata korang try :)

lokasi Lava Grill Burger :

LAVA GRILL BURGER CAWANGAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM,
KAFE PAUNG,
40M, JALAN ZIRKON F7/F,
SEKSYEN 7, SHAH ALAM,
SELANGOR.
HP: 019-3257716 / 019-2924232 (RIZAL).

LANDMARK: BELAKANG UNISEL

WAKTU OPERASI: 5.30PM - 12.30AM

selamat menjamu selera
untuk lokasi yang lain




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Alhamdulillah Rezeki Hari ini

lunch tadi gebang-gebang dengan Syikin dan Fiza
As cuti hari nie sampai hari Isnin
huhuhuhu sunyi skit la bila minah nie takder di meja sebelah

pergi ke The Store
cuci-cuci mata
macam terbekenan plak dress peplum
memang cantik
tanya harga RM40.00
minta kurang skit RM35.00
memang mati air tak bagi kurang
emmmm terus blah
memang perangai aku macm tu
kalau minta kurang tak dapat
terus angkat kaki jea la
beli tempat lain jea

skang nie aku tengah gila fesyen peplum dan lace dress
cantik la
korang suka tak...

lunch tadi makan yong tau fu sup jea
kena charge RM5.60
kenyang jugak makan sup-sup nie

Alhamdulillah hari nie Bonus telah masuk
boleh la cover-cover payment mana yang tersangkut hehehehehe
cuma tahun nie bonus kurang skit dari tahun lepas
tapi apa-apa pun Alhamdulillah
rezeki anak-anak
malam nie nak bawak mak makan satay :)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mari Mewarna

aktiviti setiap malam untuk umairah dan umar
aku akan mengajar umiarah mengenal ABC..I23
skang nie kena tegas skit dengan umairah
sebab sudah 5 tahun
kena kuasai sepenuhnya setelah masuk darjah satu nanti

malam tadi hanya aktiviti mewarna
bab seni nie umairah memang suka
umar sahaja maih lagi menconteng
tapi bagi kategori umur 2 tahun itu sudah bagus eheh

umairah

tengok la cara umar menwarna
habis dicontengnya

dua beradik buat aktiviti sendiri
kakak kedekut skit tak bagi adiknya guna warna pensilnya
emmmmm



malam skang nie sibuk skit dengan aktiviti anak-anak
tak boleh nak mengadap tengok kartun jea
no no no yea umairah




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 10 January 2013

Lunch Di SR

lunch tadi makan di 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
di Secret Recipe
selepas tak tahu nak makan apa
bosan la time lunch masih terfikir-fikir nak makan apa


sambil menunggu menu yang di order sampai
kami makan slice kek fruitti
sedap dan buahnya sangat segar
tapi mahal 
1 slice nie - RM10.00

aku pilih set lunch jea - murah skit
pilihan ialah laksa singapore + ice lemon tea = RM17.00++++
tambah tax dan service charge
ok la rasanya

Eikin pilih beef lasagna
dia yang makan habis dahulu sebab ciput jea kan
hehehehehhe

Syikin aku tak tahu apa nama menu nie
harga sama macam aku jugak
ok la

lunch tadi korang makan apa...




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi