Wednesday, 8 October 2014

Resepi Mudah Kek Kukus Choc Lapis Cheese

wahhhhh terajin sudah hehehee
petang semalam 
cuba resepi nie
memang lama niat di hati nak buat
tapi tulah penyakit M ada dalam badan
tu yang tertangguh-tangguh nak buat
semalam cuti raya lagikan
terus lah buat
wahhhhh suka umairah dan umar bila ibu dia nak buat kek
ialah dah lama rasanya ena tak buat kek..
sejak-sejak stop buat kek dan just tumpukan pada business shaklee nie kan =)

ok pada sahabat yang nak try buat
silalah gunakan rsepi nie
mudah jea nak buat
asalkan ada sifat Rajin lah dalam diri hehehehee



Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1 cwn air panas didih
1 cwn cwn susu segar/cair
1 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
1 cawan sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara

Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


--nie hasilnya--

--nampak macam comot jea--
tapi bila masuk ke mulut lembut jea

--tester dr mr.hubby--
mr.hubby cakap sedap
ok lah tu QC cakap sedap
heheheheee

takdan nak simpan
hidang terus jea lesap
tapi puas hati sebab apa yang kita masak
family suka makan..
jadi next time boleh la buat lagi =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi