Showing posts with label ...penjaga baru. Show all posts
Showing posts with label ...penjaga baru. Show all posts

Monday, 1 March 2010

Sayu Hati Ku


umairah semasa 8 bulan .... so chubby pada pipi


pagi nie hantar umairah pada penjaga baru
umairah kepenatan sangat [ialah semalam bz dengan gathering blogger dan hadiri kenduri aqiqah dan hadiri berday part - jadual bz gila semalam]
biasanya pukol 7am dah bangun
tapi pagi nie pukol 8.30am pun still tidor lagi


jadi dalam lena tu terpaksa la jugak aku
angkat umairah untuk hantar ke rumah penjaga
tak mandi pun
minum susu dalam kereta saja ..kesian anak ibu


sampai di rumah penjaga baru [panggil auntie tu mama]
umairah taknak masuk
bila aku masuk dan baringkan atas tilam baru la ok skit
mama bagi naik basikal
time nie mood umairah dah ok
tapi bila aku dah berdiri
hahhhhh time nie la umairah baru tunjukkan perangai dia
mula la menangis dengan kuat

mama terus dukung umairah dan pujuk elok2
terus aku cium umairah bertalu2
sedih sangat nak tinggalkan umairah pada mama
rasa nak jea ambil semula umairah dan aku tak payah pergi kerja hari nie


sampai ke tangga aku boleh dengar suara umairah menangis
aku harap penjaga baru nie boleh menjaga umairah dengan elok dan baik
sebagaimana efa jaga umairah


jangan sedih-sedih yea sayang ibu
pukol 5pm ibu datang ambil umairah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi