Showing posts with label ...tiada rezeki kami.... Show all posts
Showing posts with label ...tiada rezeki kami.... Show all posts

Monday, 23 November 2009

Mendukacitakan..Usaha Lagi


tengok gambar pada atas pun korang confirm dah tahu kan
negatif
dan tiada rezeki aku dan sayang untuk besarkan family buat masa skang nie


kecewa??
mesti la rasa kecewa dan sedihkan
sebab apa yang aku dan sayang harapkan tidak tertunai
tapi kalau nak dibandingkan kekecewaan aku sebelum mendapat umairah
dengan kekecewaan aku tadi yang baru buat pregnancy test


aku rasa
kekecewaan aku sebelum dapat umairah
lebih teruk, parah, sedih dan tidak dapat menyembunyikan air mata
sebab tak keluar garisan ke dua
tapi kekecewaan aku sebentar tadi
tidak la sebegitu teruk seperti sebelum ini
kekecewaan aku sekarang nie
terubat dengan hanya melihat muka umairah yang tenang ketika tido
ya aku tenang bila dalam sabar aku menanti kehadiran garisan ke dua
selepas 2 minute aku menanti dan pasti tidak keluar garisan yang aku harapkan
aku terus keluar dari toilet


dengan alat masih di tangan
aku tunjuk pada sayang
sayang lihat pada alat tersebut
dan memandangkan aku

"kecewa"
sambil senyum aku menyambut soalan sayang dengan gelengan
" tak kecewa teruk seperti sebelum ini"


"takper kita boleh usaha lagi untuk bagi adik pada umairah"
aku datang terus pada sayang
dan menerima pelukan
ya aku tahu makna pelukan dari sayang tu

pelukan yang membuatkan hati aku terubat seketika
pelukan yang membuatkan aku terus tabah
pelukan yang membuatkan aku gembira sayang tetap setia di sisi aku
pelukan yang membuatkan aku damai dan tenang..setenang air muka umairah ketika tido lena


mungkin kali nie bukan rezeki kami untuk menambah cahaya mata
mungkin lain kali Allah akan perkenankan doa kami untuk menambahkan zuriat
dan menjadikan umairah sebagai kakak..

insyaAllah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi