Showing posts with label scones. Show all posts
Showing posts with label scones. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

Scones Terbaik dari White Brick Oven

sebab tekak punya pasal nak makan scones
gara-gara lepas makan di cameron highlands
mencari-cari mana tempat ada jual scones
nasib baik cust shaklee ena, kak Liza bgtahu
ada orang jual di sg.buloh ~ white brick oven
terus lah google info
dan surprise hanya di kg.kubu gajah jea
dekat sangat tu...


di temani my BFF shumie ~ sbb minah nie duduk sini jugak
better pergi dengan dia kan =)
mencari pemilik bakery white brick oven
puas mencari...siap tanya orang lagi mana alamat
jalan dah betul tapi rumah tak jumpa
acaner tu..
nasib baiklah dalam fb ada no.phone pemilik
jadi mudah jea nak jumpa
masing-masing ketuk kepala
asallah tak call jea sebelum datang
kan lebih mudah kihkihkih

alamat : White Brick Oven
1675A-1 Jalan Gajah 14, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh
018-350 3068

nak datang ke sini mudah jea
cari jalan Gajah 7 dulu berhadapan dengan masjid
terus jea sampai simpang 3 ambil kanan
pastu cari tiang elektrik no.96
dah jumpa rumahnya =)

selamat mencari hehehehee
kalau tak jumpa jugak call Pn.Mardia yea

--kami di hadapan rumah Pn.Mardiah--
kami 3 beranak jea
mr.hubby kerja

--with auntie shumie--
peneman kami ke sana
mencari rumah dan sesat bersama hehehee


--welcome for scones dan tea--

--with my bff shumie--
sudah 17 tahun kami sudah berkawan

--deco dalamnya ok lah--

--antara picture deco di dalam rumah--


--mesin pengisar gamdum untuk dijadikan tepung--
menarik 1st time tengok

--anak-anak tak sabar nak balik sebenarnya--
penat heheheee

--antara news yang pernah menceritakan white brick oven--
seingat ena,, pernah masuk dalam majalah 3 tau
ada special tentang white brick oven nie tau

--hah nielah specialnya--
oven original membakar
dulu memang guna kayu untuk bakar
tapi skang nie sudah pakai gas tapi rasa dan aroma tetap sama sebab oven yang special
guna batu bata...
teringin nak rasa pizza laks
masa kami datang nie
tak buka lagi sebenarnya
masa operasi 3petang sehingga 6petang
kami sampai awal sangat pukul 11 lebih
tapi nasib baiklah scones sudah ada untuk di jual
merasalah tekak hehehee


-with Pn.Mardia dan En.Mustafa
sangat-sangat friendly


--shumie pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan owner--


--scones yang menjadi dambaan ena--
suka sangat
memula tengok pelik jugak
naper scones dia macam nie
sebab masa rasa di cameron highlands tak macam nie
tapi takperlah kan rasa jea lah dulu

--scones dari white brick oven--
bila dah rasa wahhhhhhhhh
memang totally different dari CH
yang nie lagi sedap
lagi besar
lagi yummuy
lagi delicious
tak kosong macam kat CH tu
yang nie siap ada kismis dalamnya..
wahhh sangat-sangat puas hati
seketul baru RM2.50

murah kan.....

Terima kasih pada Pn.Mardiah dan En.Mustafa
di atas layanan yang sangat mesra dan ramah
melayan segala soalan kami =)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 4 September 2014

Scones dan Seteko Air Tea di Cameron Highlands

alhamdulillah
niat nak rasa dan makan scones tercapai
selalu baca di blog orang lain tentang scones nie
tu yang ena pun xcited nak merasa jugak scones tu
dah berapa kali naik ke cameron highlands tapi tak berkesempatan dapat rasa scones
cameron highlands yang popular nie

lepas kami habiskan masa
waktu untuk balik
tapi sebelum balik kami singgah ke Ladang Teh Bharat
ada satu cafe di situ
just nice sebab boleh menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau sambil ada kabus skit-skit
cantik
tapi ena tak tengok tu semua
mata lebih tertumpu pada kaunter nak order hahahahahaa

Q memang panjang
tapi tak pedulik tetap jea beratur
sanggup menunggu giliran
takper asalkan dapat merasa scones hehehee

ok ena pilih 2 jenis scones
scones with strawberry 
scones blueberry
--ok cenggini rupanya bentuk scones tu yea--
rasa dia ok la
macam tak gam dengan apa yang ena imagine..tersasar
tapi oklah
sedap jugak
sapu skit filling strawberry atas scones
memang sedap...

--yang nie ena kurang skit--
keras la skit scones dia
pelik scones yang nie
tak abis makan pun

--tea kami pilih lemon tea--
sedapnya bila dapat minum air teh yang fresh
wangi jea

dan tiba-tiba hujan turun
memang lebat
sejuk gila dibuatnya
nasib baik anak-anak memang pakai sweater
jadi ena takder lah risau sangat anak-anak kesejukkan
kita yang dewasa tahan jea lah kan
pastu peluk kejap-kejap umar
best jea =)


--kami sekeluarga--
mr.hubby jea yang takder
kami dalam kesejukkan

--mak dan family sobri--
tengoklah telatah sofea
hehehehe dia pun nak merasa jugak air tea ch hehehee

--ena with umar--

--umairah my sweetheart--


--telatah anak-anak--
suka sangat minum dari piring cawan
memang ikut perangai mak mertua ena
hehehehee
tengok lah cucu siapa kan =)


--gaya umairah minum--
comey tak hehehee

--gaya umar minum--
ala-ala tomey

--view ladang teh selepas hujan turun--
cantik sangat-sangat


--umairah di view ladang teh--
sebenarnya nie depan toilet jea
hahahahaha
tak bgtahu mesti tak perasan kan ;p

--only umairah yang nak bergambar--
umar dan hilang ikut pak lang dia

di sini Ladang Teh Bharat nie
ada jugak kedai cenderahati
tapi mahal skit lah
tak beli pun disini
sebab ena dah membeli masa diatas hehehehe
murah-murah jea kan

ok rasanya nielah percutian day trip ena di cameron highlands
paling singkat sesangat
just pergi 3 tempat sahaja huhuhuhu
sebab habiskan masa dalam keretakan

pada yang nak naik ke cameron highlands nie
better pergi bukan waktu cuti sekolah
baru dapat pergi semua tempat kan...

ok la perjalanan kami
best...
next time nak jugak datang dengan mr.hubby



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi