Showing posts with label sekolah agama. Show all posts
Showing posts with label sekolah agama. Show all posts

Friday, 12 February 2016

Jadi Escort Hari nie


wahhhh lama gila tak update blog
kesian my blog
kebizian lately nie
memang tak sempat nak update
huwaaaaaaa macam mana erk nak spend masa untuk update blog
cuba korang bagi tips...

pagi nie escort umairah dari belakang
kakak taknak ibu yang hantar
nak naik basikal ke sekolah agama
ok balik nanti balik dengan kawan-kawan
kena hati-hati yea..

syukur sekolah agama yang anak ena belajar nie
tak perlu melintas jalan besar
dalam kampung jea...
biasanya balik dari sekolah agama atuknya yang ambik
cuma hari nie atuknya ada hal
kenalah berdikari balik sendiri...

semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi oleh Allah swt
amin...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 31 July 2015

Jamuan Raya Sekolah Agama

dari hari selasa umairah dah remind ibunya
ibu hari jumaat nie sekolah kakak ada raya tau
kena pakai baju raya
kena bawak makanan
kena bawak pinggan
air kena bawak
sudu pun kena bawak

hehehehee ialah nanti ibu buatkan yea..
xcited si kakak nie nak beraya di sekolahnya
ialah beraya dengan kawan-kawan kan
lain rasanya 

teringat masa kecik-kecik dulu
bila sekolah adakan jamuan raya jea
suka dan senyum lebar jea
dulu susah..mana la mampu nak bawak macam-macam ke sekolah
mak cuma bekalkan kuih raya jea
tapi masa tu bawak kuih raya pun sangat-sangat happy
dunia kanak-kanak memang indah kan
nak-nak kuih raya memang buat sendiri
memang gerenti sedap..kawan-kawan dan cikgu mesti puji sedapnya kuih yang mak buat nie
time tu dah kembang semangkuk sudah =)
rindunya zaman sekolah dulu
zaman takder pikir masalah
zaman hanya pikir nak belajar dan main sahaja...
bahagia

untuk jamuan raya umairah nie
ena buat simple jea
gorengkan nugget ayam
gorengkan kentang goreng
bekalkan kuih raya dalam bekas
bawakkan air sirap
dan bekas untuk di makan masa di sekolah
simpan siap-siap dalam beg recycle
sengih jea kakak pagi tadi...

sekolah pagi dapatlah ena uruskan
sekolah petang minta mr.hubby buatkan
dah siap pesan nanti tolong snapkan gambar umairah sebelum pergi sekolah petang
emmmm haram tak buat pun
takperlah kakak...
asalkan ada gambar raya kakak sekolah pagi yea =)

juadah raya yang ena bekalkan untuk umairah
budak-budak mesti suka kan


umairah dengan kucing
terpisah tiada
memang suka kucing sangat-sangat
tengoklah oyen pun pandai berposing


heheheheh oyen nampak macam sedih jea nak kenal tinggal dengan kakak


bertentang mata pulak hehehehehe
baju raya nie tahun lepas punya
suka sangat umairah dengan baju nie
padahal baju raya tahun nie cantik jea
emmmm bila hati dah suka kan
apa pun tak boleh nak bantah


siap-siap packing dalam beg
mudah untuk umairah bawak ke sekolahnya

hah nak tengok rakan sekelah umairah
dapat gambar dari cikgu kelasnya
tq ustazah
berikan gambar nie
kenangan untuk umairah =)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
cuba tekak umairah yang mana 1 =)
hahahhahaa umairah yang duduk hujung sekali sebelah kanan
memang nampak macam tomboy skit kan
tapi comel hehehehe

anak kesayangan ibu dan babah =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 23 August 2014

Pendaftaran dan Penempatan Sekolah Darjah Satu untuk Umairah

pagi semalam masuk opis lambat skit
kena selesaikan urusan pendaftaran sekolah umairah untuk darjah satu
lega bila dah selesai
anak nak masuk sekolah nie memang macam-macam kena buat kan...
tapi tak sabar jugak nak tengok umairah pakai baju sekolah
mesti umar jeles kakak dia nanti...

pada yang ada anak akan sekolah akan datang
nie step by step yang ena lakukan

skang nie buat step no.4
daftar anak selepas dapat surat dari pihak sekolah
--surat yang pihak sekolah hantar ke rumah--
untuk pendaftaran dan penempatan budak darjah 1

sekejap jea pun siapakn urusan nie
check-check terus dapat surat lagi dari pihak sekolah

--akan ada orientasi 22hb nie--
siap-siap dengan berpakaian lengkap
ena rasa akan ada ujian bertulis untuk penempatan kelas nanti

kemudian kami terus ke sekolah agama laks
pagi sekolah kebangsaan
petang ke sekolah agama
lega..sebab kedua-dua sekolah nie memang dekat sangat
sekolah kebangsaan hanya belakang rumah jea
sekolah agam laks dalam 15 minit kalau berjalan kaki
emmm tak merasalah umairah pergi sekolah naik bas =)


--pendaftaran sekolah agama pun sekejap jea--
bagi surat beranak asal
dan terus dapat pengesahan dari kerani sekolah

masuk sekolah pada 5hb Januari 2015
dan masuk kelas 1Amanah
hehehehhee terus dapat kelas tu
(sila abaikan gambar yang terbalik nie)
banyak kali adjust pun macam tu jugak gambarnya jadi lepas upload
geram sungguh

memang cepat urusan di sekolah kebangsaan dan sekolah agama
pukul 1030am ena dah masuk opis
ingat lama sangatlah
nasib baiklah tak apply cuti
kalau tidak membazir jea cuti kami berdua

--kami berdua tengah sengal hehehehhe--
nie iklan tunjuk gigi nie
gigi saper lagi putih heheheheheee

selamat sudah 
skang nie kena pkirkan urusan pembelian baju sekolah, buku sekolah, duit yuran
perghhhh banyak tu nak dipikirkan
ibu umairah yang over xcited bila anak nak ke sekolah =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi