Showing posts with label tonton wayang. Show all posts
Showing posts with label tonton wayang. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

Jom Tonton Wayang

sampai jea di rumah petang semalam
terus siap-siap untuk ke midvalley
disebabkan sudah berkurun kami tak jejak ke midvalley
confuse sekejap nak ikut jalan mana
main redah jea - kami ikut penchala link jea
tak jem dan mudah jea ikut jalan nie
kami sampai di midvalley pukul 8pm
terus pergi ke lobby GSC
mak aiiii ramai rupanya orang sudah berkumpul
aku ikut jea la beratur - main redah jea
rata-rata aku tengok ramai chinese la

dekat 20 minit gak beratur
8.30pm baru kaunter untuk ambil tiket di buka
ada beberapa kaunter
Churp Chrup..Nuffnang..Sinar..Hitz dan Tonton
aku dapat dari Tonton
lepas dapat 4 keping tiket
kami terus lepak di luar
sebab crowded sangat manusia sesak nafas di buatnya
lagi plak umairah dan umar takut dengan ikan piranha yang diletakkan di lobby
memang besar ikan piranha tu..ingat nak snap snap di situ
aku baru jea nak pergi si umar dah buka sound system plak
terus aku tak jadi nak bergambar di situ
nak bergambar dengan iklan snow white pun tak dapat huhuhuhuhuhu

nak diamkan umar senang jea
bagi la makanan kat dia
confirm akan senyap dan tak merayau sangat

thanks sayang
sebab sanggup ambil cuti untuk teman ena tengok citer nie
mmmuahhh

sambil-sambil menunggu 
kami lepak jea tepi coridor depan GSC
nasib baik la budak berdua nie jadi baik jea
tak penat sangat nak menjaganya

stock makanan yang banyak untuk di bawak masuk ke dalam panggung
hehehehhehe nak bagi umairah dan umar senyap dalam panggung
jadi sumbat mulut budak berdua tu dengan makanan 

sudah semestinya gambar kami berdua mesti ada
sayang baru cukur jambang
kalau tidak serabut jea aku tengok time tak bercukur

dalam panggung
macam biasa la
aku di hujung kanan
sayang di hujung kiri
budak berdua nie duduk di tengah-tengah
berdiri pun main di tengah kami jea
kami hadang dengan kaki hahahahaha

see makan lagi
dengan makanan jea umar akan senyap hahahahhaa

muka aku pun kena la ada dalam gambar kan
amik gambar sendiri jea eheh
kami orang yang 1st masuk panggung
dan orang yang last keluar panggung
umairah dan umar tidor nyenyak
walaupun sound kuat selamber jea budak berdua nie tidor
umar lagi di kepit lagi la nyenyak tidornya

wayang habis pukul 11pm
keluar jea dari panggung 
terus terjaga budak berdua nie
nak mendukung umar memang tak larat la
nasib baik la mood lepas tidor ok
boleh la jalan sendiri




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 13 March 2012

Jom Tonton Wayang SeeFood

 selepas main bowling
saat yang dinanti-nantikan tiba
beli pop-corn, fish & chips dan mineral water
biasa la bila bawak anak-anak
makanan tambahan mesti kena ada
kalau tidak boleh jadi huru hara dalam panggung nanti

ini adalah kali ke dua umairah tengok wayang
1st time kami bawak umairah rasanya umur umairah 2 thn kot
bawak tengok citer lagenda budak setan
baru mula jea wayang start
umairah dah menangis tak ingat dunia
dia takut dengar sound effect kuat 
terus sayang bawak keluar umairah
aku jea la layan wayang sorang-sorang sampai habis
cian sayang lepak dalam kereta layan anak

sebab tu la kami dah lama tak tengok wayang
nak-nak nak bawak anak
fobia melanda
tapi umairah dah usia nak menginjak 4 tahun nie
dia sudah mula faham nak tengok wayang gambar
sebab dia selalu dengar cerita dari Pija
Lini selalu bawak pija tonton wayang
jadi bila umairah dah bagi green light nak tengok wayang
baru kami tergerak hati nak bawak tengok wayang
cuma keresahan skit sebab ada umar
takut umairah ok
umar laks melalak

sebelum masuk dalam panggung
bergambar dahulu dengan papan iklan
umairah dah terlonjat-lonjat nak bergambar di sini
adik dia taknak bergambar pun
dipaksanya umar berdiri tegak sebelah dia eheh

2nd papan iklan untuk SeeFood
siap duduk atas lantai sepuya nampak semua ikan dalam camera
emmmm macam-macam perangai si umairah nie

dalam panggung memang baik perangai anak-anak aku nie
lain kali boleh la bawak lagi sekali tonton citer yang lain
tapi di pertengan citer dua-dua dan bantai tidor
sayang pun yidor sekali
aku jea sorang layan citer nie sampai ke penghujungnya
ialah tengok waktu malam
memang waktu tidor untuk anak-anak
lain kali kena tengok waktu siang la

bagi aku citer nie ok ok jea la
3.5 star yang aku boleh berikan..
sesuai untuk tontonan seisi sekeluarga
nak nak laks skang nie cuti sekolah
bawak jangan tak bawak
aktiviti sampingan untuk anak-anak


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi