Monday, 27 August 2012

Tahniah Zamri aka D'Cham & Ain - Menjadi suami isteri

pagi lagi riuh rendah sudah keadaan di rumah homestay nie
riuh bukan suara umar atau umairah
tapi riuh dengan dengkuran oleh budak-budak lelaki
perghhh tu kalau lontar bom tangan confirm tak sedar
macam mana la sobri boleh tidor dengan suara hiruk pukuk tu hahahahahah

memandangkan cham akan menikah pukul 11.30am
kami semua kena la bersiap awal
depan home stay kami ada jual nasi kandar
just jalan kaki jea
sayang beli sebab umar dah minta mamam - cian anak ibu yea
beli sebungkus pergh memang sedap gila
kalah rasa nasi kandar yang ada di sg.buloh
murah jea pun

beli nasi lemak
sebungkus RM0.50 sen sahaja
alahai m.cik jual harga macam nie bila la boleh nak kaya
di sg.buloh jangan la harap ada harga macam nie lagi
murah tapi rasa memang sedap

pagi tu baru la jari si bakal pengantin nak diinaikan
sabar jea la
tu pun pakai lebihan inai mekah yang mak ndak dapat
jadi kami dapat pakai skit-skit jea
nak beli kedi banyak tak buka lagi

tapi yang penting pengantin kena la pakai inaikan
yang tolong pakaikan sudah semestinya mak aku
emmmm manja tau cham nie :D
muka happy
dalam hati siapa yang tahu

hantaran dari pihak lelaki
7 hantaran di balas oleh pihak perempuan 9 dulang
lupa aku nak snap gambar hantaran sebelah perempuan
tunggu sahaja la cham nanti upload masuk FB dia

warna-warni ceria kmi sekeluarga bergambar dengan bakal pengantin
dalam ceria terpalit kesedihan di hati
pada yang tahu dan baca
"hari nie hari korang..hari korang nanti pandai-pandai la bawak diri"
"hidup di dunia nie CASH..cepat sahaja di bayar..macam mana aku dan Lini terkena,
skang nie terkena batang hidung sendiri..dan yang belum terkena lagi..pasti ada balasannya"

roda itu bulat sahaja
hari nie kita di atas
pasti suatu hari nanti masa kita di bawah plak
jangan masa tu baru nak menyesal dan menagis
penat la babak sebabak nie
orang yang penuh bermuka-muka nie pun payah
depan baik belakang jangan citer la - manusia bertopengkan ...................

pukul 1130am kami menanti di Masjid
menunggu ketibaan tok kadi
memang cantik pilihan hati cham
memang pandai mencari cham nie - kembar plak tu
ada peluang dapat bby twins nie :D

dengan sekali lafaz selamaty menjadi suami orang
Tahniah cham dan ain
kak long doakan semoga korang bahagia hingga ke syurga
Amin

bersama adik-adik tersayang
lini..sobri..nasir..
ada hikmah kami pergi ke kedah bersama
hubungan aku bersama adik beradik semakin mesra 
gelak tawa memang penting untuk mengeratkan hubungan adik beradik

wajah-wajah ceria anak-anankku
umairah dan umar

moral of story : Jangan buang keluarga
sebab di hujung cerita keluarga yang di buang akan menolong kita semula ketika dalam kesusahan
ingat-ingatla
hidup kita bukannya selalu di atas..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi