Friday, 12 September 2014

Resepi Mudah Puding Caramel Gula Hangus



hah tengok gambar terliut tak??
sedap tu..nak buat pun senang bangat
semua orang boleh jea buat...

jom jom try buat =)

Bahan-bahannya
· 1 Cawan Gula
· 1/2 Cawan Air - utk karamel
· 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
· 5 Biji Telur
· 1 Tin Susu Cair
· Esen Vanilla


Cara memasak
· Tuang gula di dalam periuk dan hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
· Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air dan kacau laju-laju agar tidak berketul
· Padamkan api
· Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yang korang nak letak..dalam bekas loyang pun boleh jea
· Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & kita ke step seterusnya pula
· Pecahkan 5 biji telur dan pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah dan sebati
· Kemudian korang panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
· Masukkan 3 Sudu Besar Gula dan 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
· Kacau utk melarutkan gula tersebut dan padamkan api
· Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue dan kacau bagi sebati
· Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
· Barulah tuangkan adunan Susu dan Telur dan Gula ke dalam bekas gula hangus yg korang letakkan tadi
· Kukus dalam tempoh 20-30 minit

makan waktu sejuk..memang sedap =)


selamat mencuba uollsss semua ;)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. Salam perkenalan dari mamamyja. Yummy sedapnyer. nak sikit, hehe

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi