Tuesday, 23 September 2014

5 Langkah Berkesan Didik Anak Bertudung

--dalam proses mengajar umairah memakai tudung--


Alhamdulillah,sudah ramai anak-anak sudah mula bertudung sejak kecil lagi. Bila pergi ke pasaraya, sekolah dan di mana sahaja mudah sahaja berjumpa anak-anak yang comel ini. Amat rugi besar jika ibu bapa tidak ambil berat soal aurat anak-anak perempuan ini.

Ada yang beranggapan takut anak-anak memberontak bila dah besar nanti. Benarkah anggapan ini?

Ibu bapa perlu bijak dalam mendidik anak. Ugutan dan hukuman bukan caranya jika mereka baru mengenali tudung. Di sini terdapat 5 langkah yang boleh dikongsi untuk mendidik anak agar bertudung.

1. TANAMKAN SIFAT MALU
Perkara ini sangat penting untuk kita terapkan sama ada anak lelaki atau perempuan. Jangan biarkan mereka keluar dari bilik mandi tanpa tuala, dibiarkan tidak berbaju tanpa sebab dan sebagainya. Sentiasa pantau dan nasihat mereka secara berhemah. Mungkin mereka tidak faham pada mulanya tapi lama kelamaan mereka akan memahami juga.

2. BUDAYAKAN RASA CINTA UNTUK BERTUDUNG
Ibu terutamanya hendaklah memulakan terlebih dahulu. Kemudian anak sulung perempuan dan seterusnya. Tunjukkan makna menutup aurat sebenar misalnya jika ada tetamu lelaki di rumah pun wajib menutup aurat. Belikan atau hadiahkan mereka tudung yang cantik, saya rasa mereka pasti suka. Tanpa paksaan mereka sendirinya bertudung bila keluar rumah nanti.

3. BERTAHAP-TAHAP
Bagi anak yang masih kecil biasakan mereka dengan tudung yang mudah dahulu. Tidak mengapa jika lengan bajunya pendek sedikit. Ini kerana umur yang sebegini mereka kuat berpeluh dan mudah rimas. Kalau mereka membuka pun tidak mengapa, ingat mereka masih kecil dan belum baligh. Jika dipakaikan baju ala ‘dress princess’ pun pastikan mereka memakai stokin panjang atau seluar panjang. Maklumlah peringkat ini mereka lasak dan berlari-lari dengan kawan.

4. GALAKAN DAN PENGHARGAAN
Galakan yang paling senang ialah berbentuk pujian. Anak-anak suka dipuji seperti, ”Cantiknya anak ummi bertudung, Allah pasti sayang." , "Solehahnya anak ummi…..”….dan sebagainya. Cubalah, pasti anak-anak makin sayang dan bersemangat untuk bertudung. Selain daripada itu, hargai usaha mereka jika mereka memakainya sendiri. Mungkin kita boleh letakkan atau simpankan tudungnya di suatu tempat yang memudahkan anak kita mengambil dan menyusun. Boleh juga gunakan penyangkut khas untuk tudung.

5. DOA
Berdo’alah untuk anak-anak. Kalau tak kita, siapa lagi. Do’akanlah anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah,Allah pasti mengabulkan do’a seorang ibu yang penyayang.

Mudah-mudahan perkongsian ini membantu anda melatih anak perempuan dalam bertudung. Kongsikan kepada orang lain jika bermanfaat.




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi