Monday, 5 January 2015

Cara Nak Hilangkan Tungau di Bird

dulu masa ena kecik
selalu tengok adik lelaki kena tungau
sobri dan nasir...memang selalu jea kena tungau
tungau nie warnanya oren dan suka sangatlah hinggap kat bird budak lelaki
kalau main di semak atau lalang
confirm malamnya akan mula rasa gatal-gatal
dan biard akan membengkak dengan besarnya
memang akan nampak tak selesa punyalah

tapi dari dulu memang mak ena sapukan minyak masak pada bird
jadi bila umar kena tungau
minyak masak jugaklah ena lumurkan jugak pada bird umar

lepas sapu minyak tu
memang akan nampak merah sangat pada bird anak
bahagian yang merah tu
kalau mata ok..boleh try buang tungau tu dengan benda tajam
selalunya orang dulu-dulu guna duri pokok bunga kertas
atau kelopak beras yang arna kuning tu
sebab bila kita dekatkan dengan tungau tu
memang secara automatik tungau tu akan melekat pada benda tersebut

umar kena tungau
kesian anak ibu
ada 3 tungau melekap pada bird umar
tidor malam memang tak selesa
asyik menangis jea
kalau korang dapat buang tungau tu
memang sehari boleh baik
kalau tungau tak dapat buang
memang boleh makan 3 hari jugak nak hilang
teruskan jea lumur bird dengan minyak masak...

time malam ena sapukan herbal blend shaklee pada bird umar
jadi bila dia tidor
nampak dia lega skit..sebab rasa berangin skit kan...
kesian anak ibu...
nak tahu info pasal cream herbal blend ====> klik di sini




--umar yang meregek sebab tak selesa--
gatal pada birdnya...

--sofea kacau abag umar yang tengah tak sihat--
hehehehehe
memang kuat sakat si kecik nie...

jadi pada yang anak-anak kena tungau tu
eloklah buat secara tradisional
sebab pergi klinik pun 
memang takder ubat lagi untuk ubati sakit tungau
silap haribulan..doc suruh sunat jea nanti =)

ok nie ena copy dr blog :http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

Baru-baru ini aku ada dengar cerita dari kawan-kawan, cara yang mereka gunakan untuk mengatasi masalah tungau. Salah satu cara yang mereka gunakan yang menarik minat aku ialah menggunakan Vicks Vaporub.

Setelah aku cuba kepada anak aku sendiri, Vicks Vaporub ini memang berkesan, setelah disapu dengan Vicks, rasa gatalnya mula berkurang dan dalam masa dua hari bengkaknya telah menyusut kepada keadaan asal.

Tidak seperti minyak gas, Vicks ada dijual di mana-mana. Vicks juga lebih selamat berbanding minyak gas. Mungkin anda juga boleh mencubanya jika anda ada masalah tungau seperti yang aku hadapi ini.




semoga info yang sedikit nie dapat membantu sahabat di luar sana...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi