Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Dinner di Ayem Burger Paya Jaras

cerita sabtu lepas
selepas kepenatan seharian meronda di setiacity mall
perjalanan balik ajak mr.hubby singgah makan di ayem burger
retaurant nie tepi jalan jea
harga sangat berpatutan
ok la..rasa pun memang sedap

masa kami sampai di restaurant nie
hujan memang turun dengan lebat
jadi memang cepat jea perut tu rasa lapar =)
tekak nak makan western laks hehehehe

nie ena order
shoulder lamb rm22

nie mr.hubby order
grill lamb rm22.00

umairah macam biasa
mesti nak soup punya
mushroom soup dan bread rm7.00
umar laks order chicken wing rm7.00
ok kan harganya


umairah dan umar
umar tetiba merengek takdern chicken wing
tapi nak menu ibu dan babahnya
jadi kami berkongsi makan dengan umar
takperlah...
tapi satu hal
ena kena hisap dulu daging tu barulah umar akan makan daging tu
umar taknak rasa blackpepper pada daging tu
hahahahahha
masa kecik nie boleh la makan dari mulut ibu dia
tunggu dah besar nanti mesti uwekkkkkk
kihkihkih

umairah kalau dapat soup
memang tak pandang kiri kanan sudah
kesukaan betul

mr.hubby
kesukaan ena jugak hehehehhee


mestilah ena pun nak enterframe jugak
ginilah bila diri jadi amatur photographer 
gambar sendiri memang susah nak ado

 di luar restaurant ada motor besar
bila datang sini
mesti anak-anak nak bergambar sekejap di motorbike nie
kita layankan jea =)

ibu...bila babah nak beli motor besar...umar
ooooo tunggu bila babah dah ada lesen motor baru ibu akan belikan motor besar utk babah...

hehehehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 1 December 2015

Cari hadiah untuk Pija

dah bulan December sudah
bulan dec nie ada 3 orang punya birthday
2hb dan 28hb
hehehehehe jadi kena pkir nak bagi hadiah apa
2hb nie birthday ayah dan pija
untuk ayah senang jea nak belikan hadiah
untuk pija pening skit kepala nak belikan hadiah apa

jadi lepas magrib tadi
ajak mr.hubby pergi ke jusco rawang
kononnya nak beli hadiah di sini
tapi belek punya belek
tak jumpa laks nak belikan hadi apa di sini
kesudahannya kami datang makan jea
hahahahahha
umar dah merengek-merengek belikan hadiah untuk dia
amboiiii banyak cantik
baru jea last week si mamat korea nie dapat hadiah menan banyak
ialah birthday dia last week kan...
jangan nak mengada-ngada nak menan lagi
memang kena ketam cubit lah nanti

umairah pantang nampak tempat untuk bergambar
mesti
ibu cepat ambik gambar kakak
hehehehhe ibu jenis tak kesah sebab memang suka snap gambar anak-anak dan family =)

kami makan di orchid bistro
1st time makan di sini
ialah dah pukul 9lebih
mana ada retaurant lain nak amik order lagi
syukur lah restaurant nie still boleh ambik order lagi

umairah order yee mee noodle

mr.hubby order lamb grill

sharing dengan umar
umar suka laks dengan daging lately nie
tekak western sudah

umairah kalau mee memang hantu
manggi lagilah
tapi tak boleh nak bagi selalu lah
sekali sekala ok lah

nie order ena
ku tiaw ladna

umar pun nak order jugak last minute
bila tengok semua ada menu
nak sama macam ibunya
tapi nak udang banyak
amboiiiii


korang kalau mana-mana tempat
suka tak duduk bersila????
ena memang suka sangat bersila
time di ofis ker
di restaurant ker
hahahhaha memang bersilalah
sangat selesa
tak kesahlah orang nak cakap apa pun
ada aku kesah hahahahahhaa



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 22 September 2015

King Crab di The Manhattan Fish Market

saper tahu king crab
kalau rajin tengok Nat Geo mesti tahu pasal king crab nie
ena selalu tengok sebab mr.hubby memang suka tengok 
kalau tengok nelayan tangkap king crab tu
perghhh selalu akan pkir
agaknya billah dapat makan king crab nie
ialah king crab nie di luar negara jea
kalau ada di malaysia mesti harganya berlipat kali ganda kan
jadi lupakan jea lah nak makan
sedih jea ;(

tapi hari sabtu lepas
bawak anak-anak ke eCurve
tengok dinasour
dan kebetulan mak ternampak king crab nie
terus panggil kami datang tengok
wahhhh tercengang kami tengok
wahhhh bila tengok harga ok lah
munasabah la walaupun still rasa mahal lagi
nak merasa apa salahnya kan...
biar sekali merasa untuk seumur hidup nie hehehehhee

nie kalau nelayan luar negara tangkap king crab nie
memang besar-besar
berbulan-bulan jugaklah dorang akan di laut untuk menagkap king crab nie


ada 2 jenis menu yang korang boleh pilih
rm99.90 macam yang korang tengok pada gambar nie
rm69.90 hanya king crab jea

memandangkan kami bertiga orang dewasa
dan 2 kanak-kanak
kami decide untuk ambik set punya iaitu RM99.90
emmmm takperlah
asalkan hati happy walaupun wallet akan menipis
dalam set nie ada nasi goreng..ikan dori, sotong bertepung..sayur dan mestilah ada king crab kan


king crab yang belum di masak
di letakkan di depan restaurant
tu yang tertarik dan menarik nak mencuba
besar tu

mak yang xcited tengok king crab nie
sebab mak pun tak pernah makan lagi wpun umur dan 57 tahun
jadi kami masuk untuk mencuba

umairah mendapat mahkota
macam-macam sebenarnya anak-anak ena dapat nie
kalkulatir lah..pen lah..mahkota lah..pelapik minuman lah
hahhhh macam-macam dapat kan


umar yang tak duduk diam

umairah dan umar siap tulis nama lagi di mahkota
umairah zahrah
umar zariff


anak-anak kesayangan ibu

bersama dengan wan
ena memang akan bawak mak ena ke mana-mana kami pergi
sayang mak


dapat sup
tak sure sup apa nie
tapi macam rasa sup ketam


dapat free 4 air
dan free 1 sup
jadi sangat-sangat berbaloi kan


wahhhhh terliur lagi sekali tengok king crab nie
lepas rasa king crab nie 
perghhhhh memang cair dalam mulut
isinya kasar-kasar
memang puas lah makan


hehehehhe sajer jea kumpulkan gambar king crab nie
edit dalam 1 gambar
terliur sudah


bab keluarkan isi dari kulit
mr.hubby memang power buat
pulas pada bahagian sendi
tarik dan isi terus terkeluar
tak payah nak gigit ker
nak ketuk-ketuk ker
memang nikmatnya dapat makan
cicah laks dengan sosnya
perghhhhh


i'am king in your life =)
me and mr.hubby


hah yang nie 1st time cuba
memang sedap
Sizzling Banana Fritters with Ice-cream
cair gitu jea dalam mulut
pisang..ice cream dan sos putih


kepenatan kami hari sabtu tu
dari pagi sampai ke petang
makan jea aktiviti kami sekeluarga...

rasa macam nak makan lagi king crab nie
tapi nak cuba menu yang rm69.90 jea
kan kan kan 
korang cubalah..
rugi tau tak mencuba..
bagi lidah tu rasa menu yang lain laks dari kebiasaan =)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dinner di Luar

Malam tadi hantar anak-anak ke pusat tuition
lepas hantar kami cari kedai untuk menjamu selera
kalau di sg.buloh
kami suka makan di belakang the store
sedap jugak lauk pauk yang di masak
biasanya kalau hantar anak-anak ke pusat tuition
kami memang makan di luar jea
nak makan di rumah memang tak sempat
sebelum magrib tu ena akan bagi umairah dan umar makan siap-siap
ena laks mesti nak makan dengan mr.hubby
tak suka makan sorang
kalau mr.hubby kerja malam sanggup tak makan
hehehehhee pelik tak ;p


minuman yang kami order
mr.hubby - air bandung
ena - air apple asam boi
pekat dan masam airnya
tu yang sedap tu


menu lauk laks kami order sorang makan
nie pun rasanya macam bukan masak untuk soprang makan..banyak
tomyam campur
telor dadar
kankung belacan
ayam goreng kunyit

sedap semuanya
cuma sayur kangkung belacan rasa macam pahit skit..kurengggg
total kena bayar rm26.00
rasa macam murah jea kan...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 15 September 2015

Restaurant Pak Tam Nasi Lemak Sri Sg.Buloh

siapa orang sg.buloh
meh la datang ke restaurant nie
restaurant Pak Tam
pada yang nak merasa dan nak singgah makan di sini

boleh ikut direction yang ena berikan nie yea...
kalau korang yang biasa dengan Pasar Malam di Paya Jaras, Sungai Buloh, 
perlu memandu terus melepasi tapak pasar malam paya jaras  sehingga ke traffic lights
selepas traffic lights yang sebelah kirinya ada bengkel
pusing kiri dan kira-kira lima minit
akan jumpa sebaris kedai di sebelah kiri yang hujungnya ada kedai speedmart 99
bagi signal sebelah kiri dan pandang sebelah kiri korang
dan akan jumpa restaurant pak tam nie

yang best kat sini
pelbagai jenis nasi lemak cuma berharga RM2.00 sahaja
pilih sahaja
ada udang, ayam, telor, paru dan kerang
nasi lemak biasa RM1.00
murah dan sedap
ambik dan bayar terus

kalau taknak makan nasi lemak
boleh makan menu yang ada
ena makan young tau fu sup
sedap jugak kuahnya
memang kenyang makan di sini
1st time datang makan di sini
dan sangat puas hati
pasti akan datang lagi dengan mr.hubby laks

ramai yang datang beli bawak balik
ada tu beli sampai 20 bungkus tu
perghhhhh

pilih sahaja mana satu pilihan korang
semuanya RM2.00 jea

jangan tak tahu masing-masing makan lebih dari sebungkus
lini makan 3 bungkus..amik ko
hahahahahaha

nasi lemak pak tam
suka cara bungkusan dia
nak tempah bolehlah call no yang tertera tu yea

ena cuba nasi lemak paru
sedap

dan kongsi makan sup young tau fu dengan mak


ok sofea nak makan sendiri
jangan kacau tau

ntah apa-apalah gaa si bujang nie bergambar
dah kenyang sangat lah tu

kami sekeluarga puas hati makan di sini
jadi sangat rekemenkan kalau korang nak makan di sini

sedap dan murah...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 14 September 2015

Dinner di Food Jam Bukit Rahman Putra

malam minggu dinner di luar
selepas berpenat dan bermandi peluh di giant kota damansara
ececehhhh mandi peluh lah sangat
padahal bebudak yang berpeluh main di playground
mak-mak budak termak lemak jea ;p

sebelum balik kami dinner dulu
isi perut kenyang-kenyang dulu baru boleh tidor dengan aman
hehehehehe
memandangkan kami sampai dalam pukul 10 lebih
pelanggan dah tak ramai yang datang
jadi bolehlah anak-anak buat restaurant nie banyak bapak dorang yang punya hehehehhe

di sini ada koleksi basikal
basikal bmx dulu-dulu
kebetulan di sini malam minggu memang akan ada special side dish
malam tu special side dish adalah lasagna
boleh la try

kami order foodjam jea
senang semuanya ada di dalam 1 pinggan
boleh makan reramai
dan tambah order dengan lasagna

bila ada special dish
owner kedai akan letak gambar di bahagian kaunter
tinggal pilih nak rasa ataupun tidak

ok setiap kali korang datang ke sini
jangan buang resit tau
sebab resit yang bernilai lebih rm30.00 dan di kumpul sehingga 5 resit
akan dapat free t-shirt food jam
huhuhuhu ena baru tahu pasal nie
ruginya tak simpan resit-resit sebelum nie

tak pernat-penat agaknya budak bertiga nie
asyik main jea
battery menjang jea full charges
mak pak jea yang mata nak tertutup jea nie
penatttt

air yang kami pilih
sedap hehehehhe
ala-ala rasa cola cola dan sarsi

menu foodjam
semuanya ada
rm30.00

lasagna
tak ingat baper harganya
sedap

jemput makan semua
share makanan share with love =)

sesaper nak datang
bolehlah datang ke sini
sangat-sangat ok
rasa makanan sedap
harga pun sangat-sangat berpatutan
tekak western boleh mai ke sini =)

pada yang nak makan di sini
boleh tengok alamat pada resit bil nie yea...
TQ





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi