Showing posts with label tuition. Show all posts
Showing posts with label tuition. Show all posts

Tuesday, 22 September 2015

Dinner di Luar

Malam tadi hantar anak-anak ke pusat tuition
lepas hantar kami cari kedai untuk menjamu selera
kalau di sg.buloh
kami suka makan di belakang the store
sedap jugak lauk pauk yang di masak
biasanya kalau hantar anak-anak ke pusat tuition
kami memang makan di luar jea
nak makan di rumah memang tak sempat
sebelum magrib tu ena akan bagi umairah dan umar makan siap-siap
ena laks mesti nak makan dengan mr.hubby
tak suka makan sorang
kalau mr.hubby kerja malam sanggup tak makan
hehehehhee pelik tak ;p


minuman yang kami order
mr.hubby - air bandung
ena - air apple asam boi
pekat dan masam airnya
tu yang sedap tu


menu lauk laks kami order sorang makan
nie pun rasanya macam bukan masak untuk soprang makan..banyak
tomyam campur
telor dadar
kankung belacan
ayam goreng kunyit

sedap semuanya
cuma sayur kangkung belacan rasa macam pahit skit..kurengggg
total kena bayar rm26.00
rasa macam murah jea kan...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 22 August 2015

Tunggu Teacher Datang

Hari sabtu
Hari ena bekerja
Hari anak2 ena pergi ke pusat tuition..

Pagi nie lambat terbangun
Jadi kelam kabut sangat
Sempat buat air utk anak2 minum
Dan tengok2 mr.hubby dah buatkan sarapan...
Wahhhh mr.hubby buat homemade tortilla
Tq sayang :)

Pukul 9am dah sampai depan pusat tuition
Tapi teacher tak sampai lagi
Kenalah tunggu
Ena masuk opis pukul 9am
Emmmm lambatlah msk opis hari nie
Pukul 9.15am baru teacher sampai
Ena sampai di ofis pukul 9.30am
Huhuhuhu masuk lambat
Hari sabtu jea mesti akan masuk lambat
Kena bgtahu riz lah macam nie (HR)

Ok la selamat berhujung minggu...
Hari nie pening skit kena settlekan audit
Emmm tak sukanya :(



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 17 August 2015

Melayan Permintaan Anak-anak

sabtu lepas
pagi-pagi pukul 7 lebih anak-anak sudah kena gegar
hehehehehe masa untuk pergi tuition
nasib baik pagi tu mood anak-anak ok
mudah jea kejut
mudah jea bangun
mudah jea bersiap
Alhamdulillah

pukul 8 lebih gerak dari rumah
tuition start pukul 9am
bawak sekali sofea
kebetulan mak sofea minta mak yang jagakan
jadi bawak sekali sofea antar kakak dan abangnya..

seriau jugak sebebarnya nak bawak sofea nie
sebab dulu pernah bawak sofea keluar beli barang
baru separuh jalan sofea dah menangis
tapi tu masa bawak waktu malam..
dayah bgtahu sofea kalau berjalan waktu malam akan menangis kalau keluar bukan dengan maknya
sejak tu memang seriklah nak bawak hehehehe

nie try lagi sekali bawak waktu siang
syukur sepanjang perjalanan tak menangis sangat
cuma ada skit-skit erk dia
bila cakap elok-elok dan tunjuk pokok ker..lori ker..
sofea akan jadi leka
tak jadi nak menangis hehehehehe

pukul 10 lebih keluar semula
sebab nak ambik umairah dan umar dari pusat tuition
lagi sekali bawak sofea
memandangkan waktu pagi ok jea tak menagis
kali nie bawak lagi sekali
dan syukur ok jugak
wahhhh lepas nie mak long boleh bawak sofea jalan-jalan lagilah
good girl =)

muka happy sebab ada sofea follow sekali
mulut masing-masing chot chet chot chet jea
nasib baik ada kakak umairah
memang pandai jaga budak kecik

bila balik..
sofea sorang jea dalam kereta
nak menangis jugak
ajak-ajak borak baru ok skit
bagi misum susu..
nak baringkan kerusi taknak..
nak jugak berdiri 
sambil minum susu sambil tengok pemandangan di luar

singgah kedai sekejap
beli barang skit
dan tanya sofea nak apa
wahhhhh tahu jea nak air kotak
tunjuk air kotak dalam peti sejuk
hehehehehe bijak anak buah mak long nie =)


lepas ambik dari pusat tuition
tanya umairah dan umar
lapar tak?
lapar ibu..
nak makan apa?
makan dominos pizza..
amboi serentak kakak dan adik menjawab
hehehehhe

tahu jea dominos dah dekat
terus nak makan pizza...
ok jom kita makan sini..
suka la masing-masing
beli pun set single dan tambah soup
baru rm16+-
murah kan...
pastu tambah lagi beli ayam
umar skang nie suka sangat makan ayam
skit skit ayam
skit skit ayam
mesti nak ayam skang nie
tak kesah lah ayam goreng ker..masak merah ker..kurma ker
asalkan ayam

peace yooo dari sofea
suka bila dapat makan
banyak jugak makan soup kat sini

umar rilex makan ayamnya
kakak umairah yang banyak layan sofea
manja kan =)

sofea..umairah..umar
bergabung memang meletop hehehehhee
sudah kenyang perut
jom kita balik

sebelum balik singgah kedai NTShop
kononya nak beli bekas air basuh tangan
sebab kat rumah tu penutup bekas airnya dah hilang ntah kat mana
puas cari tak jumpa jugak
tu yang nak membeli
malu bila orang datang rumah
tak terhidang lengkap dengan tempat air basuh tangan
tak lengkap dengan hidangan yang kita bawak tu

puas cari dalam kedai tapi tak jumpa
tanya pekerja kat kedai tu
pekerja situ bgtahu bekas tu dah habis jual
laaaaaa
musim raya nie memang laku kan bekas air basuh tangan nie
emmmm takperlah beli kat kedai lain jea lah

tapi sebelum nak keluar dari kedai
tengok tangan masing-masing dah berpegang barang
amboiiiiii

umairah sibuk memilih
cari pensil warna

sofea dah berlari dengan anak patungnya
hehehehehhe dah pandai shopping jugak si kecik nie


umar ambik patung askar
jadi masing-masing dapat sorang satulah
pandai yea mengepau ibu....
ok sebab harga baru rm2.12 sahaja
ibu proceed bayar...

kata kedai RM2 
jadi semua barang dalam kedai nie memang rm2 jea
tambah gst tu yang jadi RM2.12...

takperlah
anak-anak happy
ibu pun jadi happy jugak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 3 April 2015

Keletihan

tengok anak-anak tertidor dalam kereta
rasa kesian pada anak-anak
ialah seharian umairah di sekolah
malam laks kena pergi tuition

tapi nie jea cara kami dapat bantu umairah
untuk cepat belajar dan cepat membaca
syukur wpun umairah tak macam kanak-kanak yang lain
cepat belajar apa yang cikgu-cikgu ajarkan
mungkin budak lain cuma kena beli tumpuan 50% jea untuk belajar
tapi umairah kena beri 200% untuk belajar dan beri tumpuan sepeuhnya
untuk fahamkan apa yang ikgu ajarkan
tapi di sekolah cikgu tak dapat nak berikan sepenuh perhatian kepada pelajar
jadi kami kena hantar umairah ke pusat tuition
sebab ada cara untuk mengajar umairah

syukur umairah dah boleh membaca
wpun secara mengeja
tapi tupun dah buat kami gembira
sebab sudah nampak perubahan pada umairah

kami taknak umairah rasatersisih di dalam kelas
jadi kami kena push umairah
nie cara kami
cara mak bapak lain
kami tak tahu

tertidor dalam kereta selepas balik dari kelas tuition
semoga anak-anak ibu
menjadi anak yang solehah dan soleh
semoga terangkan hati anak-anakku mudah faham apa yang cikgu2nya ajarkan kepada  anak-anakku
amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 24 January 2015

Teman Ibu Bekerja

hari nie hari sabtu
yeaaa umairah..
hari nie hari sabtu..
tapi tak boleh rilex
kena pergi tuition....

patutnya umar pun kena tuition
tapi pagi-pagi lagi dah bad mood

"ibu bila adik nak rehat, asyik pergi school jea"umar
"adik nak jadi pandai kenalah pergi school..adikkan nak jadi askar.."ena
"adik nak tidor, adik penatlah ibu"umar
"ok hari nie adik rehat yea, nanti kena pergi school tau"ena
"ok ibu"umar

adi hari nie hanya umar sorang yang pergi class tuition
umar tak pergi....

dan lagi hari nie ena kerja
jadi hantar umairah ke pusat tuitionnya
pastu baru ena masuk opis
pukul 11am ena keluar sekejap
ambil umairah dan masuk opis semula
pukul 1pm baru balik

patutnya lepas kerja
ada janji dengan m.cik shumie
nak lepaking di Ikea
tapi last minute m.cik shumie kena attend wedding
jadi perjumpaan hari nie cancel
ok takper...kita plan next date yea =)

esok dan isnin mr.hubby cuti
emmmm nak ke mana yea ;)


--sempat lagi kami selfie--
umairah yang snap gambar
hehehehehe muka ibu tak nampak

--ok 2nd snap baru nampak muka ibu--
muka kami sama tak =)

--kesian anak ibu lapar--
nasib baik ada lebihan roti sarang lebah yang ena simpan dalam fridge
jadi panaskan sekejap dalam microwave 
terus rotinya jadi lembut

--dapatlah umairah makan roti skit--
jadilah alas perut sementara tunggu ibu abis kerja pukul 1pm nanti

nanti kita ajak wan pergi Jusco yea
cian adik tinggal di rumah mesti rasa bosan nanti
malam nnti kita tengok wayang yea....

selamat berhujung minggu sahabat semua =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi