Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Wish me Good Luck

Wish me Good Luck
bukan nak cari kerja lain
bukan nak jumpa customer
bukan nak jumpa bos
tapi nak Cabut Gigi

--hati dalam debar--

--harap doc yang cabut gigi baik jea orangnya--

hari nie aku akan cabut gigi bongsu
2 batang gigi atas
2 batang gigi bawah
kena bius tanpa sedar
mr.hubby ambil cuti untuk temankan aku di hosp sg.buloh
harap dengan ada mr.hubby di sisi
nervous aku akan berkurangan
cuma still rasa takut
macam-macam aku pkir

pukul 7.30am masa appointment aku
harap selamat semuanya
doakan yea Teman-teman

akan bercuti selama 3 hari
akan rindu teman-teman blogger semua
sayalam sayang dari aku yang takut "p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 10 April 2013

Berjumpa Pakar Bius

Jumaat lepas pergi ke Hosp Sg.Buloh
rentetan dari pemeriksaan gigi sebelum nie
pagi tu pukul 8am nurse call beritahu aku ada perjumpaan dengan doc pakar bius pukul 9am
call last minute sebab ada patient yang cancel last minute
dan nama aku naik
ialah terkejut jugak sebab last appoitment aku last week
doc beritahu nama aku dalam wasting list perlu tunggu sebulan ke dua bulan nama untuk di panggil
Alhamdulillah dipercepatkan untuk diri aku

jadi last Friday
pergi ke hospital sg.buloh untuk menjalankan pemeriksaan lagi sekali

--macam biasa ambil no.giliran : 1061--
no di panggil, tunjukkan kad appointment with doc
kena bayar RM5.00
dan boleh terus pergi ke bilik Bedah Mulut 

--No.giliran : 2002--
di bilik bedah mulut
jumpa dengan doc Shila
pemeriksaan rapi di buat
kali nie gigi kena scarling dahulu untuk buang karang celah-celah gigi
mesti kena bersihkan gigi
siap semuanya

lepas buat scarling
doc ambil sample darah aku untuk buat pemeriksaan tahap kesihatan diri aku

--memula ambil darah di lengan kanan--
tapi darah tak keluar sebab urat kecik sangat

tepuk-tepuk laks sebelah lengan kiri
sama jugak kes urat tak timbul
jadi aku cadangkan ambil darah di tangan
terus doc tukar haluan ke tangan

--berjaya ambil darah 3ml di tangan--
sakitnya kena cucuk dengan jarum dengan 2x cucuk
uwaaaaa panjang laks tu jarum 
sabar..sabar..

siap semuanya
doc minta aku pergi ke Level 3
untuk berjumpa dengan Doc pakat bius


--Pakar Bius--
sebelum jumpa dengan doc pakar
berjumpa dahulu dengan nurse
ambil berat badan
ambil ketinggian
dan tekanan darah

--tahap tekanan darah aku nurse tu cakap ok--
94/69

selesai baru jumpa dengan doc pakar
doc menerangkan procedure ketika aku akan di bius
memandangkan ketika mencabut gigi bongsu ketika aku tidak sedar
jadi macam-macam soalan aku tanya

tajutnya nak bedah gigi nie
macam-macam hal boleh terjadi
tapi aku berdoa takder apa yang terjadi
berjalan dengan lancarnya
Amin

--muka berdebar-debar nak berjumpa dengan doc pakar--

takut sebenarnya
esok adalah hari gigi bongsu aku akan di cabut
appoitment pukul 7.30am
akan MC untuk dua hari

korang doakan semuanya selamat untuk aku yea
huhuhuhuhuhu
takut dan dalam debar



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 19 March 2013

Jumpa Doc Dentist

sudah lama untuk cabut gigi bongsu
tapi asyik tertangguh jea
bila sakit menyerang baru terhengeh-hengeh nak cabut
tapi bila sakit jumpa doc gigi mana boleh di cabut
kena bagi elok baru boleh cabut
tapi tu la bila sudah ok lupa diri terus kehkehkeh

hari nie nekad untuk buat pemeriksaan gigi
pukul 7.30am aku sudah keluar dari rumah
untuk pergi ke klinik kesihatan sg.buloh
ambil no
dan daftar sebagai pesakit baru
tunggu sehingga no. di panggil
bila no.9026 di panggil
masuk ke bilik no.3

--doc gigi yang cute--

doc gigi yang aku jumpa tadi
baik dan sopan jea melayan pesakit

--no.9026 no.giliran aku--

masuk ke bilik no.3
baring atas kerusi
doc terus periksa gigi aku
dan bla bla bla
ayat doc gigi bagi pembantu dia catat dalam buku pink aku

pastu doc beritahu yang gigi bongsu aku nampak separuh sahaja
di sini memang tak boleh cabut
kena refer ke hospital sg.buloh
untuk berjumpa dengan doc pakar
aku cakap ok la sebab memang sudah tahu procedur dia

tunggu di luar untuk dapatkan surat rujukan ke hosp
bila no. giliran aku di panggil semula
terus pergi ke kaunter no.4
dapat surat dan tanya di mana nak jumpa doc di hosp sg.buloh
memang penerangan yang bagus oleh pembantu klinik tersebut

terus menuju ke Hosp Sg.Buloh
seksa betul mencari parking di hosp sg.buloh
berpusing-pusing mencari parking
lepas 4x berpusing baru dapat
syukur sesangat

terus menuju ke Tingkat 2
masuk ke bilik Bedah Mulut
tunjuk surat rujukan yang diberikan oleh klinik kesihatan
terus pembantu klinik daftarkan nama aku
tapi bukan boleh terus buat yea
kena tunggu lagi

--surat rujukan yang diberikan oleh klinik kesihatan--

hari nie jumpa daftar nama sahaja
next appoinment aku minggu depan 27hb pukul 9.30am
masa tu akan buat x-ray dan jumpa doc pakar
pastu nama akan diletakkan dalam waiting list
tunggu la sebulan ke dua bulan
tunggu sehingga pihak hosp call aku
huhuhuhuhu lama kan

kalau ada duit lebih
terus pergi private jea
tapi tu la cost dia RM500 ke atas tu huhuhuhuhu
mahal kan

alahai susahnya nak cabut gigi bongsu nie
korang ada problem dengan gigi bongsu tak?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi