Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Monday, 17 August 2015

Last Raya 2015

15hb Aug
adalah last day di dalam bulan syawal
bermakna last day kita umat islam di bulan raya
dan last day kita menyambut hari raya..
rakyat malaysia nie
kalau setahun raya pun semua ok kot
makan jea....tak ingat tu

ena takderlah buat open house
cuma buat makan-makan untuk rakan sekolah 
kami dah bersahabat berpuluh tahun
jadi lebih selesa berkumpul kami-kami sahaja
mudah nak bercerita dan bergelak ketawa hehehehe
suami masing-masing pun dah faham sangat =)

bila jumpa sahabat semua
time nie lah rasanya kita akan release tension
sebab boleh ketawa sesuka hati
sekuat hati pun iya jugak
bab masuk air..toksah citer lah
hehehehehhe tepat pukul 10 mlm
confirm seorang sahabat kami akan cakap merepek sudah
hahahahah tahu sudah tandanya ;p

ena masak simple jea
masak spegethi carbonara
bubur kacang hijau jagung
kek orange
potong tembikai merah
alhamdulillah habis smuanya
lega tak payah nak panaskan dan simpan dalam fridge
tinggal bawak ke sinki dan terus cuci sahaja =)

citer bab kerja
citer bab family
citer bab anak-anak
citer bab politik
citer bab cinta
citer bab dulu lain skang lain
hehehehhee best =)

tu belum lagi kalau sorang tersasul cakap
cepat jea jadi bahan
tapi tak kesah
sebab memang gitulah kami pun
hahahahhaa
kuat meyakat semuanya ;p

terima kasih korang sudi beraya ke rumah ena

juadah yang terhidang
sedia untuk masuk ke dalam mulut


ena dan mr.hubby
tunggu sahabat datang
kami lepak di luar rumah dahulu


lepak di bawah sahaja
borak-borak
gelak-gelak


kami berlima
tak cukup korum nie
ada yang tak dapat datang..
takper lain kali kita berkumpul lagi


nie memang tak boleh blah
mr.hubby yang snap gambar
bila kami cakap gaya bebas
mr.hubby yang buat gaya bebas dengan snap sambil dia berlari gimrama
sabar jea
terkekeh-kekeh kami tergelak
sakit mulut sebab gelak banyak sangat






macam-macam gaya dari kami
hehehehehe
seronoknya bila masa boleh di putar semula
sangat-sangat release tension
dapat gelak bersama-sama...

terima kasih korang datang beraya ke rumah ena...
nanti kita serang rumah suzy laks yea
rumah idah dan zimie bila pulak =)
jom kita melawat ija yang dah bersalin tu..
cium bau syurga....

kami semua memang otak gila-gila
dari zaman sekolah hinggalah kini dah jadi mak budak
otak tetap gila-gila =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 25 August 2014

Meriahnya Open House Tahun nie

Alhamdulillah selesai sudah majlis dengan sempurna
sabtu lepas adakan majlis jamuan raya 
open house di rumah dan sekali harung dengan open road
open road nie dah masuk tahun ke 8 tahun nie
wahhhh dah lama tu majlis nie dah dilakukan
best...
kebetulan open road nie memang buat betul-betul hadapan rumah family ena
tu yang buat sekali jalan
senang hehehehee

open road nie buat bersama-bersama dengan penduduk bloc C kg melayu sri kundang
setiap rumah perlu membawa makanan untuk diletakkan di tengah khemah
bayangkan nak dekat 22 buah rumah yang join
jadi makanan tak usah cakaplah memang banyak gila
rumah kami sponsor laksa, lemang dan rendang
perghhhh memang terbaik

sampaikan tetamu yang datang siap cakap
"ena, aku tak tahulah nak makan apa..tengok pun dah kenyang"
hahahahaha dasyat betul

macam-macam aktiviti dilakukan..
majlis dimulakan dengan bacaan doa dari imam masjid
dan bacaan doa dari rumah anak-anak yatim
Alhamdulillah
ambil berkat agar majlis berlangsung dengan keberkatan dari Allah

aktiviti yang diadakan..
cabutan bertuah
hadiah duit raya untuk usia emas
duit raya untuk kanak-kanak
hamper untuk kanak-kanak kutip sampah
baju raya tercantik

hehehehhe meriahkan

yang datang beraya ke rumah ena
ada pilihan, kalau malu nak ke khemah
boleh makan di rumah jea..ada sediakan jugak di rumah
tetami yang jenis tak kesah
ambil makanan di khemah dan makan di rumah ena
sama jea...semuanya saudara seislam kan
takyah nak malu nak segan la  =)

gambar pun tak sempat nak snap sangat
sibuk gila malam tu
nak melayan tetamu
nak mengejar umairah dan umar
dah top up makanan yang dah habis
perghhhh penat memang penat
tapi terbayar dengan senyuman tetamu yang hadir ke rumah kami
tetamu yang datang membawa rezekikan...

--lemang tengah di masak--
berebut kepala lemang jea kami di situ
kepala lemang yang terbaikkan

--gotong royong memasang khemah--
suka tengok anak mudah berikan kerjasama antara satu sama lain

--antara tetamu yang hadir--
ramai memang ramai
memang seronok

--hamper yang umairah menang--
tak pasti untuk apa
rasanya untuk baju cantik kot...
seyes lupa pasal apa ngeeee

terima kasih pada sahabat yang hadir ke jamuan hari raya ke rumah kami
memang meriah
in syaa Allah
jika umur masih panjang
tahun depan kami buat lagi...

salam syawal dari kami sekeluarga =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 23 August 2014

Jemputan Open House


As salam dan salam sejahtera

Dengan rasa rendah hati
kami sekeluarga ingin mnjemput sahabat semua
ke Jamuan Raya [open house/open road]

PADA : 23hb Ogos 2014
JAM : 8.30MALAM
TEMPAT : C,120 KAMPUNG MELAYU SRI KUNDANG,
JALAN C4, 48050 RAWANG, SELANGOR.

Jika sesat
Bolehlah hubungi
zarena : 012.2449373
Ammar : 011-21124083

Kedatangan sahabat semua amat dihargai
semoga majlis bertambah meriah dengan kehadiran sahabat semua

In syaa Allah ... Amin

with love
Ena
Ammar



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi