Showing posts with label zura. Show all posts
Showing posts with label zura. Show all posts

Monday, 17 August 2015

Last Raya 2015

15hb Aug
adalah last day di dalam bulan syawal
bermakna last day kita umat islam di bulan raya
dan last day kita menyambut hari raya..
rakyat malaysia nie
kalau setahun raya pun semua ok kot
makan jea....tak ingat tu

ena takderlah buat open house
cuma buat makan-makan untuk rakan sekolah 
kami dah bersahabat berpuluh tahun
jadi lebih selesa berkumpul kami-kami sahaja
mudah nak bercerita dan bergelak ketawa hehehehe
suami masing-masing pun dah faham sangat =)

bila jumpa sahabat semua
time nie lah rasanya kita akan release tension
sebab boleh ketawa sesuka hati
sekuat hati pun iya jugak
bab masuk air..toksah citer lah
hehehehehhe tepat pukul 10 mlm
confirm seorang sahabat kami akan cakap merepek sudah
hahahahah tahu sudah tandanya ;p

ena masak simple jea
masak spegethi carbonara
bubur kacang hijau jagung
kek orange
potong tembikai merah
alhamdulillah habis smuanya
lega tak payah nak panaskan dan simpan dalam fridge
tinggal bawak ke sinki dan terus cuci sahaja =)

citer bab kerja
citer bab family
citer bab anak-anak
citer bab politik
citer bab cinta
citer bab dulu lain skang lain
hehehehhee best =)

tu belum lagi kalau sorang tersasul cakap
cepat jea jadi bahan
tapi tak kesah
sebab memang gitulah kami pun
hahahahhaa
kuat meyakat semuanya ;p

terima kasih korang sudi beraya ke rumah ena

juadah yang terhidang
sedia untuk masuk ke dalam mulut


ena dan mr.hubby
tunggu sahabat datang
kami lepak di luar rumah dahulu


lepak di bawah sahaja
borak-borak
gelak-gelak


kami berlima
tak cukup korum nie
ada yang tak dapat datang..
takper lain kali kita berkumpul lagi


nie memang tak boleh blah
mr.hubby yang snap gambar
bila kami cakap gaya bebas
mr.hubby yang buat gaya bebas dengan snap sambil dia berlari gimrama
sabar jea
terkekeh-kekeh kami tergelak
sakit mulut sebab gelak banyak sangat






macam-macam gaya dari kami
hehehehehe
seronoknya bila masa boleh di putar semula
sangat-sangat release tension
dapat gelak bersama-sama...

terima kasih korang datang beraya ke rumah ena...
nanti kita serang rumah suzy laks yea
rumah idah dan zimie bila pulak =)
jom kita melawat ija yang dah bersalin tu..
cium bau syurga....

kami semua memang otak gila-gila
dari zaman sekolah hinggalah kini dah jadi mak budak
otak tetap gila-gila =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 20 October 2014

Perasmian Bangunan Baru HQ Shaklee

sabtu lepas telah berlangsungnya perasmian bangunan baru HQ shaklee
di sunway.

Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
All contact numbers however remain the same
03-56223188

seawal pukul 9.00pagi ena dah keluar dari rumah
pergi dulu ke rumah shumie dan jemput sekali zura
kami ke HQ bertiga dan naik kereta baru shumie
wahhhh sudah bertukar kereta baru nampak =)
semakin murah rezeki sahabat ena yang sorang nie
Alhamdulillah

kami sampai di HQ dalam pukul 10pagi lah lebih kurang
kedatangan kami di sambut oleh pengarah urusan shaklee
iaitu Mr.Victor Lim
kami register dahulu dan mendapat no untuk cabutan bertuah
dan yak sangka laks dapat goodies beg dari shaklee
best betul

pukul 10 lebih acara perasmian dimulakan
acara memotong riben dan ucapan ringkas dari mr.victor lim
dan terus masuk ke dewan
kata aluan dari mr.victor lim dan vvip dari shaklee sendiri
dan paling terharu..
master mia dapat berikan ucapan..
ena memang admire sangat dengan master mia..terpesona =)
selepas kata ucapan dari pihak shaklee
ada jamuan ringkas untuk tetamu yang hadir..

makan sedikit dan bergambar dengan rakan-rakan JMS yang lain
beli stock vitamin c - tawaran hanya 1 hari sahaja untuk vitamin c
beli 6 percuma 1
memang ena tak lepaskan peluang lah...set kecantikkan nie
memang hot item yang memang laju ena jual

acara hari tu memang best =)
paling best dapat jumpa master mia dan rakan sid shaklee yang lain
semoga kita semua terus kekal berjaya dalam buz shaklee
in syaa Allah

--register dahulu untuk dapatkan cabutan bertuah dan goodies beg--
memang bertuah yang dapat cabutan bertuah hari tersebut
dapat collagen powder 2 kotak tu
wahhhh bernilai rm596.00 tuuuuuu
untungnyaaaaaa

--no cabutan bertuah ena--
tak bertuah pun kihkihkih

--ada photobooth yang disediakan--
memang tak lepaskan peluang lah
hehehehehe

--kami bertiga--
ena..shumie dan ena
kawan sekolah 

--di photobooth paling bes sebab ada aksesori yang boleh digunakan sebagai props--
hah pilih jea nak pakai apa

--ena pilih flower crown jea--
acaner comel tak hahahaaa

--shumie--
be the next master
in syaa Allah

--zura dan babynya--
nasib baik babynya memang sangat-sangat baik
tak meragam sangat sepanjang majlis

--ada booth bancuhan mealshakes dan esp--
wahhhhh menatang-mentanglah promo bulan nie kan
masa minum mealshakes memang sedap sangat
selalu kat rumah memang tak ambil pun
just buatkan untuk umairah dan umar jea
tapi lepas merasa sendiri di booth nie
wahhhh sedap sungguh
terus minta cara bancuhan dia
nanti ena share cara bancuhan mealshakes yang sedap yea
bukan kanak-kanak jea yang suka dengan rasanya
kita yang dewasa pun akan terus jatuh cinta selepas merasa sekali

--ada badut--
ada jugak budak menangis lepas tengok badut nie
ada jugak budak yang suka ialah saper tak suka dapat belon kan kan kan =)
kalau umar nampak nie confirm menangis

--acara perasmian dimulakan--
potong riben

--mc that day--
memang cantik orangnya

--kata semngat dari master mia--
ena memang admire sangat-sangat pada master mia nie


--geng JMS dan MKE--
semoga urusan dan perjalanan kita nak menjadi master dalam shaklee dipermudahkan oleh Allah
keculi suzy lah sebab dia memang dah jadi master hehehee

--kami berempat--
dalam lift pun sempat lagi bergambar hahahaha
memang gila bergambar kitaorang nie

--part paling best adalah dapat goodies beg dari shaklee--
seronok sangat
jadi kenangan dan beri inspirasi kepada kami yang masih lagi bertatih dalam dunia buz

Harapan ena semoga Shaklee terus melangkah maju ke hadapan 
semoga  ena dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat membantu menambah nilai pada kesihatan dan juga ekonomi masyarakat di luar sana kepada yang lebih baik 
InsyaAllah....

doakan ena terus berjaya yea...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 9 April 2013

Selamat Pengantin Baru ~ Haizura Tahir

Tahniah Zura
kini selamat sudah memegang title Mrs/Pn
welcome to our Group "D

selamat melangsungkan perkahwinannya pada 7.04.2013
angka Tujuh ~ kesukaan Zura
dapat diabadikan kenangan untuk seumur hidup

aku ucapkan 
Semoga Bahagia Hingga Ke Syurga
dan
Dilimpahi seribu kerahmatan dari Allah
Amin

sehari sebelum majlis
sibuk kami sekelas
wassap nak jumpa pukul baper
saper nak pergi
memang seronok sebab xcited nak jumpa semula

kami berjumpa pukul 1pm di rumah pengantin
bila berjumpa lupa sekejap pada pengantin
sibuk borak sesama kami
seronok gila dapat berjumpa
sampaikan suami pun boleh terlupa hahahahahha

--dari kiri : aku..zimie..shumie..idah & honey--

rakan sekelas dari Form 3 ~ 1996

--berjumpa pengantin--
masih belum lagi bersiap
tapi kami semua tetap nak menyibuk jugak masuk ke dalam hahahaha

--Zura raja sehari--
cantik sangat

--kami rasmikan pelamin sebelum pengantin--
sabar jea la

biasa la bila berjumpa semula
kepala pun jadi gila-gila

--kami bersama pengantin--

--zura dan pasangan--
Tahniah

--si cantik manis--
welcome to our group

--sebelum balik sempat lagi snap-snap--

happy sangat sebab rakan baik sudah naik pelamin
kini tunggu lagi sorang rakan baik naik pelamin
semoga jodohnya dipercepatkan oleh mu ya Allah
Amin

Selamat pengantin baru Zura
cepat-cepat dapat baby yea "D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 15 March 2013

Terima Kad Kahwin

hari selesa yang lepas
balik kerja, mak terus hulurkan sampul surat bersetem
bila tengok macam dah boleh agak siapa yang poskan

bila tengok
memang betul agakkan aku 
eheh
Alhamdulillah
sudah sampai serunya
kad jemputan kahwin dari si Dia
sebab minat angka 7
kahwin pun nak berangka 7
bagus betul la minah nie

si Dia ketika majlis pertunangannya

gambar masa tahun 2009
hah korang tak
Dia pun ada Blog jugak

nie la BFF aku Cik Haizura Tahir
akan melangsungkan hari bersejarahnya pada 7.04.2013
zura aku kenal dia dari sekolah menengah lagi
dari tahun 1996 sehingga kini

In Sya Allah
pasti aku akan hadiri majlis perkahwinannya
tak sabar nak tengok dia naik pelamin
kami berlima : Aku, Zura, Imah, Ija dan Suzy
rindunya pada korang

dan rindu pada my BFF jugak Cik Shumie
bila kita nak berdating lagi beb
makan-makan..borak-borak..gelak-gelak..snap-snap..
best woooo
release Tension tu

Tahniah Ra...










Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 20 July 2012

Selamat Hari Jadi Zura



selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Haizura
selamat hari jadi

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Haizura
Allah selamatkan kamu
selamat hari jadi

hah jom nyanyi ramai-ramai
untuk BFF aku nie
aku doakan semoga
* dipermudahkan dan dipercepatkan untuk menjadi isteri orang
* dimurahkan rezeki berlipat kali ganda
* sentiasa dalam lindungan Allah
* ceria-ceria selalu

Selamat Hari Jadi Zura
mmmuahhhhh

jom kenal-kenal Cik Zura



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi