Showing posts with label tutti frutti. Show all posts
Showing posts with label tutti frutti. Show all posts

Saturday, 19 September 2015

Berhati-hati Ketika Tarik Ice Cream di Tutti Fruiti

cerita semalam
semalam tak sempat nak update blog
sibuk sesangat hehehehe
ok jom start tulis apa yang terjadi semalam..
memandangkan hari jumaat lunch 2 jam
mestilah kena keluar daro ofiskan..takkan nak duduk jea dalam ofis
nanti tak pasal-pasal bos panggil buat kerja
ok jangan cari pasal yea
kita keluar isi perut dulu kendian kita cuci-cuci mata skit =)

kami makan ikan bakar di bdr baru sg.buloh
memang suka makan di sini
sebab sos ikan bakarnya memang sedap
dah ambil ikan bakar
mestilah kena ambik sambal balacan dengan cencalok
barulah makan sepinggan habis ;p
nak tambah emmang taklah..malu kan 

makan cenggini jea kena charge rm9.70
mahai kan
takperlah seminggu sekali jea pun kalau nak makan ikan bakar
hari-hari lain makan gerai tepi jalan jea bajet tak lebih dari rm5.00

memandangkan kami gerak nak balik tu masa baru pukul 1.30pm
emmmm awal sangatkan nak masuk ofis
terus ajak syikin ke tutti frutti
kita bagi sejuk skit tekak..
pencuci mulutlah kan..
harusssss

selama nie dah masuk ke tutti frutti
baru ena tahu fungsi yang tengah tu untuk apa
hahahahahha
ok yang tengah tu kan bila di tarik - mestilah kena tarik nak bagi ice cream keluar
hahahahahha
ok yang tengah tu fungsinya
adalah gabungan dua flavor
contohlah..sebelah kanan choc dan sebelah kiri adalah red velvet
tekan yang tengah akan gabung 2 perasa nie
sedap jugak hehehehehe


ok nie yang ena punya
sekali dah timbang
ambik ko
tipis wallet dibuatnya
ena kena rm15.40
terkekeh-kekeh gelak kat diri sendiri
masa picit tu tak agak-agakkan ;(


ok nie ice cream kami bertiga
eikin - rm14.00
ena - rm15.40
vino - rm15.50

hahahahahaha beza ena dengan vino cuma 10sen sahaja
sabor jea lah


kalau belian rm15.00 ke atas akan dapat free
magic bite nie
apa ke bendanya nie
hehehehehe

hah nie ghupo magic bite tu
luarnya biskut dan dalamnya biskut
biskut tu tak sedap
ice cream tu jea ena ambik masuk semula dalam cup
jangan membazir yea


welfie kami bertiga
dari kiri..
ena .. vino.. eikin

sempat lagi minta adik yang kerja di situ snapkan gambar kami
mestilah kan
nak jugak gambar full body
asyik snap gambar muka jea
merajuk body sebab takder tayangan untuk body hehehehehe
sengalkan

comei tak hehehehhee
sempatlah beli selipar untuk pakai di ofis
hello kitty gitu...

jadi semalam bayaran untuk lunch jea
nak dekat rm50.00 habis
emmmm tak berjimat langsung
tapi suka dapat beli selipar nie..
tak kesah lakan asalkan hati gembira...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 6 April 2013

Tutti Frutti ~ rabak poket seluar

aku rasa antara ice cream yang harganya mahal
selain baskin robin huhuhuhuhu
tapi aku lebih suka ice cream tutti frutti sebab rasa yogurt kan
sedap

--hah ambik ko sekali timbang kena charge RM17.23--
ambil 4 flavour
choc..durian..red velvet..yogurt original
durian macam tak kena dengan tekak aku
suka dengan perisa yogurt sedapnya

--umairah memilih topping--
masak kalau budak nie memilih
kalau boleh semua nak letak

kalau ikut tekak aku
aku suka letak kekacang jea
tak suka tabur benda-benda yang lain
macam tak masyuk jea
tapi sebab anak ambilkan jea
tak ikut nanti meregek laks

--Tutti Frutti pilihan kami--
nyum nyum nyum sejuk jea terasa di tekak

--umairah & umar--
makan skit jea budak berdua nie
yang terpaksa habiskan sudah tentu lah aku huhuhuhu
mr.hubby kureng skit makan ice cream

--aku dan mr.hubby--

--umar berjaya mengepow ibu beli lori dari hot wells--
mahal siot harga koleksi dari hot wells nie
kecik cenonet nie jea RM7.99

umar suka dengan koleksi mini kereta skang nie
emmm masak nak belikan mainan untuk si bam bam nie
tak terlayan

korang rasa harga Tutti Frutti nie mahal tak
bagi aku mahal la
benda sedap pasti harganya mahal kan huhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 30 November 2012

Tutti Fruitti Frozen Yoguart

lunch semalam sempat lagi kami menerjah ke Tutti Frutti
tiba-tiba tekak teringin nak terasa nyaman
the best thing mesti la kita bagi rasa Tutti Fruitti untuk kesegaran berpanjangan :D
ceh bagi promosi laks hehehehehe
kami pergi ke restaurant Tutti Frutti di TSB Sg.Buloh

tapi aku memang suka la Tutti Frutti nie
sedap sangat
suka makan bila sudah cair sedikit
rasa combine semua ice cream yang kita pilih
perghhhh memang syorga eheh

Aku dan Eikin
model of the day ~ Tutti Frutti

aku pilih 3 flavour
Choc..Vanilla dan Rasberry
Topping pilih M&M dan Nuts
suka kacang
bila makan rasa crunchy jea

tapikan flavour yang ada di sini terhad sangat
kalau tengok flavour yang Tutti Frutti ada
memang meleleh air liur la
jom tengok Flavour yang ada
teringin nak rasa flavour Red Velvet
mesti sedap kan...

harga yang aku perlu bayar
sila tengok price di dalam gambar
mahal kan
tak boleh ker Tutti Frutti bagi harga special skit huhuhuhu
tak boleh nak makan selalu
boleh kering wallet eheh

Eikin laks kena RM12.46
topping lebih ke arah choc chips

sambil drive balik ke ofis
sambil mulut makan ice cream yogurt
di luar panas
tapi di dalam sejuk nyaman
perghhhh sedap tokkkk


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi