Showing posts with label megan. Show all posts
Showing posts with label megan. Show all posts

Friday, 12 February 2016

Lunch ke Mana kita?

kalau yang bekerja area sg.buloh
jalan ke arah subang airport 
pasti tahu shopping complex yang baru di buka nie
star avenue
perghhh nama macam dah kapal cruise laks hehehehhee

memandangkan mr.bos memang tak masuk ofis lagi
memang kami yang pekerja nie terasa bahagia jea
kihkihkih
on time jea keluar waktu lunch
kami berempat telah bercanda-canda ke sini
decide makan texas chicken
senang sini dah ada
selalu makan dengan mr.hubby di one city
sini mana lah adakan..
skang dah dekat sudah tak payah nak pergi jauh-jauh

suka makan chicken texas sebab sedap
lebih sedap dari kfc sebenarnya
mati la mak sebab kutuk kfc..tapi nielah realitinya ;p
dan best..air boleh refill banyak kali
kalau ko nak kembung minum air pun boleh
kalau bawak umairah dan umar
memang ulang alik jea lah budak berdua nie ke tempat air
kami buat tak tahu jea...

ena..wanie..eikin dan naz
mak dara dan anak dara

kononya lepas makan nak terus balik
tapi kaki melangkah masuk ke dalam giant laks
dari nak tengok-tengok jea
last-last penuh laks trolley tarik nie
siap ada member yang beli beras lagi tu
ada member lagi sorang borong jajan ;p

eh eh eh taknak pandang camera laks
malu lah tu hehehehe

tapi shopping complex nie banyak kedai tak buka lagi
kami jalan di bawah jea
tak naik pun atas...malas hehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 19 September 2015

Berhati-hati Ketika Tarik Ice Cream di Tutti Fruiti

cerita semalam
semalam tak sempat nak update blog
sibuk sesangat hehehehe
ok jom start tulis apa yang terjadi semalam..
memandangkan hari jumaat lunch 2 jam
mestilah kena keluar daro ofiskan..takkan nak duduk jea dalam ofis
nanti tak pasal-pasal bos panggil buat kerja
ok jangan cari pasal yea
kita keluar isi perut dulu kendian kita cuci-cuci mata skit =)

kami makan ikan bakar di bdr baru sg.buloh
memang suka makan di sini
sebab sos ikan bakarnya memang sedap
dah ambil ikan bakar
mestilah kena ambik sambal balacan dengan cencalok
barulah makan sepinggan habis ;p
nak tambah emmang taklah..malu kan 

makan cenggini jea kena charge rm9.70
mahai kan
takperlah seminggu sekali jea pun kalau nak makan ikan bakar
hari-hari lain makan gerai tepi jalan jea bajet tak lebih dari rm5.00

memandangkan kami gerak nak balik tu masa baru pukul 1.30pm
emmmm awal sangatkan nak masuk ofis
terus ajak syikin ke tutti frutti
kita bagi sejuk skit tekak..
pencuci mulutlah kan..
harusssss

selama nie dah masuk ke tutti frutti
baru ena tahu fungsi yang tengah tu untuk apa
hahahahahha
ok yang tengah tu kan bila di tarik - mestilah kena tarik nak bagi ice cream keluar
hahahahahha
ok yang tengah tu fungsinya
adalah gabungan dua flavor
contohlah..sebelah kanan choc dan sebelah kiri adalah red velvet
tekan yang tengah akan gabung 2 perasa nie
sedap jugak hehehehehe


ok nie yang ena punya
sekali dah timbang
ambik ko
tipis wallet dibuatnya
ena kena rm15.40
terkekeh-kekeh gelak kat diri sendiri
masa picit tu tak agak-agakkan ;(


ok nie ice cream kami bertiga
eikin - rm14.00
ena - rm15.40
vino - rm15.50

hahahahahaha beza ena dengan vino cuma 10sen sahaja
sabor jea lah


kalau belian rm15.00 ke atas akan dapat free
magic bite nie
apa ke bendanya nie
hehehehehe

hah nie ghupo magic bite tu
luarnya biskut dan dalamnya biskut
biskut tu tak sedap
ice cream tu jea ena ambik masuk semula dalam cup
jangan membazir yea


welfie kami bertiga
dari kiri..
ena .. vino.. eikin

sempat lagi minta adik yang kerja di situ snapkan gambar kami
mestilah kan
nak jugak gambar full body
asyik snap gambar muka jea
merajuk body sebab takder tayangan untuk body hehehehehe
sengalkan

comei tak hehehehhee
sempatlah beli selipar untuk pakai di ofis
hello kitty gitu...

jadi semalam bayaran untuk lunch jea
nak dekat rm50.00 habis
emmmm tak berjimat langsung
tapi suka dapat beli selipar nie..
tak kesah lakan asalkan hati gembira...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 4 September 2015

Lunch di Pizza Hut

hari jumaat
seperti biasa
waktu rehat lama dari biasa
hari nie lah kami yang perempuan nak keluar makan jauh-jauh skit

hari nie kami bertiga jea
wanie tak join sekali
sebab minah tu tengah bercuti ke krabi
wahhhh best gitu =)

kami lunch di the store sg.buloh
lepak di Pizza Hut jea
tak tahu dah nak makan apa..
sambil tunggu makanan sampai
borak-borak santai gitu...
lama jugak minuman kami sampai
tanya banyak kali jugaklah sebelum minuman kami sampai
alasan tukang buat air sorang jea..
tapi pelanggan yang ada tak ramai sangat pun
memang sabar jea lah...


starter plater
yang macam dalam mangkuk tu memang sedap
garing jea


tak sedap
tak abis pun makan
susu semata
nie ena dan syikin yang order

spegethi order by vino
pun tak sedap jugak

chicken salad


our drinks
coppucino dan manggo blended
sedap

ena dan syikin


ms.vino

happy luch semua =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 26 August 2015

Sedondon Kita

5.30pm tepat sharp mesti balik
Dah tak larat sangat2 dah skang nie
Pagi tadi masuk opis punyalah hati berdebar2...
Semua zikir disebut dan dikumat kamitkan
Huhuhuhu

Hari nie ada present pasal audit sekali dengan Dato razak
Tu yang hati berdebar2
Dan seram sejuk jea dari pagi tadi...
Takut huhuhuhu
Sebelum nie tak pernah pun terlibat secara langsung utk audit
Cuma indirect jea..
Skang tempat kerja baru..smuanya kena handle sendiri
Tu yang tension skit
Tapi bagus jugak sebenarnya
Belajar benda baru dan good untuk letak dalam resume :)

Meeting dari pukul 12 lebih sehingga pukul 3 lebih
Dalam hati duk risau
Sempat ker nak keluar solat
Dup dap dup dap
Finally 3 lebih siap semuanya
Tinggal nak kena edit dan pas journal jea...lega mak jemah

Siap solat siapkan ledger
Tak makan2 pun
Angin dah keluar masuk sudah
Nasib tak keluar angin kat bawah jea hahahahahaaaaa
Kalau keluar pun tak bau tau hikssss

Ok la panjang laks penutup cerita petang nie
Nak tunjuk gambar kami bertiga sedondon warna jea
Tapi terbebel lebih2 laks
Opsss sorry yea

Warna peach kami bertiga
Suka laks tengok riz (HRM)
memang kena dengan dia
Segak bergaya gitu...
Ena dan syikin berdress...
Comel kan...

Ok la nak balik kerja
Nak buka tudung saji bila sampai rumah nanti
Berhati2 yea korang bila balik nnti...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi