Showing posts with label ...anak-anakku.... Show all posts
Showing posts with label ...anak-anakku.... Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Setiap Petang Pasti Kena Membonceng Naik Motor

setiap petang nie la kerja tambahan p.chu nya

kena bawak anak-anak buahnya round satu kampung eheh

selagi tak bawak nak-nak umar

memang taknak masuk ke dalam rumag la

kalau hujan time petang memang runsing aku dibuatnya

sebab umar melalak nak naik motor jugak

jadi aku hanya letakkan umar di dalam bakul sahaja

sambil aku tunjuk air hujan tak boleh keluar

tak dapat round-round naik motor

duduk dalam bakul pun takper la

selagi si kecik nie tak puas ber'round' jangan harap la umar nak turun

time kita depangkan tangan nak angkat dia

siap gelengkan kepala taknak turun

tapi bila sudah puas laju jea kaki dia nak keluarkan dari bakul motor


umairah dan pija

macam biasa la kena duduk di belakang

kalau babahnya balik awal dapat la ibunya round sekali bersama-sama anak

teringat dating time dolu-dolu

dating naik skuter round shah alam :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 18 November 2011

Singgah Sekejap Ke Ofis Ambil Medical Card

pukol 11 lebih sayang call beritahu nak singgah ke ofis aku sekejap
sebab nak ambil medical card umairah dan umar
umairah batuk
umar selsema
jadi sebelum lebih melarat baik bawak cepat jumpa doktor

bila nampak aku
terus keluarkan kepala nak peluk aku eheh
rindu pada ibu yea sayang


umairah nampak jea aku

terus cakap "ibu, kakak batuk, jadi hari nie kakak cuti" umairah

cuti maksud umairah ialah tak pergi ke nursery

malam tadi sebelum tidor umairah batuk than terus muntah

jadi dah boleh anggak hari nie umairah akan tidak sihat

sebelum pergi peluk kuat-kuat dahulu umar
geram pada budak bam bam nie



umairah yang ceria walaupun batuk eheh
sahaja jea taknak pergi nursery yea sayang
jadi hari nie sayang plak terpaksa ambil EL untuk menjaga anak-anak di rumah
thanks sayang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Gaya Rambut Alfro

tengah buat kerja pagi tadi
tetiba dari msg dari sayang
buka jea msg terus tersenyum sorang-sorang
sebab sayang snap gambar anak-anaknya pakai rambut alfro
rambut alfro nie kepunyaan adik bongsu aku - nasir
sebab esok tempat kerja dia ada buat dinner tema Retro
tu yang sibuk mencari hiasan gaya retro
ambut dan spec besar dah beli
tinggal nak mencari baju dan seluar
siap tanya kat adik, taknak cari kasut tumit tinggi ker sebab zaman tu
semuanya pakai kasut bertapak tinggi hehehehhehe


bila pakaikan umar dengan rambut alfro nie
sudah macam perempuan plak aku tengok umar nie
muka macam nak ciwek jea
sebab sayang cakap umar macam geli dengan rambut tu hehehehehe

umairah plak jangan cakap la
macam stail dia buat
nie stail sayang cakap, umairah tengah angkat tangan
sambil cakap terima kasihhhhhhhhhhhh gaya alycats hahahahahaha
tergelak aku dengar sayang cakap macam tu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 16 November 2011

Kerinduan Seharian Tidak Jumpa

petang semalam bila sampai sahaja di rumah
buka pintu, umar terus meluru pada kakaknya
terus peluk kakaknya
amboi memang kerinduan umar pada kakaknya
tapi tak peluk pun ibunya huhuhuhuhu
sweet sangat time nie aku tengok


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Bila Ambil Umairah Dari Nursery Pasti Menanya Ada Apa Hari Nie Ibu...

setiap petang bila aku ambil umairah dari nurserynya
pasti soalan pertama yang akan di tanya dari mulut si becok nie
"hari nie ada apa ibu" umairah
pasti aku akan keluarkan something dari handbeg dan berikan pada umairah
seperti choc ker, gula-gula ker, toys ker dll
kalau aku bawakkan toys dari mc'd lagi la senyum lebar umairah
macam-macam soalan yang akan di tanya
ibu makan apa la, makan dengan siapa la, bila nak bawak kakak ke mc'd la
pot pet pot pet la si umairah nie menanya
tapi aku happy jea layan soalan-soalan yang umairah nie menanya
jadi semalam aku makan di mc'd waktu lunch
dan ada toys terbaru yang umairah belum ada lagi
terus belikan satu untuk umairah
bukan taknak belikan untuk umar
toys jenis bear nie memang umar tak melayan
umar hanya main dengan bola dia sahaja




bila aku nak snap gambar umairah dengan humbugler, umairah tetiba sorokkan mukanya


malu la ibu eheh


lawak plak bila si umairah cakap malu nak bergambar

jadi bergambar la di rumah dengan humberglernya
tapi tu la skang nie kalau bergambar suka sangt buat muka 'berlagak'
jarang nak buat muka comey-comey lagi



tengok la adiknya umar nak tengok toys nya langsung tak bagi kakaknya


geram aku


last-last dua2 wresling depan tv


umar skang nie suka sangat la wresling dengan kakaknya


pastu pasti dengar suara nyaring kakaknya menjerit


eheh tandanya umairah dah kalah heheheheheh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 15 November 2011

Outdoor Di Hujung Minggu

hujung minggu yang lepas (13hb Nov) kalau kami di Sri Kundang
memang akan membawa anak-anak untuk ke taman permainan di BRP
biasanya sayang yang akan melayan umairah dan umar bermain
aku hanya duduk di bangku melihat telatah anak-anak
semangat nak jongging tu terus malas bila dah dapat duduk di bangku

seronok bila dapat lihat muka ceria di muka anak-anak
ialah bila seminggu terperah di rumah
bila dapat keluar sekali sekala memang seronok
lain kali datang ke sini nak bawak bola
boleh la melayan tengok aksi umar dan babahnya tendang menendang bola
riadah di hujung minggu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Pergi Ke Hospital Untuk Check Up

pada hari khamis (10hb Nov) minggu yang lepas
aku ajak mak untuk pergi ke hospital untuk buat check up
ialah nak dekat 2 minggu batuk umar tak baik-baik lagi
waktu pagi jea semput umar teruk kedengaran
jadi hari khamis lepas aku ambil EL
ajak mak temankan aku
umairah aku tak hantar ke nursery, angkut sekali pergi hospital
waktu daftar nasib baik la sekejap sahaja
sebab aku ambil giliran express untuk bayi
selepas itu kena tunggu no giliran di pnggil oleh doktor
bila dapat jumpa dengan doktor
dan di check dengan terperinci kena ambil sampel darah umar
untuk check
jadi kena mabil no lagi untuk jumpa dengan doktor mengambil darah
emmmm asyik la ambil no giliran
bila no sudah di panggil
doktor letakkan tali di pangkal lengan umar
dan bila doktor tepuk-tepuk tangan munggil umar untuk mencari darah
jantung hati aku sudah berderau
terus aku minta stop dan panggil mak
jadi aku serahkan umar pada mak, tak sanggup aku nak tengok umar di suntik
menangis memang kuat la
aku pun rasa menangis sekali bila tengok jarum masuk ke kulit tangan umar
kesian anak ibu
lepas ambil darah umar, doktor minta hantar sampel darah umar ke bahagian pemeriksaan
di sini kena ambil no giliran jugak
dalam 20 minute jugak untuk dapat keputusan
bila sudah dapat result terus pergi berjumpa doktor yang 1st aku jumpa
di sana, doktor mengesahkan paru-paru umar terkena jangkitan
dapat ubat antibiotik, demam dan cair kahak
dan perlu berjumpa doktor semula selepas 5 hari kalau keadaan umar masih lagi teruk
di bahagian farmasi lagi la teruk
rasanya nak dekat 1 jam menunggu no giliran aku di panggil
emmmmm tak tahu nak cakap apa service di hospital kerajaan nie
masih di takuk lama lagi bila memberi service
aku tahu orang ramai
dan pasti ada suara-suara sumbang akan cakap
kalau lama sangat tunggu pergi la klinik bayar
yeaaa aku dah 2 kali pergi ke klinik bayar
cuma kali nie aku nak jumpa pakar kena la datang ke hospital
untuk dapatkan pemeriksaan lanjut

dalam jenuh menunggu tu memang aku takder mood nak snap gambar
di tambah lagi dengan rasa kesian pada umar
tak terpikirpun nak snap gambar
cian anak ibu




ketika menunggu di bahagian farmasi


baru la timbul rasa kelegaan sebab umar sudah ok


di tambah plak wannya beli nasi nak mood sudah ok


sebab perut sudah kenyang


umairah sibuk dengan buku sticker anry bird dia


habis muka dan lengan tangan di tambalnya sticker


orang sekeliling tengok dan senyum-senyum jea dengan telatah umairah



buku sticker angry bird yang di beli oleh wannya


ada satu bahagian ada tempat orang-orang menjual barang dan biskut


nasib baik la umairah hanya pau buku kalau di paunya barang lain


pening wan dia nak melayan karenah umairah nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sentiasa Baju Nak Sama




umairah dan pija kalau selepas mandi memang memeningkan kepala aku

ialah kalau boleh dari atas ke bawah mesti nak sama

seluar atau baju mesti nak sama ataupun warna yang sama

kadang-kadang tu kalau takder yang sama meraung-raung si pija nak jugak

sama macam umairah

aku yang sudah naik angin pun meraung sekali

kalau belikan umairah t-shirt mesti kena belikan sekali untuk pija

takut kes nak sama la nie

selalu pesan pada lini adik aku

kalau balik rumah mak bawak la sekali baju pija yang sama macam umairah

jadi takder la kes asyik meraung nak sama jea

geram tau



baju angry bird nie aku beli di pasar jea

sepatutnya sehelai RM10.00 tapi memandangkan aku beli 2 helai

terus aku minta diskaun

dapat la sehelai RM8.00 jadi bayarlan RM16.00

kadang-kadang aku nie jenis yang kalau dapat diskaun skit pun

sudah rasa puas hati

korang setuju tak macam aku

apa yang kita beli mesti nak dapat diskaun..walaupun dapat diskaun RM1.00

tetap rasa happy

betul tak :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 1 November 2011

Main Buih Sabun - Layankan Permintaan Anak-Anak





petang semalam sayang melayan permintan umairah
tolong tiupkan buih sabun
jadi bila babahnya meniup, memang banyak la belon sabun keluar
jadi umar dan umairah berlari-lari mengejar belon sabun
suka tengok gelagat umar
ialah jalan masih terhengeh-hengeh ada hati nak melompat macam kakaknya
umairah melompat tinggi bila belon tu terbang tinggi
kalau tengok umairah ok lagi la
tapi bila tengok umar memangs akit perut tengok gelagat dia hahahahaha
suka betul dengan buih sabun nie
tapi lepas main lantai jadi licin - jadi aku jugak yang jadi tukang mop lantai huhuhuhu

tapi apa yang penting
anak happy..aku dan sayang pun happy jugak :D
apa yang penting kerjasama


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 31 October 2011

Pagi-Pagi Bangun Terus Mengadap Benda Kesayangan Yang Terkini

pagi ahadnya pagi-pagi bangun terus mencari hadiah
yang di beli semalamnya
lepas mandi baru aku benarkan umairah buka hadiahnya
kelakar sebab tak bagi langsung adiknya sentuh rumah mainannya
sampai menangis la si umar



aksi umairah bersama set baglo rumah yang tak cukup dinding hehehehehhe
siap susun lagi perabut-perabut mini yang ada di belakang rumah banglonya tu



umar plak tak dapat main mainan kakaknya


dapat main dengan kotaknya pun jadi la huhuhuhu



tapi tetap buat muka sedih hehehehehehe


apa la kakak nie kongsi la main dengan adik tu


tengok adik dah buat muka kesian dari jauh hehehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tak Sempat Nak Basuh Sudah Dipakainya

hari jumaat yang lalu


sempat la shopping untuk diri sendiri dan untuk anak-anak


balik ke rumah tunjukkan bag plastik pada umairah


terus dibukanya bag plastik nak tengok didalamnya ada apa


happy sangat bila ada baju baru untuk dia dan adik


time tu jugak minta aku pakaikan baju tidor baru dia



gaya cekak pinggang


warna hijau cair


nasib baik muat main agak-agaknya size untuk umairah





gaya bersama bag hello kittynya


nak jugak bersama tu





adiknya nak pegang baju barunya terus tak bagi




tu yang bergumpal-gumpal atas lantai tu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 27 October 2011

Siapa Buli Siapa Nie ... Tak Padan Dengan Yang Kecik Awak tu

petang tak dapat nak keluar sebab hujan
jadi terpaksa la buat aktiviti di dalam rumah
memula umar memang menangis la sebab nak keluar rumah jugak
umar sudah dibiasakan dengan berjalan-jalan bila tibanya waktu pukol 6 petang
jadi kalau pukol 6 petang masih di dalam rumah memang bergegar la grill pintu
habis di hogahnya grill pintu tu


umairah memang akan jadi lelaki sejati
sebabnya mainan dia sekarang nie kesemuanya adalah bola
sejak sudah pandai berjalan nie, sudah pandai menyepak bola sendiri
hehehehhehe memula nak tendang tu memang asyik jatuh la
sebab tak pandai lagi nak balancekan diri time kaki sebelah
sekarang nie sudah pandai balance kan diri bila nak menyepak bola
tengok ajer la di rumah nie, macam-macam jenis bola pun ada
dari jenis yang kain, lembut, besar, kecil semuanya ada


dalam umar tengah bermain dengan bola
aku yang tengah baring sambil memeluk umairah
terus umar stop main bola dan datang ke arah kami
umar nie bukan boleh tengok aku peluk orang lain selain dari dia
jeles memanjang


bila sudah datang dekat pada kakaknya
habis umairah di gumpanya oleh umar
di kudakan dan jadi gusti plak aku tengok antara umairah dan umar
cuma umairah layankan jea perangai adiknya tu


yang nie plak aksi umairah cuba merampas puting dari umairah
seboleh-boleh nak di cabutnya puting umairah
bila dapat dimasukan semula ke dalam mulut kakaknya
pastu mula berebut semula dengan kakaknya
hehehehhehe memang yergelak-gelak aku tengok aksi dua beradik nie
ganas jugak si umar nie
tak padan yang kecik, tau nak buli kakaknya jea...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 26 October 2011

Ingat Nak Bawak Anak-Anak Pergi Outdoor Aktiviti Tapi Hujan Turun..Kehampaan

ingat plan asal selepas makan nak bawak anak-anak pergi taman
ialah sudah sampai di KL jadi boleh la nak singgah Taman Titiwangsa atau Taman Perdana
atau pun pergi ke Taman Burung
tapi bila tengok keadaan gelap dan bila kami nak pergi ke kereta
tetiba hujan turun tak ingat, memang lebat
jadi plan nak bawak anak-anak ke taman terpaksa la dibatalkan
kesian umairah sejak bulan october nie memang tak bawak ke mana-mana pun
ialah sekarang niekan musim hujan sahaja bila tiba waktu petang
jadi aktiviti petang hanya lepak di rumah sahaja


jadi dalam perjalanan pulang tu, ajak sayang singgah ke Giant Kota D'sara
lama sudah tak ke sini, selalu pergi beli barang di NSK Rawang sahaja
sebab aku tahu ada indoor games untuk bebudak
tu yang aku ajak sayang singgah ke sini
masuk sekejap ke dalam pasaraya Giant
beli sedikit barang selepas tu baru bebaskan anak-anak untuk bermain

umar kalau didudukan di dalam troley memang taknak
asyik la nak berdukung jea
umairah ok lagi nak lagi duduk dalam troley
aku memang tak larat la nak mendukung umar nie

beli susu umar
dab beli buah-buahan segar untuk buat pavlova
masa membeli bua-buah nie terus terliur aku dengan pavlova
tapi bila sampai di rumah ingat nak buat la
tapi terlupa plak nak beli whipping cream
emmmm esok jugak la baru dapat buat pavlova - buat selepas waktu kerja
makan sejuk-sejuk pavlova sungguh la yummyyyyyy

bila umar nampak kakaknya sudah berpesta dengan permainan yang ada di situ
umar sudah tergedik-gedik nak turun jugak
dah taknak di dukung oleh babahnya
memang lepas bebas umar di situ

kebetulan depan tempat mainan free nie terdapat kenderaan control
terus umar melompat masuk ke dalam kereta untuk di naiki
umairah plak terus naik motor comel
aku suka bangat la dengan skuter pinky nie
rasa macam nak belikan birthday umairah yang nie sahaja
tapi bila memikirkan keadaan rumah mak yang budak-budaknya keluar masuk
terus aku tawar hati nak membelinya
teringat bagaimana basikal hijau umiarah jahanan disebakan terlalu ramai budak disekitar
rumah mak menaikinya
jadi baik tak payah belikan...
ok untuk naik kenderaan nie kena charge RM3 untuk 5 minute
umairah naik skuter tersebut dengan control sendiri
cuma umar jea sayang control kereta tersebut
umar naik kereta tersebut tidak duduk tapi berdiri
macam naik motor sahaja gayanya

rasanya kami habiskan di kawasan permainan di situ dekat 1 jam
sampai umar keletihan dan surrender minum susu di pangku wannya
umairah sahaja yang tak puas-puas
tak puas di tempat mainan free
bersambung plak di tempat mainan yang perlu di bayar tokennya
habis rm5 jugak di situ


tapi happy jugak anak-anak sebab ada aktiviti yang dibuat
ketika ibu bapanya bercuti
kalau tidak lepas sahaja di rumah..cian
hari nie hari cuti apa sahaja yang korang lakukan bersama anak-anak...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 25 October 2011

Bila Anak Tidak Sihat Pasti Semua Permintaan Anak Hendak Ditunaikan

pagi nie pukol 7pagi lagi umairah sudah bangun
cakap perut dia lapar, alahai cian anak ibu
siap cakap nak makan nasi himpit dengan telor 1
babah dia plak hari nie terpaksa ambil EL
ialah aku sudah ambil EL time umar tidak sihat dua minggu yang lepas
skang nie turn sayang plak ambil EL
begitu la bila sudah menjadi ibu bapa nie
kena bertolak ansur untuk kebahagian rumahtangga
jadi pukol 7 lebih sayang sudah pergi ke kedai makan untuk beli lontong
tapi bila sampai di rumah bukan lontong yang sayang beli tapi roti canai
sayang cakap kedai tu belum buka
jadi aku pergi semula pukol 8pagi, tengok orang sudah ramai beratur
emmmm kedai nie buka pukol 8pagi la nie
jadi beratur la panjang semata-mata anak nak makan nasi impit kan
sampai rumah umairah tengok ada nasi impit terus suka
banyak jugak di makan
umar pun sekali join sarapan pagi


semalam call mak tanya keadaan umairah macam mana
masih lagi panas dan makan nasi pun cuma sesuap sahaja
bila cakap dengan umairah, suara pun lemah jea
rasa macam nak terbang balik sahaja bila dengar suara anak yang macam tu
luluh rasa hati
bila tanya kakak nak makan apa nanti ibu belikan
terus minta burger mc'd..
call sayang minta sayang belikan burger mc'd untuk umairah bersama dengan bubur
petang bila aku sampai rumah, sayang cakap umairah makan sikit jea tak banyak pun
aku cakap takper la asalkan ada benda yang masuk ke perut umairah
dalam taknak makan tu nasib baik la susu bila kita bagi minum umairah tidak menolaknya
lega di situ sekurang-kurangnya umairah minum susu walaupun tak makan makanan


pagi nie selepas makan lontong
terus cakap nak makan satay macam pak ngah beli
babahnya cakap la, ok malam nanti kita beli yea
waktu sakng nie takder orang jual lagi
nasib baik la umairah mendengar kata, cuma cakap ok
seboleh-bolehnya apa sahaja umairah nak ketika nie akan kami tunaikan
ialah baru selera makan dia nak ada semula kan
jadi apa sahaja umairah mahukan, pasti aku dan sayang belikan


bila demam nie umairah suka plak baring tempat jungkang jongket nie
rasanya pakai time dia baby jea dulu



toys yang umairah dapat tika babahnya belikan happy meal semalam

umar sahaja yang belum mandi


dahi bertelor nie sebab malam tadi dahinya kena bucu meja


cian anak ibu


si kecik yang suka sakat kakaknya


tak padan dengan kecik suka mengacau orang lain


pastu buat muka tak bersalah


alahai anak-anak ibu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday, 23 October 2011

Ragam Cucu M.Cik Melah dan P.Cik Ali

malam tadi makan satay lagi
di sponser oleh hapis lagi
terima kasih yea adik ipar sebab belanja lagi
tapi bila lihat anak-anak yang tenagh membesar nie
suka tengok gelagat mereka
umar suka sangat ikut kak pijanya
suka ikut bukan sebab apa
cuma nak merampas puting pija dari mulut pija hahahahah
bila dapat ambil terkedek-kedek la umar nie berjalan laju
dah la jalan baru lesen L lagi

time nie sebuk dengan handphone mainan dia
hello terus letak handphone tu belakang kepala dia eheh
bukan letak di telinga tapi belakang kepala
memang terkekeh-kekeh kami gelakkan si umar nie

mata umairah berair jea
sebab dia demam
nak ambil gambar nie pun
umairah tak koser nak layan



umar nie baring betul-betul atas bontot mak


sambil makan plak tu


mak cakap kalau mak terkentut memang cantik la umar kena tembak


hehehehehhehe

meja nie bukan tempat untuk letak makanan
tapi menjadi tempat umar melepakkan diri dia



tengok la tu


makan atas meja lagi tu


nak dekat 10 bulan nie memang pelbagai gaya dan ragam


aku lihat pada umar


semakin bijak dan kuat



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 19 October 2011

Kasih Seorang Ayah





sudah dua minggu sayang kerja non-stop

hari minggu pun kerja

dan sepatutnya minggu nie sayang masuk kerja petang

tapi memandangkan partner dia masuk hospital sebab kes denggi

jadi sayang kena jugak masuk pagi dan balik pukol 9 malam - cian

kerja terpaksa 14 jam untuk cover orang lain punya kerja

dalam penat-penat balik kerja

anak yang meluru ke pintu terus minta dukung

sayang layankan jea karenah anak-anaknya

dukung la dua-dua anaknya sekali

kalau aku patah pinggang nak dukung dua-dua sekali serentak

umar berlari ke babahnya macam setahun tak jumpa eheh

umairah plak macam biasa la jadi reporter ada jea story yang dia

nak pot pet pot petkan

tapi bagi aku, bila balik kerja penat

nampak umar dan umairah senyum terus hilang kepenatan di badan


korang macam mana...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 15 October 2011

Berapa Lama Berus Gigi Anak-Anak Korang Akan Di tukar Kepada Yang Baru

skang nie rasanya pelbagai pilihan berus gigi untuk kanak-kanak kan
ada perlbagai warna, bentuk dan paling menarik
ada gambar kesukaan anak-anak masa kini
untuk umairah aku akan tukar berus giginya setiap 3 bulan sekali
jadi pelbagai jenis berus gigi yang umairah pernah miliki
yang terbaru aku belikan berus gigi bergambar Barbie
siap pink colour lagi - sesuai untuk anak-anak yang gegirl la kan
beli di Watson, cuma ada 2 pilihan sahaja - spongebob atau barbie
tu yang aku ambil Barbie, sesuai untuk umairah
takder ker orang jual berus gigi bergambar Angry Bird
kalau ada pasti umairah gembira


umar yang sudah ada empat batang gigi
aku cuma gosok dengan kain napkin basah
supaya tidak la nampak kuning jea gigi umar
dahulu semasa umairah baru tumbuh gigi
aku ada guna berus gigi yang letak di jari - jenis getah putih
masukkan di hujung jari penunjuk dan gosok slow-slow gigi anak kita
tapi tak bertahan lama, sebab bila umairah nampak jea aku
nak masukkan jari dengan berus gigi tu, terus gigit jari aku
hehehehehe tu yang aku just guna kain basah napkin
untuk gosok gigi umar skang nie
pengalaman mengajar kita


umairah bila gosok gigi
aku mesti akan gosokkan gigi dia semula
sebab rasa tak yakin bila dia gosok gigi sendiri
jadi setiap pagi memang perkara wajib umairah kena lakukan
gosok gigi - selalu cakap kalau tak gosok gigi nanti jadi macam atuk
hahahahah ayah aku dah rongak giginya


berus gigi Barbie baru untuk umairah


mood tak ok

ialah nak tengok tv, ibu dia terhengeh-hengeh minta anak berposing

marah la teman tu eheh



anak korang umur baper baru korang lepaskan gosok sendiri...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi