Tuesday, 15 November 2011

Pergi Ke Hospital Untuk Check Up

pada hari khamis (10hb Nov) minggu yang lepas
aku ajak mak untuk pergi ke hospital untuk buat check up
ialah nak dekat 2 minggu batuk umar tak baik-baik lagi
waktu pagi jea semput umar teruk kedengaran
jadi hari khamis lepas aku ambil EL
ajak mak temankan aku
umairah aku tak hantar ke nursery, angkut sekali pergi hospital
waktu daftar nasib baik la sekejap sahaja
sebab aku ambil giliran express untuk bayi
selepas itu kena tunggu no giliran di pnggil oleh doktor
bila dapat jumpa dengan doktor
dan di check dengan terperinci kena ambil sampel darah umar
untuk check
jadi kena mabil no lagi untuk jumpa dengan doktor mengambil darah
emmmm asyik la ambil no giliran
bila no sudah di panggil
doktor letakkan tali di pangkal lengan umar
dan bila doktor tepuk-tepuk tangan munggil umar untuk mencari darah
jantung hati aku sudah berderau
terus aku minta stop dan panggil mak
jadi aku serahkan umar pada mak, tak sanggup aku nak tengok umar di suntik
menangis memang kuat la
aku pun rasa menangis sekali bila tengok jarum masuk ke kulit tangan umar
kesian anak ibu
lepas ambil darah umar, doktor minta hantar sampel darah umar ke bahagian pemeriksaan
di sini kena ambil no giliran jugak
dalam 20 minute jugak untuk dapat keputusan
bila sudah dapat result terus pergi berjumpa doktor yang 1st aku jumpa
di sana, doktor mengesahkan paru-paru umar terkena jangkitan
dapat ubat antibiotik, demam dan cair kahak
dan perlu berjumpa doktor semula selepas 5 hari kalau keadaan umar masih lagi teruk
di bahagian farmasi lagi la teruk
rasanya nak dekat 1 jam menunggu no giliran aku di panggil
emmmmm tak tahu nak cakap apa service di hospital kerajaan nie
masih di takuk lama lagi bila memberi service
aku tahu orang ramai
dan pasti ada suara-suara sumbang akan cakap
kalau lama sangat tunggu pergi la klinik bayar
yeaaa aku dah 2 kali pergi ke klinik bayar
cuma kali nie aku nak jumpa pakar kena la datang ke hospital
untuk dapatkan pemeriksaan lanjut

dalam jenuh menunggu tu memang aku takder mood nak snap gambar
di tambah lagi dengan rasa kesian pada umar
tak terpikirpun nak snap gambar
cian anak ibu




ketika menunggu di bahagian farmasi


baru la timbul rasa kelegaan sebab umar sudah ok


di tambah plak wannya beli nasi nak mood sudah ok


sebab perut sudah kenyang


umairah sibuk dengan buku sticker anry bird dia


habis muka dan lengan tangan di tambalnya sticker


orang sekeliling tengok dan senyum-senyum jea dengan telatah umairah



buku sticker angry bird yang di beli oleh wannya


ada satu bahagian ada tempat orang-orang menjual barang dan biskut


nasib baik la umairah hanya pau buku kalau di paunya barang lain


pening wan dia nak melayan karenah umairah nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi