Tuesday, 1 November 2011

Akukah Yang Bersalah Terlanggar Anak Orang

hari nie tarikh cantikkan 1.11.11
tapi kalau tarikh 11.11.11 lagi cantik
kalau bersalin pada hari tersebut ingat jea nak ingat
dan pasti ramai chinese yang pilih tarikh nie untuk abadikan
tarikh perkahwinan mereka

pagi nie seperti pagi-pagi yang biasa
aku pergi kerja dengan semangat nak masuk opis
dan sebelum keluar dari rumah siap call syikin
nak sarapan ke kedai mamak lagi - aku nak makan roti canai
dan pagi nie tidak seperti biasa aku menggunakan jalan shortcut sebelum
kedai hardware
biasanya aku guna jalan shortcut sebelumnya - cuma pagi nie nak guna jalan lain
tapi sebelum masuk ke jalan shortcut tersebut aku memang sudah ke bahagian tepi jalan
dan lihat ke cermin sisi memang tiada kenderaan
tapi tiba-tiba aku dengar bunyi dummmm belakang aku
bila aku lihat cermin sisi aku nampak budak motor jatuh
terus aku stop kereta di tepi jalan
dalam 10 minute jugak aku tergamam - sambil berfikir akukah yang bersalah Ya Allah
time tu aku rasa memang takut tak ingat
dalam aku pandang ke belakang dan sambil berfikir
dua buah kereta berhenti tepi untuk menolong gadis tersebut
dan ada budak-budak motor yang lain menolong sekali
dan bila mamat India melambaikan tangan ke arah aku
dan ketika itu aku pastu akukah yang bersalah
dan ketika itu jugak aku rivers kereta ke belakang
aku matikan enjin kereta dan mengambil kunci
ketika itu aku dan takut dan menggigil satu badan


bila aku sampai pada gadis tersebut
mamat India tu minta aku bawak gadis tersebut ke hospital
aku hanya memohon maaf pada gadis tersebut
kesian aku tengok gadis tu sebab banyak jugak kesan calar di tangan dan di kakinya
aku tolong tolak motor skuter gadis tersebut ke tepi
dan lock motor tersebut dengan rantai
bagi gadis tersebut pakai selipar aku dan memang handbeg gadis tersebut
aku hanya berkaki ayam menuju ke kereta
sambil gadis tersebut ikut aku dari belakang
dalam kereta aku mohon maaf sekali lagi
dan gadis tersebut memohon maaf jugak sebab dia pun bawak laju
dan bila nampak kereta akak di hadapan terus tekan brek
mungkin sebab tu la saya jatuh kak

memula aku bawak gadis tersebut ke klinik mutira
tapi doktor tak sampai lagi
jadi aku terus bawak gadis tersebut ke PMC
ialah di sana ada kemudahan x-ray jadi kalau ada apa-apa masalah boleh terus buat rawatan susulan kan
memandangakn kes xcident, kami diutamakan
nama gadis tersebut Fazilah dan berumur 24 tahun
tinggal di Tasik Puteri dan bekerja sebagai kerani di Country Homes
pagi nie tak masuk ke opis sebab nak pergi ke JPA sebab nak buat IC
fazilah cakap malang dia tak sudah-sudah
sebab minggu lepas wallet dia hilang masa naik KTM
dan pagi nie nak buat IC ter'xcident' plak
aku yang mendengar rasa simpati plak
ialah aku antara yang membuatkan dia rasa dirinya malang
selepas check dengan doktor dan semua kesan calar dan luka di cuci oleh nurse
confirm tiada patah, syukur sangat bila doktor beritahu begitu

sayang datang berjumpa aku ketika aku tengah membayar bil rawatan fazilah
kena bayar RM64.00, emmmmm terbang duit aku iskiskiskisk
jadi ikut plan kereta aku tinggal di PMC dan naik kereta sayang
dan hantar fazilah pulang
aku pandu kereta sayang
dan sayang bawak motor skuter fazilah sehingga ke rumahnya
fazilah mendengarnya setuju jea
tapi dalam perjalanan nak pergi ke tempat motor skuter fazilah
abangnya call beritahu yang dia sudah ada di tempat motor yang kami parking pagi tadi
risau jugak nak berjumpa dengan abang fazilah nie
ialah mana la tahu nak lempang aku ataupun nak pukul aku ker
dalam perjalanan tu emmang macam-macam la yang aku fikirkan
sampai di sana, fazilah cakap memang abang dia sudah sampai sebab sudah ada kereta parking di situ
Bismillah bila berhadapan dengan abang fazilah
terus aku minta maaf, dan abang tu cakap mungkin fazilah pun bersalah
jadi jangan risau, bila abang tu cakap minta tolong bawakkan motor untuk parking di kawasan masjid kg.permata
terus sayang cakap boleh sahaja
sebab wife abang tersebut mengajar di sekolah agama tersebut
jadi fazilah ikut naik kereta abangnya
aku bawak kereta sayang
dan sayang bawak motor skuter tersebut sehingga ke kawasan masjid
nanti abang tu akan minta kawannya bawak balik ke rumah
di situ aku cakap kalau ada apa-apa masalah pada motor tersebut
call la aku nanti aku akan bagi duit untuk kos pembaikan
selepas selesai urusan di situ
sayang hantar aku ke opis
jadi aku masuk ke opis pagi nie pukol 10 lebih
waktu lunch baru lah aku ambil kereta aku yang aku tinggalkan di PMC

skang nie aku rasa macam nak demam
dan hati rasa berdebar-debar sangat
rasa macam takder samangat
nak buat kerja pun tadi tangan menggigil-gigil
seyes aku takder samangat
tabahkan jugak diri untuk membuat kerja




setelah membuat pemeriksaan dengan doktor

p.cik di stu tolong tolakkan wheelchair yang dinaiki oleh fazilah

melihat fazilah duduk di belakang

terbit rasa kesian ialah tahan sakitkan

masa di cuci luka terangkat-rangkat kaki fazilah menahan sakit

kesiankan

kereta abang fazilah
syukur sangat sebab abang fazilah memahami apa yang terjadi
tidak persalahkan sesiapa tentang kejadian ini



sempat lagi snap gambar sayang ketika nak meletakkan motor skuter tersebut
diperkarangan masjid kg.permata
selesai semuanya rasa lega sangat

tapi masa bercerita semual pada syikin pagi tadi
berderai jugak air mata ialah rasa macam terbeban sangat ketika kejadian pagi tadi
nasib baik la aku bukan yang cepat panik
ialah akalau aku jenis cepat panik mungkin aku tak boleh nak drive
mungkin menangis teresak-esak di situ
tapi syukur semuanya dapat dilakukan dengan langkah-langkah yang sewajarnya


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. kalau ain, mahunya ain yang pengsan kat situ... hukhukuhukh

    ReplyDelete
  2. adush memacamkan...dugaan kuatkan semangat erk

    ReplyDelete
  3. nasib la tak melibatkan kemalangan jiwa...syukur semuanyer selamat......

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi