Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, 18 September 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® Bersama dengan Kami

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®
Yang Julung Kali Diadakan!

Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!



Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.



Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


ok jom layan anak-anak ena bermain menggunakan playdoh =)

1 set play-doh yang ena terima last week
suka umairah dan umar bila nampak play-doh depan mata
selalu belikan yang murah tu jea
kali nie dapat yang mahal
suka lah tu
kalau beli yang murah tu..
tanah liat tu suka melekat-lekat atas meja kan dan tinggalkan kesan
dan warnanya tak menarik sangat

tapi dengan play-doh nie
dia tak melekat sangat dan warna sangat cantik
budak-bidak sangat suka lah

pelbagai warna dan menarik perhatian anak-anak
nie tengah susun-susun pun
anak-anak dah tak sabar nak ambik untuk bermain
opssss sabar ibu kena snap gambar dulu =)


ok jom kita mula bina sesuatu


macam-macam sebenarnya umairah dan umar nak buat
siap bawak bekas karipap wan dia nak buat kuih karipap
siap bawak penggelek tepung untuk buat lempeng
hahahahahha
memang pkir makanan jea anak-anak ena nie ;p


ok nie jea yang sempat ena snap hasil reka anak-anak
sebelum semuanya di lenyeng untuk buat karipap 
hahahahaha

kereta oren tu umairah yang buat
yang warna kuning tu umar buat..
memula ena ingat ular tapi bila tanya umar
umar bagutahu dia buat sibut sedut
hahahahahhaa

layannn
jom kita sama-sama dalami dunia anak-anak dengan bermain dengan Play-Doh
kreatif bersama dengan Play-Doh..
selamat mencuba...
jumpa nanti 26hb Sept di One Utama



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 7 October 2013

Wedding Teman Blogger ~ Wanie

 sabtu lepas hari yang sangat pack
macam-macam nak kena buat
waktu pagi ingat nak pergi ofis sebab ada kerja tak settle lagi
tapi cancel last minute sebab menyampah dengan ayat puaka tu
jadi skang nie tak payah nak tunjuk sangat rajin kat ofis wpun sememangnya aku nie memang rajin :p
datang kerja on time balik kerja pun biarlah on time
pelikkan manusia nie tak boleh nak tengok orang lain hidups enang dan bahagia
ada jea manusia yang tak puas hati
tapi takper lagi ramai orang umpat dan keji kita
lagi banyak peluang rezeki akan mengalir kepada diri kita
halalkan jea apa yang orang nak katakan tentang kita
emmmmm jom kita jadi isteri dan ibu Contoh - sah-sah diri akan lebih disayangi
tak payahlah nak jadi pekerja contoh tapi belakang dan depan ditikam bertubi-tubi
opsssss cerita lain laks
emmmm sajer nak luahkan perasaan huhuhuhu

ok sabtu lepas dapat jemputan perkahwinan teman blogger ~ Wanie
Tahniah Wanie dan Pasangan
semoga perkahwinan kekal sehingga ke Jannah
Amin

pergi dengan Lini
mr.hubby tak dapat temankan sebab kena kerja
nasib baiklah ada adik jadi dapatlah keberanian nak drive hehehehehe
cari tempat pun guna jea GPS dalam hp...mudah zaman skang nie kan
wedding buat di Cahaya SPK puncak alam
nasib baik jumpa takut jugak kalau tersesat ker

kami sampai dalam pukul 2pm
memang waktu pengantin tengah sibuk-sibuk bergambar
memang cantik sangat wanie
sebelum nie pun memang cantik orangnya..kecik molek jea orangnya

kami sampai makan-makan dulu
pastu siap makan....
terus salam dengan pengantin
rasanya kami tak lama pun di situ..dalam 1 jam jea kot
tu pun banyak habiskan masa bergambar muka masing-masing hehehehehe

--banner...yang comel--
goodies beg dapat FM suka sangat
dan ada photo booth
boleh ambil gambar dan tulis something untuk pasangan pengantin
aku siap beli gambar lagi kat situ
sekeping RM2.00

--kami di meja santapan--
sedap sangat lauk daging
lembut jea bila digigit

--tahniah wanie dan pasangan--

--red carpet--
melaram jugak kami di red carpet

--di photo booth--
macam-macam aksesori ada


--kata ucapan dari aku utk wanie--
alahai buruknya tulisan tangan aku ahaks

--aku dan lini--
hah jangan tak tahu makin slim aiiii skang nie
skang nie berat 53kg
yessss yesss
kalau korang nak try Set Slimming Shaklee
just sms/whatssap jea
bila-bila masa akan di jawab segala pertanyaan korang
012.2449373

--pija..umar dan umairah--
kami yang sekepala
bila berkumpul boleh pecah rumah dibuatnya

Tahnia lagi sekali untuk Wanie
semoga bahagia selalu
dan cepat dikurniakan anak yang comel macam wanie
kalau nak order set kesuburan
jangan lupa contact ena yea :)

sms/whatssap : 012.2449373
zarena
apa-apa pertanyaan mengenai Shaklee 
in sya Allah ena cuba untuk menjawabnya



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 30 May 2013

Blogger Invitation ~ Poise

dapat email dari Ms.Sophia untuk Blogger Invitation
anjuran Poise
lihat pada Penceramah memang menarik dan tertarik
memang niat di hati nak pergi tapi pada tarikh tersebut aku ada di Melaka
adik sepupu akan berkahwin huhuhuhuhu
kalau pergi ingat nak bawak Mak aku sekali
biasalah masalah perempuan kan..
sama-sama akan melalui stage tersebut

macam masalah mak aku
kalau batuk kuat sangat pasti akan terkencing sedikit
pastu kalau ketawa kuat sangat pun pasti akan terkencing sedikit
aku rasa masalah nie di alami kaum wanita usia 50an
betul tak

tu yang rasa kecewa skit tak dapat nak hadir
kalau dapat hadir pasti mak aku akan gembira
kan kan kan
--Blogger Invitation--
duta ialah Raya Azura

Blogger Invitation ke dua
yang aku tak dapat hadirkan diri ialah
Sofia the First
masa jemputan tu aku sibuk menguruskan majlis adik lelaki
kalau dapat pergi pasti umairah akan happy
huhuhuhuhu 

--kartun nie sudah ditayangkan di Astro pun--
tapi tak berkesempatan lagi nak tengok

teman-teman ada dapat tak invitation nie
ada siapa yang pergi...
siapa yang pergi nanti kongsi ilmu bersama-sama yea




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 7 March 2013

Kepada Ya Alya


salam Ya Alya
blog Alya ok ker
sebab bila ena nak buka keluar benda di atas tu

kenapa erk...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 1 December 2012

Dapat FM

actually dapat FM nie hari rabu lepas
cuma terlupa jea nak up entry di blog aku nie
dapat FM dari Alya sebab menjadi pengkomen selalu
hehehehhehe tak sangka kan tetiba jea dapat hadiah dari member blogger
walaupun sekadar memberi komen

sampul surat yang di terima
masa dapat nie belum buka sampulnya
tapi sudah tahu siapa pengirimnya eheh

nie la hadiahnya 
FM gambar sekeluarga
memang suka sangatttttttttttttttttt
hadiah bermakna
bertambah koleksi FM di rumah
suka..suka..suka...

jom kita berkenalana dengan Alya :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 16 November 2012

Perjumpaan Penting ~ Reunion Blogger

semalam cuti apa jea aktiviti korang
aktiviti aku waktu pagi bz kan diri di dapur
tung tang tung tang memasak di dapur
sayang dan anak-anak layan tv di ruang tamu

janji memang nak jumpa teman blogger 
siapa lagi kalau bukan Ain dan Ayu
rasanya antara teman blogger yang agak aku mengikuti story morry
mereka berdua nie la yang selalu aku trejah blognya
eh! jangan terasa plak member blogger yang lain 
blog korang pun aku baca gak :D

bertolak dari rumah pukul 12.30pm
sampai rumah Ayu lebih kurang pukul 1pm
msg Ain, dia baru habis menjala hehehehehhe
mungkin akan sampai dalam pukul 2pm
memandangkan kami sampai dahulu
apa lagi chit chat time la

bila Ain sampai
apa lagi terus rancak boraknya
sampai lupa suami di sebelah hahahahaha
banyak isu hangat diperkatakan

menu yang terhidang depan mata
fuhhhh memang sedap di makan :
aku bawak : bee hun singapore

tuan rumah : Ayu masak nasi ayam
ayam panggang Ayu memang terbaik workkkks

Ain : Roti Jala kuah durian
memang sedap
umairah makan berketui-ketui

aku : manggo crepe
jemput jamu mata yea :D

hehehehhehe

umairah

umar

Ara

Aqil

anak penyeri hidup
kelakar tengok Aqil sebab kalah main games confirm menangis
siap cakap sorang-soreang tu

Ain dan Ayu

kami bertiga

suami Ain - Sham

suami aku hehehehhe
melayan yea permintaan isteri untuk datang ke rumah blogger lain

Ain dan aku

lain kali kita datang Terengganu
IsyaAllah akan datang ke rumah Ain yea eheh
apa-apa perjumpaan kali nie memang seronok

cuma sayangnya Cik Zura tak dapat koin sekali
ayahnya tidak sihat dan ada sedara maranya yang datang berkunjung
jadi memahami perlu adanya di rumah untuk melayan tetamu
semoga cepat sembuh ayahnya Zura

korang perasan tak 
dunia blogger nie macam sunyi  dari perjumpaan
sebelum nie selalu jea blogger buat perjumpaan
betul tak?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi