Friday, 18 September 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® Bersama dengan Kami

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®
Yang Julung Kali Diadakan!

Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!



Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.



Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


ok jom layan anak-anak ena bermain menggunakan playdoh =)

1 set play-doh yang ena terima last week
suka umairah dan umar bila nampak play-doh depan mata
selalu belikan yang murah tu jea
kali nie dapat yang mahal
suka lah tu
kalau beli yang murah tu..
tanah liat tu suka melekat-lekat atas meja kan dan tinggalkan kesan
dan warnanya tak menarik sangat

tapi dengan play-doh nie
dia tak melekat sangat dan warna sangat cantik
budak-bidak sangat suka lah

pelbagai warna dan menarik perhatian anak-anak
nie tengah susun-susun pun
anak-anak dah tak sabar nak ambik untuk bermain
opssss sabar ibu kena snap gambar dulu =)


ok jom kita mula bina sesuatu


macam-macam sebenarnya umairah dan umar nak buat
siap bawak bekas karipap wan dia nak buat kuih karipap
siap bawak penggelek tepung untuk buat lempeng
hahahahahha
memang pkir makanan jea anak-anak ena nie ;p


ok nie jea yang sempat ena snap hasil reka anak-anak
sebelum semuanya di lenyeng untuk buat karipap 
hahahahaha

kereta oren tu umairah yang buat
yang warna kuning tu umar buat..
memula ena ingat ular tapi bila tanya umar
umar bagutahu dia buat sibut sedut
hahahahahhaa

layannn
jom kita sama-sama dalami dunia anak-anak dengan bermain dengan Play-Doh
kreatif bersama dengan Play-Doh..
selamat mencuba...
jumpa nanti 26hb Sept di One Utama



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi