Saturday, 19 September 2015

15 Cadangan Aktiviti di Musim Cuti Sekolah


Sebagai ibu bapa, kita wajar mengaturkan aktiviti dan pengisian yang bermanfaat buat anak-anak kita dan bukannya membiarkan anak-anak kita menentukan sendiri apakah yang mereka ingin lakukan. Ini bagi memastikan masa terluang sewaktu cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.


Oleh itu, bagi ibu bapa yang masih tiada perancangan khusus, anda bolehlah mengikut beberapa cadangan aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan bersama anak-anak anda sempena seminggu cuti sekolah ini:


1. Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik kepada anak-anak seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.


2. Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan jadual cuti sekolah anak anda terisi dengan aktiviti berfaedah, anda juga boleh memilih untuk memasukkan anak anda ke dalam kelas jangka pendek seperti kelas memasak, kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.


3. Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut.


4. Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, galakkan anak anda untuk menghabiskan membaca buku cerita kegemaran mereka. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.


5. Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa untuk membawa anak anda untuk singgah ke perpustakaan. Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.


6. Melawat sanak saudara
Ambillah peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.


7. Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman anak-anak.


8. Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang anak-anak dipenuhi dengan program-program berfaedah, anda juga boleh menghantar mereka ke kelas insentif Al-Quran. Selain dapat memperbaiki bacaan, anak-anak anda juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.


9. Bersiar bersama keluarga
Ketika cuti sekolah ini bawalah anak-anak anda bersiar-siar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin erat.


10. Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun bersama anak-anak boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan anda sekeluarga.


11. Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.


12. Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah anak-anak menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen tetapi jangan biarkan mereka terlalu leka sehingga lupa untuk membantu anda melakukan kerja rumah serta menyiapkan tugasan yang diberikan cikgu. Oleh itu, sebagai ibu bapa, pemantauan perlu kerap dilakukan.


13. Beriadah bersama kawan
Beri kebenaran kepada anak-anak anda untuk mengisi jadual cuti mereka dengan beriadah bersama kawan kawan di taman permainan berhampiran. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.


14. Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata ajak anak-anak anda untuk bersama seisi keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.

15. Membuat persiapan sekolah sesi hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan persekolahan bagi sesi hadapan. Kemas buku-buku dan siapkan kerja rumah yang telah diberikan guru di awal cuti sekolah ini agar anda tidak lupa dan dapat menikmati cuti sekolah dengan lebih tenang dan kembali ke sekolah dengan penuh motivasi.


Semoga cadangan-cadangan di atas serba sedikit dapat membantu anda merancangan jadual percutian yang lebih bermanfaat buat anak-anak anda.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi