Friday, 11 September 2015

Terengganu : Cantiknya Muzium Negeri Terengganu

hari ke dua kami di kuala terengganu
kami singgah masuk ke Muzium Negeri Terengganu
rasanya kami sekejap jea kot melawat kawasan
sebab kerja masa nak ke Mengabang Telipot
dan nampak tanda-tanda nak hujan
kami datang singgah sekejap jea

masuk ke dalam kena bayar RM5.00
kanak-kanak bawah 7 tahun FREE
mak taknak follow sebab tak larat dah nak berjalan
jadi mak duduk di kerusi di taman untuk berehat
jadi kami 4 beranak jea yang menjelajah ke dalam muzium
tapi tulah banyak tempat kami tak menjelajah
just pusing sekejap dan keluar semula

kami banyak habiskan masa di tepi kolam ikan
beli makanan ikan dan tengok ikan makan
seronok jugak
seronok sebab ikan-ikan dalam kolam tu akan follow korang tepi kolam
memang seronok..



Jom baca tentang Sejarah Muzium Negeri Terengganu nie :

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan. Muzium ini menyimpan pelbagai tinggalan dan artifak sejarah dan menjadi satu tempat yang mesti dikunjungi oleh sesiapa yang melawat Terengganu. Muzium Losong terletak kira-kira 3Km Selatan Kuala Terengganu menuju ke Losong, dan akan kelihatan kompleks yang tersergam indah terlekat berdekatan dengan sungai dan Bukit Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama islam di Terengganu dahulu.

Ciri-ciri Muzium yang unik ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile, Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni kontemporari di pamerkan di sini. Muzium ini telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996.

Kompleks muzium yang mempunyai senibina yang menarik ini merangkupi tanah seluas 27.9 hektar. Senibina yang diilhamkan oleh YAM Raja Dato' Kamarul Bahrin seorang arkitek yang memang terkenal dengan senibina Melayu Terengganu dan hasil kerjanya yang menakjubkan. Muzium ini telah diilhamkan berdasarkan Rumah Tradisional atau 'Rumah Tele'. Istana lama Terengganu juga telah dipindahkan ke sini untuk dijaga dan dipulihhara agar tidak lapuk dan rosak ditelan zaman. Apa yang menarik tentang istana ini adalah ia tidak menggunakan sebatang paku pun dalam proses pembinaanya. Seni ukiran dan kraftangan yang hasil kerja orang dahulu memang cukup kreatif dan halus. Apa yang lebih menarik lagi kompleks muzium ini dibina mengadap sungai dan dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang banyak menggunakan jalan air untuk berhubung. Pengunjung berpeluang untuk datang menggunakan jalan air dan untuk lebih mudah sebuah jeti juga dibina sebagai pengkalan untuk pengunjung berulang alik.


Muzium Negeri Terengganu ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, empat rumah tradisional Terengganu dan Taman Botani dan herba. Di sini juga disimpan koleksi bot tradisional Terengganu yang dibina pada kurun ke 18 dahulu semasa era kegemilangan kesultanan Terengganu. Terdapat juga pameran berkenaan dengan perikanan, industri pembinaan bot di Terengganu di Muzium ini. Jadi sesiapa yang berkunjung ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke Muzium Losong bagi menghayati keindahan seniba, budaya dan sejarah Negeri Terengganu Darul Iman.

Kompleks Muzium Terengganu
Losong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
No Telefon Am : +609 6221444
No Faks : +609 6231209 / 609 6266164
E-mel : tgmuseum@streamyx.com

di bahagian luar sebelum masuk
ada kenderaan jenis lama
yang nie memang anak-anak sangat tertarik untuk tengok
kapal terbang persendirian

panjang punya kereta


kereta untuk sultan terengganu

kereta proton saga
keluaran pertama

kereta masuk hutan

kereta kebal


kereta apa ntah
lupa laks apa nama kenderaan nie

umar tertarik dengan boat

umairah suruh bawak balik boat 
amboi 

kereta golf

kereta lembu
umar tanya mana lembunya bu
kata kereta lembu

ada meriam jugak di muzium nie

di hadapan muzium
cantik sangat muzium terengganu nie kan
suka dengan ukirannya


ena dan umairah

umar dan mr.hubby
tabik hormat kat saper tu

masa kami datang nie ada pameran pelbagai jenis bot
jadi masuk dan tengok jea lah sekali



 macam-macam jenis bot dan nakhoda yang ada
dan kepala kapal
jenis gerun pun ada...

ada 2 muzium
dihubungkan dengan jambatan
suka tengok


posing dari mr.hubby
hehhehehe


masa kami datang nie
ada orang buat majlis kahwinnya di dewan muzium
jadi dapatlah tengok pengantin berarak masuk ke dewan
cantik


muzium yang dua
tetap cantik
tinggi tiangnya




 kami lepak sekejap di tepi kolam
melihat ikan yang sangat ramah tamah nie
besar-besar pulak tu
beli makanan ikan RM2.00 1 bekas
nie kalau ada jala memang banyak boleh dapat nie =)






mungkin akan datang lain
boleh lama-lama skit di sini
sebab kejar masa sekejap jea kami di sini...
jadi tak dapat nak berikan best review tentang mzium negeri terenggani nie...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi