Wednesday, 9 September 2015

Terengganu : Kak Pah Nasi Dagang Terbaik

kalau datang ke kuala terengganu
tak sah lawatan korang kalau tak datang singgah ke ke sini
nie pun tahu lepas google
hehehhehe tempat makan wajib singgah untuk sarapan pagi
nasib baik zaman skang nie maklumat semuanya di hujung jari kan
cari info guna ggogle
cari jalan pun guna google map
semuanya guna google...
google nie sangat-sangat membantu lah hehehehhe
TQ google =)

ena bukan penggemar sangat nasi dagang
boleh la kalau nak try
kami datang awal sebab ada baca di blog 
pukul 9pagi mesti jualan dah habis
jadi pukul 8 lebih kami dah sampai di sini
perghhhh memang betul cakap orang dalam blog tu
ramainya orang sarapan di sini...
orang yang beratur tak usah nak cakap lah
nak chop meja kena berdiri tepi orang tengah makan tu..macam rasa tak selesa jugak
tapi takder pilihan lain..cenggitu jea lah kalau nak makan di situ
nak makan bungkus malas sudah nak naik bilik
kebetulan mr.hubby beratur
ena terus jea dapat meja
syukur dipermudahkan =)

kalau ada sahabat yang nak datang sarapan di sini
Alamat kedai tersebut ialah 

Kedai Nasi Dagang Kak Pah, 
Gerai nombor 30 di deretan kedai makan di Pantai Batu Burok.


kedai makan selera kak pah di Pantai Batu Buruk
kalau dari Bandar cuma 5 minit sahaja
senang jea nak cari kedai makan nie


jangan tak tahu kedai kak pah nie dah pernah masuk rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan
memang femes betuk kedai kak pah nie

harga untuk minuman dan harga untuk menu yang di jual
cuma jual nasi dagang dan nasi lemak sahaja


plate untuk JJCM
terbaiklah


mr.hubby beratur untuk menikmati nasi dagang
sanggup tu hehehhehe


kuah nasi dagang
ikan tongkol
memang rasanya lain lah dengan yang ena pernah makan di selangor
yang nie memang sedap gila
siap menjilat sudu sebab sedap sangat
ikan tongkolnya pun lembut jea
taklah keras macam kayu


nasi dagangnya sangat lah wangi dan lembut
tak berderai sangat
macam melekit-lekit gitu
mak cakap ada letak skit beras pulut
tu yang sedap tu


umar taknak makan sangat
tapi kena suap makan jugak
manja betul


umairah makan nasi lemak mata kerbau
sambal nasi lemak dia pun lain
rasa manis skit
umairah suka lah sebab tak pedas


tengoklah punyalah kusyuk makan
mr.hubby snap gambar pun tak pedulik
hehehehhe


memang terbaiklah sarapan di sini
lain kali in syaa Allah akan datang singgah lagi
makan guna tangan lagi puas
boleh jilat jari hehehehhe


kesian m.cik yang baru sampai nie
menu nasi dagang dah habis
tinggal nasi lemak jea
kesian..nampak kat muka tu rasa kempunan
padahal masa nie baru pukul 9 pagi
orang ramai lagi nak beli..tapi nasi dagang dah sold out
tak tahu lah baper banyak kak pah nie masak nasi dagang..
permintaan sangat tinggi tu...


kami sangat-sangat puas hati dapat makan di sini
sangat-sangat di syorkan kalau korang nak makan di sini

kami makan
3 nasi dagang
1 nasi lemak mata kerbau
3 air teh o
2 air milo
cuma bayar RM20.00 sahaja
gila tak murah hehehehhee
sangat-sangat berbaloi



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi