Monday, 21 September 2015

Terengganu : Tempat Best Beli Keropok Lekor

kalau ke terengganu
tak makan keropok lekor rasanya percutian korang tu tak lengkap
ingat terengganu mesti akan ingat keropok lekor
betul tak :)
kalau korang berada di kuala terengganu, jangan lepaskan peluang
untuk pergi ke kg.losong
di sini memang berderet kedai menjual keropok losong
tapi ena takderlah beli di sini
sebab ramai sangat dan payah nak cari parking
kami cuma lalu sahaja..takper kita mencari gerai lain untuk beli keropok lekor
keropok lekor dari terengganu lain dari negeri yang lain
sebab keropok lekor dari terengganu nie lebih banyak guna ikan dari tepung
sedap di makan selepas rebus atau pun di goreng
kuah cicah pun sedap...memang tak dapat lah di tempat lain rasanya

ok dalam google mencari tempat sedap keropok lekor
kami terjumpa gerai nie
popular jugak
BTB 2209 bukit tok beng

sebelum tu korang kena tahu.. 
kalau nak beli keropok lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, korang kena:
**Ambil nombor dulu..ala macam dekat bank tuh
**Kalau nombor korang dah terlajak, korang hanya boleh beli RM30 maximum.
**Kalau nombor korang di panggil, korang hanya boleh beli RM100 maximum dan insyaAllah akan di beri extra keropok RM5.. 
jadi kena tengok nasib lah dapat beli di sini ataupun tidak
masa ena sampai nie memang dapat no giliran
tapi bila tanya di kaunter..
keropok lekor vacuum dah habis 
alahai kempunan nak rasa

gerai BTB 2209
nampak banyak kereta parking
korang berhenti jea lah
senang jea nak cari gerai nie
sebab tepi jalan sahaja
nak makan di sini boleh
beli untuk bawak balik pun boleh


semua yang datang menunggu giliran untuk no.di panggil
jadi kena banyak bersabar yea

nie bukan no ena sebenarnya
masa ena tanya mana nak ambil no giliran
ada m.cik yang baik hati berikan ena no giliran xtra yang dia ada
tapi huhuhuhuhu tak dapat jugak beli keropok lekor di sini


sebab tak dapat beli keropok lekor vacuum
kami beli jea lah keropok kering
harga boleh tahan jugak...


keropok lekor sepenuhnya di masak guna kayu api
tu yang sedap tu

kaunter pungutan
saper beli banyak kena ambil di sini


keropok lekor vacuum nie 
senang nak bawak balik
tak cepat busuk
kalau nak bawak balik ke luar negara pun boleh
gerenti tak busuk
boleh tahan seminggu


tak dapat beli
kita snap gambar jea lah yea


perjalanan nak balik
kami singgah di kemaman
area sini pun ramai jugak yang membuat dan menjual keropok lekor
jadi kami singgah di sini jea untuk membeli
dan antara yang ena baca di goggle
ada rekemen kan beli keropok lekor di sini
ok bila nampak jea terus bentikan kereta dan memborong keropok lekor
ialah nie adalah last persinggahan di terengganu
mana ada lagi tempat best untuk beli keropok lekor


keropok cap intan
kalau korang dah jumpa warung pak aziz
korang terus jea ke depan
kedainya sebelah kiri
seronok tengok orang di sini buat keropok lekor
depan rumah jea business yang di buat

duduk atas pangkin
dan gentel keropok lekor
terus celur masuk ke dalam periuk yang airnya tengah mendidih panas


ada jual keropok lekor kering
keropok lekor beku
pencicah

tengok p.cik nie keringkan keropok lekor selepas di angkat dari periuk
keringkan untuk di bungkus


keropok lekor telah dibekukan
kalau perjalanan korang jauh lagi
disyirkan untuk beli yang telah beku nie
tahan lama skit dan keropok lekor tak cepat busuk


hah jangan lupa untuk beli di sini
harga sangatlah murah...

ingat terengganu
ingat keropok lekor




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. wahhh kalau tau hari tu pesan dengan ena...

    ReplyDelete
  2. memang sedapp mkn keropok lekor time dia masih panas hehe

    ReplyDelete
  3. Akak pun beli kat sini..tp masa tu beli keropok lekor biasa je...x beli lak jenis vacum...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi