Thursday, 10 September 2015

Terengganu : Kampung Cina @ Chinatown

kalau sudah ke Pasar Payang
Jangan lupa untuk singgah ke Kampung Cina atau lebih di kenalai sebagai Chinatown
memang meriah di sini..
kalau nak ke sini boleh berkalan kaki dari hotel seri malaysia atau dari pasar payang..maan-mana pun boleh..
park kereta dan mulalah buat senaman kaki yea
suka datang ke sini sebab banyak mural yang cantik-cantik 
memang sesuai untuk orang yang suka bergambar..

di sini..anak-anak dan mak ena tak follow
dorang duduk dalam kereta jea
mr.hubby yang temankan dan jadi tukang ambil gambar
syukur dapat suami yang memahami..
sebab tahu isteri dia memang suka ambil gambar hehehehehe

ok entry kali nie lebih banyak gambar
sila jangan muntah yea...

Salah silah Kampung Cina
Dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Chinatown, seperti namanya, ia merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15.
Ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini.
Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu.

Sumber : FFTerengganu

Lorong-lorong Mural Kampung Cina (China Town) Kuala Terengganu

Ada banyak lorong-lorong Mural di Kampung Cina antaranya Lorong Penyu, Lorong Kenangan Payang @ Memory Lane, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, dan Lorong Tau Kay Wee Sin Hee.


































berhadapan Chinatown adalah Pulau Warisan
kalau siang datang macam panas
kalau datang waktu malam meriah skit
ramai orang berniaga di sini...


masa nak gerak balik
kami nampak nie
ingatkan pondok biasa jea
sekali bergerak
rupa-rupanya bas..
memang unik bas di bandar kuala terengganu nie
umairah nak naik
tapi nak pergi mana naik bas

korang kalau datang ke kuala terengganu
jangan lupa datang ke sini Chinatown
memang tempat yang sesuai untuk bergambar
memang cun la...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi