Thursday, 3 September 2015

Terengganu : Wisma Pantai Apartment Kuala Terengganu

percutian kami ke pantai timur 
29.08.2015 sehingga 31.08.2015
percutian 3 hari 2 malam
kami bergerak dari rumah sg.buloh pukul 8pagi
kami ikut hiway latar, tapi sehingga selayang
jalan mula jem...polis ada buat roadblock untuk BERSIH 4.0
emmmmm polis bukannya cek kereta pun
dari 3 lorong menjadi 1 lorong
tu yang buatkan jalan jem gila
kami tersekat di situ hampir 1 jam
dan jem semula nak masuk tol gombak...sabar

tapi lepas tol gombak
jalan kembali pulih
dan terus jea mr.hubby bawak kereta dengan selesa
kami ikut hiway baru...
LPT - Lebuhraya Pantai Timur
jimat masa untuk ke kuala terengganu

kami sampai di apt kami menginap pukul 2pm
tu pun pusing-pusing jugak mencari apt
ialah dah jumpa lokasi tapi tak jumpa aptnya
last-last call untuk tanya lokasi yang betul..
kami sampai tu kami bawah apt jea..
baru ku tahu wisma pantai apt nie sama jea dengan KT Beach Resort
sebab lobbynya sama...
kalau aku tahu ambik KT beach resort jea..

ena booking apt nie guna Booking.com
masa booking tu terus jea pilih apt yang harganya murah
semalam RM160.00
lepas jea confirm booking..baru perasan yang tu tingkat 4
masak la gitu..bila nak booking semula
apt tingkat 1 dah abis huhuhuhu
jadi proceed jea lah dengan apt tingkat 4 tu..

tapi kan...
bagi ena sekeluarga
keadaan dalam apt sangat cantik dan selesa
ok semuanya
cuma 1 jea...
apt tu berkongsi dengan pemilik apt yang lain..
apt nie adalah kediaman mereka yang tinggal di situ
dan rata-rata jiran di situ adalah orang cina
jadi macam tak best dan ada bau asap yang busuk skit di situ...
sebab tulah kami akan keluar awal pagi dan balik apt untuk tidor jea....


bangga
Allah hu akhbar

sepanjang perjalanan
umairah dan umar asyik tanya
bila nak sampai nie bu
bila nak sampai babah
dah lama jalan nie

mak dan umairah
umairah dan buat muka bosan


apt yang kami menyewa
emmmm tak best


kalau nak sewa kat KT beach Resort nie
lebih selesa dan best..
nyesal tak tengok betul-betul
biasalah bila tengok di agoda ker..booking.com ker
semuanya tunjuk bilik yg cantik
lain kali kena survey keadaan sekeliling jugak
supaya tak terkena lagi macam nie

apt nie ena ambil
2 bilik tidor
2 bilik air
keadaan dalam apt ena puas hati
cuma keadaan di luar sahaja ena tak puas hati


bilik pertama
mak dan anak-anak tidor di sini

bilik ena dan mr.hubby
kononnya malam boleh la rapatkan katil
tapi meja yang bahagian tengah tu tak boleh angkat
memang kekal di situ
hahahahahhaha


dalam bilik ada meja solek
almari baju


bahagian ruang tamu
chanel tv biasa jea takder astro
just ada kerusi untuk duduk


terus direct ke kitchen
nasib baik ada fridge
boleh simpan makanan yang kami beli

ada 2 bilik air
takderlah berebut time nak mandi dengan umairah dan umar
penting nie
anak-anak mandi sangatlah lama
selagi suara singa tak keluar
selagi tulah budak bertuah nie tak keluar dari bilik air


keadaan bilik air no.1
ada heather


keadaan bilik air no.2
ada heather jugak


suka warna formica pada kitchen cabinet nie
menyerlah warna merahnya

pemandangan terus dari kitchen ke ruang tamu
memang luas


keadaan bilik kami
pintu sebelah menyebelah

 ok yang best tentang apt nie
hanya tingkat 4 sahaja
ada cermin yang boleh terus nampak laut..

cermin nie budak-budak boleh tengok
tak tinggi sangat
jangan risau cermin nie tak boleh di buka


tingkap di kitchen
boleh terus nampak pemandangan laut
tenang jea basuh pinggan mangkuk sambil tengok laut =)


pemandangan dari sebelah kiri

pemandangan sebelah kanan
tengah buat tambak pasir...
kalau ikut asal
apt nie betul-betul tepi pantai
jadi best la waktu dulu
skang nie..tengah buat baik pulih
laut di timbus dengan pasir untuk melebarkan tanah


no apt yang kami tinggal...


pendapat ena tentang apt nie
pada yang ada anak kecil dan ada warga tua
memang tak disyorkan untuk menginap di sini
kalau orang bujang..ok sangat kot....

nak booking apt nie
mudah jea
klik jea di agoda atau booking.com




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi