Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Tuesday, 22 September 2015

Back to Jurassic at eCurve

Back to Jurassic at eCurve
Date : 16 September - 4 October 2015
Venue : eCurve, Centre Atrium, Ground Floor

cuti sekolah nie nak bawak anak-anak tengok dinasour depan mata
boleh la datang ke eCurve
boleh melihat dinasour yang bergerak-gerak
dan merasai sendiri menunggang dinasour
wahhhh teruja tak =)

umairah dan umar memang teruja lah
boleh beli tiket di kaunter
dan menunggang dinasour yang bergerak-gerak
siap ada suara lagi =)

takder idea nak bawak anak masa cuti sekolah nie
boleh la terus datang ke sini...

poster untuk back to Jurassic
menarikkan


replika dinasour
cantikkan


nie pun comel
kalau ada bajet lebih boleh lah beli souvenir di sini
macam-macam ada 

ena dan anak-anak
selepas pergi kenduri terus ajak mr.hubby datang ke sini
menarik untuk anak-anak melihat secara dekat dinasour



 ada pameran lukisan sekali
hasil lukisan pelukis tanahair
ada yang nampak ganas
dan ada jugak nampak comel

 lukisan yang budak kecik tengah memancing tu
memang sangat-sangat comel
geram jea kan

untuk menunggang dinasour
ada 3 dinasour yang boleh dinaiki
yang nie harga tiket
1 keping rm10.00
beli 2 tiket dapat free 1 tiket
memandangkan kami beli 2 tiket dapatlah 1 tiket

umairah naik sekali
umar naik 2 kali
merungut-rungut umairah sebab dapat naik sekali jea
hehehehehe
adikkan kecik lagi..kita bagi peluang pada adik yea
kakak ibu bagi kakak beli buku cerita
dah pujuk barulah senyum semula

umar naik dinasour
masukkan token dan dinasour akan bergerak
kalau ada budak kecik pasti akan menangis lepas dengar suara mengaum dari dinasour
hehehehehhe


umairah naik dinasour nie
tak ingat laks nama dinasour nie apa


dinasour ke 2 umar naik
suka jea si kecik nie dapat naik 2 kali dinasour...


umairah yang merajuk
pujuk pelan-pelan

ena dan umairah
muka kami nampak sama kan...

ok yang ada anak kecil tu boleh lah bawak ke sini
memang menarik
sediakan jea lah duit lebih-lebih yea
macam-macam anak akan minta nanti =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 21 September 2015

Cuti Sekolah Sudah Bermula

selamat pagi semua
cuti sekolah sudah bermula dari hari sabtu lepas lagi
suka betul umairah dan umar bila tak pergi ke sekolah
bincang dengan mr.hubby
macam mana dengan anak-anak pada cuti sekolah nie
nak biar mak jaga atau hantar ke nursery
kami decide untuk hantar ke nursery jea
tempat anak-anak di hantar sebelum ke sekolah
ok sangat pn.zaiton nie
sebab charge cuma rm15.00 untuk sorang
jadi kami bayar RM30.00 untuk umairah dan umar sehari hantar di sana
Alhamdulillah

bukan taknak bagi mak jaga
cuma kekangan masa
mak lebih di kedai 
takut anak-anak asyik bermain di luar dan jalan jauh-jauh tanpan mak sedar
skang nie banyak sudah kes kan
jadi baiklah ambil langkah awal dengan hantar anak ke nursery jea
mudah gitu
kami kat tempat kerja pun takderlah risau sangat

umairah dan umar pagi-pagi lagi dah bangun
tak sabar nak jumpa dengan teacher eton dan teacher miza katanya
amboiiii =)
suka lah tu...
hantar tadi senyum-senyum jea bila masuk ke dalam rumah
tinggalkan pun tak menangis..
hehehehhee dah besar kan


tadi kelakar
minum susu dalam kereta
ada balance lagi susu dalam botol
suruh bawak sekali
umar cakap..taknak bawak lah bu
malu adik nanti
hahahahahhaha dah pandai malu rupanya

siapa kerja di kg.baru sg.buloh
pasti tahu macam mana keadaan traffic di sini
tension dibuatnya
dengan construction dari LRT dengan nak buat apt sebelah kananya
memang boleh buat kita rasa stress
tu yang setiap hari sabtu dan ahad ada masa mesti nak pergi bercuti
memang semak lah kerja di sini
pagi tadi laks takder polis traffic jaga lalu lintas
tu yang memanjang orang Q nak tunggu traffic light jadi hijau
dapat keluar laks beberapa buah kereta jea
sebab lori panjang sangat di sini..ambik masa untuk masuk kawasan
ena nak tunggu 2o minute jugaklah dapat lepas traffic light

hahhhh nie tetiba yang buat nak cari kerja lain nie
hehehehhehe
dah 6 bulan hadap jem nie
pergi kerja dan balik kerja...
saper tahu kerja kosong bahagian akaun
bgtahu ena yea....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 19 September 2015

15 Cadangan Aktiviti di Musim Cuti Sekolah


Sebagai ibu bapa, kita wajar mengaturkan aktiviti dan pengisian yang bermanfaat buat anak-anak kita dan bukannya membiarkan anak-anak kita menentukan sendiri apakah yang mereka ingin lakukan. Ini bagi memastikan masa terluang sewaktu cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.


Oleh itu, bagi ibu bapa yang masih tiada perancangan khusus, anda bolehlah mengikut beberapa cadangan aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan bersama anak-anak anda sempena seminggu cuti sekolah ini:


1. Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik kepada anak-anak seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.


2. Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan jadual cuti sekolah anak anda terisi dengan aktiviti berfaedah, anda juga boleh memilih untuk memasukkan anak anda ke dalam kelas jangka pendek seperti kelas memasak, kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.


3. Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini. Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut.


4. Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, galakkan anak anda untuk menghabiskan membaca buku cerita kegemaran mereka. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.


5. Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa untuk membawa anak anda untuk singgah ke perpustakaan. Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.


6. Melawat sanak saudara
Ambillah peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.


7. Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman anak-anak.


8. Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang anak-anak dipenuhi dengan program-program berfaedah, anda juga boleh menghantar mereka ke kelas insentif Al-Quran. Selain dapat memperbaiki bacaan, anak-anak anda juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.


9. Bersiar bersama keluarga
Ketika cuti sekolah ini bawalah anak-anak anda bersiar-siar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin erat.


10. Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun bersama anak-anak boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan anda sekeluarga.


11. Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.


12. Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah anak-anak menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen tetapi jangan biarkan mereka terlalu leka sehingga lupa untuk membantu anda melakukan kerja rumah serta menyiapkan tugasan yang diberikan cikgu. Oleh itu, sebagai ibu bapa, pemantauan perlu kerap dilakukan.


13. Beriadah bersama kawan
Beri kebenaran kepada anak-anak anda untuk mengisi jadual cuti mereka dengan beriadah bersama kawan kawan di taman permainan berhampiran. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.


14. Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata ajak anak-anak anda untuk bersama seisi keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.

15. Membuat persiapan sekolah sesi hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan persekolahan bagi sesi hadapan. Kemas buku-buku dan siapkan kerja rumah yang telah diberikan guru di awal cuti sekolah ini agar anda tidak lupa dan dapat menikmati cuti sekolah dengan lebih tenang dan kembali ke sekolah dengan penuh motivasi.


Semoga cadangan-cadangan di atas serba sedikit dapat membantu anda merancangan jadual percutian yang lebih bermanfaat buat anak-anak anda.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi