Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Selangor Cuti

Tahniah pasukan selangor sebab menang piala malaysia pada hari sabtu yang lepas
Dan tahniah jugak pada kedah..dapat masuk ke final
Cuba lagi tahun depan...mana tahu menang laks :)

Patutnya hari nie cuti
Menteri besar dan sultan selangor pun dah umumkan hari nie cuti sempena pasukan bola selangoe menang
Tapi tulah kena jugak kerja hari nie
Biasalah bila kerja di syarikat kecik dan syarikat cina nie kan..ikut suka hati jea
Opssss buka smua company cina la....

Jadi hari nie kerjalah macam biasa huhuhu
Tak best betul..
Adik2 dan mr.hubby cuti jea hari nie
Tak best betul....

Selamat bekerja semuanya ;)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 22 September 2014

Seronoknya Bila pergi Kerja Ada Driver =)

 hari nie mr.hubby cuti
jadi macam tahu jea tanggungjawab dia bila cuti-cuti nie
hah mestilah hantar wife dia pergi kerja hehehehee

seronok sangat bila pergi kerja
suami yang hantar pergi kerja
balik pun suami jugak yang ambil
wahhhhhh

tapi takder maknanya
sebab dua-dua pun bekerja
dan waktu kami bekerja tak sama
jadi jangan mimpilah

--mr.hubby dan umar--

terima kasih sayang hantar ena pergi kerja
walaupun mengantuk sebab kerja shift malam
tapi tetap jugak nak hantar wifenya pergi kerja...

wahhhh terharu tau...
love you la sayang =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 13 December 2013

Maaf di atas Kelewatan

maaf sangat-sangat
sebab mesti ramai yang tengah menunggu 
keputusan pemenang kan
biasanya awal bulan ena akan umumkan 
Top Komen
tapi sehingga hari nie tak dapat nak umumkan

maaf sangat-sangat
terlalu sibuk
sibuk dengan urusan di ofis yang perlu buat closing account
sibuk sebab lepas balik kerja terus terkejar pergi ke Hospital
sebab mak mertua admit
harap esok mak mertua dapat discharge
sudah 2 minggu tidak sihat

terima kasih pada korang yang terus sabar menanti
jangan marah-marah yea =)
kalau tengok pada history blog ena nie
tak pernah miss untuk tulis entry setiap hari
huhuhuhuhu
2 minggu tak dapat nak coret cerita dalam blog
membuatkan otak ena jadi tepu
sebab tak dapat nak luahkan dalam blog hahahahahahha
lawak jea kan

ok takper In Sya Allah
esok ena akan dedahkan
pemenang untuk Top Komen bulan November
dan Pemenang Contest GA yang ena buat last month
sabar yea....

--buat..buat..buat--
macam-macam yang perlu di settlekan
terasa macam tak mampu
tapi tetap tabahkan diri untuk buat

--3 hari cuti kerja di atas meja punyalah banyak gila--
memang pening nak siapkan
pukul 5.30pm nak balik
sampaikan waktu lunch pun makan depan pc jugak
gara-gara nak siapkan kerja jugak

sabar....
Allah ada dengan orang yang sabar
doakan mak mertua ena cepat sembuh yea
terima kasih pada yang bersabar...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 22 June 2013

Selamat Pagi

salam dan selamat pagi semua
emmmm hari nie aku kerja
bosannya...sebab sorang jea aku kat di dept finance nie huhuhuhu
semalam Ain cakap nak datang
tapi sampai skang nie tak nampak batang hidung
siap ko Ain hari isnin nie huhuhuhuhu

sambil layan blog
sambil layan dengar carta suria
kejap lagi nak buat Invoice
dan print statement
emmmm bila difikir-fikirkan banyak sebenarnya kerja aku kena siapkan
tapi sebab ada M 
memang liatnya nak buat kerja huhuhuhuhu

siapa kerja hari nie
cer komen skit
boleh la teman aku di ofis nie :)

--selamat pagi semua--
harap mood korang ok pagi nie

geram tau
tadi beli nasi lemak sebelum sampai di ofis
perut memang lapar gila nie
bila masuk sesudu nasi ke dalam mulut
terus mati nafsu nak makan 
sebab nasinya mentah
emmmm macam mana la akak nie berniaga
masak la elok-elok dan sedap-sedap
kalau sedap pasti pelanggan tak lari kan kan kan
kalau sedap letak harga mahal pun pelanggan tetap akan datang semula
asalkan sedap 

emmmm terus buang nasi lemak tu
RM2.50 buang macam tu jea
sayang betul la
minum air milo jea
cicah dengan biskut kering ~ lagi sedap huhuhuhuhu

--mood skang nie rasa sleepy sangat--
comeykan budak mat salleh nie tidor menonggeng
teringat pada anak-anak di rumah
miss them so much


--umairah--
si kakak yang banyak mulut
takder di sisi sunyi sepi rumah

--umar--
hehehehehhe baju saper nhtah si umar nie pakai
pak chu @ pak lang
sebab nak jugak pakai t-shirt nie 
sebab ada lambang Superman
emmmm dari minat IronMan kepada Superman laks skang nie
macam-macam si bam bam nie

Alhamdulillah 
selesai sudah ganti puasa
lega sangat bila dapat selesaikan perkara yang wajib
lepas nie nak berpuasa Isnin dan Khamis laks
untuk berlatih sebelum bulan Ramdhan menjelma
tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan

Selamat berkerja pada mereka yang bekerja hari nie
dan
Selamat berhujung minggu
sayang korang semua :)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 22 December 2012

Hari nie Saya Kerja...Bosannya


siapa teman blogger dan teman FB yang bekerja hari nie
angkat kaki kehkehkeh
takder kerja la tu :p

pagi tadi bfast nasi putih berlauk
perghhhh pagi-pagi lagi dan mamam nasi campur
apa kes..
lapar la...malam tadi makan skit jea

tadi siapkan filling
settle kan CN dan Collection
dan now boleh la terjah blog member2 jap
sambil menyelam sambil berBW eheh

Isnin nanti confirm bz
sebab nak siapkan Invoices
lagi plak kena siapkan Inv awal skit
sebab ada certain company buat closing account awal skit dari bulan2 sebelumnya
sebab nak New Year kan

Hopefully akan melancarkan kerja aku nanti
emmmm sudah 2 hari my colleague tak masuk ofis
siapa lagi..Eikin la
miss her...
takder member nak lawan chit chat
takder member nak keluar waktu lunch
takder member nak bergosip
sunyi lorrrr

harap anak buahnya akan cepat sembuh
Amin

ok la nak siapkan kerja jap
petang nie akan balik ke Sijangkang
weekend kami di sana...

Happy Weekend semua







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 20 December 2012

Tolonggggg Banyak Sangat Kerja

penat
sibuk
melambak kerja atas meja
kalau tak sempat nak terjah blog korang
rindu nak baca celoteh cerita korang
nanti bila kerja dah siap
promise akan khatam baca blog korang yea

emmmm tapi ntah bila la kerja boleh siap
tension beb

sebenarnay banyak sangat story aku nak up kat blog aku nie
cerita hujung minggu
cerita member ofis kena ragut
cerita mandi manda tepi pantai

uwaaaa so many story nak ceritakan
ok nanti aku catit di blog kesayangan aku nie yea
bye nak balik



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 26 May 2012

Hari Nie Kena Kerja


hari nie hari sabtu
minggu nie turn aku untuk bekerja
jadi kebosanan - sorang sahaja di floor aku nie

nak buat kerja pun malas
nak buka website pun malas huhuhuhuhu
skang nie dalam fikiran nak tidor jea
seyes mengantuk gila
malam tadi tidor pukul 5am
sebab siapkan tempahan kuih
wahhhhh ngantuk gila

tak sabar nak tunggu jam menunjukkan pukul 1pm
eheh
tapi balik nanti pun
kena terus packing barang-barang untuk balik ke Sijangkang
kakak ipar akan bertunang esok
Tahniah kak mar
semoga berjalan semuanya dengan kelancaran dengan keizinan dari Allah
isyaAllah



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi