Tuesday, 31 May 2011

Umairah With Wonderpets

ahad yang lepas aku kan pergi ke Pasar Tani
di Paya Jaras
biasa lah kalau di Pasar Tani
memang banyak binatang yang di jual
yang dah siap sembelih untuk di makan
@pun untuk di jaga
macam-macam ada :D


umairah nampak la plak itik
bagi aku memang la comel
ingat umairah nak tengok jea
siap mencangkung tepi kandang itik tu nak tengok
bila aku ajak jom pergi
umairah cakap nnti la .. nanti la
geram tau
kalau ada babah dia
memang akan terus di dukung nya la - takdernya bagi peluang


umairah cakap ming ming wonderpets - bahasa dia la
aku plak time tu blur blur anak aku cakap apa
bila di rumah baru aku teringat kartun wonderpets tu
laaaa budak kecik nie
dah taknak bergerak dari situ
wan dia apa lagi
terus la belikan satu
emmmm nenak kan mana boleh tengok cucu dia keluar air mata
mak dia takper menangis keluar mata huhuhuhuhu
sayang cucu lebih nie dari anak huhuhuhuhu
jadi dah dapat itik tu
mainan yang di jual di pasar memang dah tak pandang la
berkepit jea dengan itik dia



keluarkan itik dari paper beg
berani gak minah kecik nie pegang itik nie



jinak jea anak itik nie



besan mandi umar jadi mangsanya
untuk letak anak itik nie
terkekeh-kekeh umairah gelak tengok itik tu berenang dalam besen tu



tengok la tu sengih jea memanjang tengok anak itik dia



anak itik lepas bebas dalam rumah
kesian mak aku
ialah bila terlepas bebas terpaksa la mak aku mengejar itik nie
aku plak memang geli la


umar plak asyik la menggeleng taknak dekat dengan anak itik dia
dia pun geli jugak kot
skang nie balik jea dari nursery
terus la menerpa pada itik dulu
sebelum nie terpa adik dulu
skang nie itik jadi kesayangan dia plak


makan pun nak sebelah itik
pening kepala aku...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday, 29 May 2011

Pasar Malam @ Pasar Tani


bila tiba hujung minggu pasti ada pasar malam @ pasar tani kan
k0rang suka pergi pasar tak?


macam aku memang pantang
pantang mesti nak pergi jugak
sebab macam-macam ada di pasar nie
masih segar dan pelbagai pilihan yang kita dapat
makanan yang di jual lagi la
memang rambang mata di buatnya
pilih jangan tak pilih


suami aku pun sudah tahu habit aku yang satu nie
dalam seminggu kalau tak singgah ke pasar
resah gelisah la aku di buatnya
di sg.bul0h nie dari hari isnin sampai la ke hari ahad
memang ada pasar
pilih sahaja yang mana nak pergi


hari isnin ada pasar malam si BBSB
aku suka pergi ke pasar nie sebab
banyak pilihan buah-buahan yang segar
yang pastu buah plum menjadi pilihan
besar dan manis jea


dan pada hari selasa, khamis dan sabtu
pasar malam Paya Jaras menjadi pilihan
pasar malam nie menjadi pilihan aku sebab
banyak gila pilihan untuk aku beli selendang-selendang yang terkini
warna dan c0rak
kawan-kawan selalu tanya mana aku beli kain tudung aku
ialah cantik-cantik jea
senang citer aku memang beli di pasar Paya Jaras jea
harga pun murah jea RM10
kalau beli di The St0re memang tak dapat la nak beli dengan harga RM10
nie paling k0man akan dapat RM15
minta tawar pun dapat RM13
jadi baik beli di pasar jea
bagi aku beli mahal-mahal pun tak guna
sebab trend tudung nie sekejap-sekejap jea
lepas trend selendang tampal-tampal nie
pasti akan ada trend yang lain
jadi beli mahal-mahal pun rasa
macam rugi sahaja - bagi aku la
kalau 0rang lain terpulang la kan
rata-rata tudung yang aku beli tak mahal pun
asalkan cantik aku beli jea


Pasar Tani sen0nim dengan jualan sayur-sayuran
dan makanan basah (ikan, udang, daging, ayam dll)
memang fresh kalau di c0mparekan dengan di pasaraya
jadi rata-rata ramai yang beli bahan basah di pasar tani
betul tak??
aku suka pergi Pasar Tani di Paya Jaras
bukan nak beli bahan basah pun
cuma aku nak beli sarapan pagi - nasi ambeng
hehehhehe
memang sedap la nasi ambeng m.cik nie jual
bila aku berhujung minggu di rumah mak aku
pasti aku kunjung ke sini sebab nak beli nasi ambeng nie jea
emmmm pagi-pagi lagi dah ambil heavy breakfast
maacm mana la tak m0k m0k huhuhuhuhu


nie kalau aku di Sg.Bul0h la kan
kalau aku balik ke Sijangkang - kg. sayang
pasti aku akan terjah pasar di sana plak
family mertua aku pun dah tahu sangat habit aku nie
bila pergi ke pasar di Sijangkang - memang ser0n0k
sebab pasar 0rang Jawa
hari sabtu ada
hari ahad pun ada


aku suka pergi pasar hari sabtu
memang aku akan jadi rambang mata
sebab banyak gila pilihan tudung di jual di sini
tak ingat pasar nie 0rang sana panggil pasar apa
dekat jea dengan dewan dan padang futsal
cuma pasar nie kurang di jual makanan
lebih kepada pilihan tudung dan pakaian
memang aku kaan b0r0ng tudung di sini
ada jugak member minta aku t0l0ng belikan untuk d0rang
tapi aku pasti men0laknya
ialah pilihan aku dengan 0rang lain mana la sama
aku paling tak suka
bila kita sudah belikan
pastu depan kita jugak tu cakap tak cantik
emmmm sejak tu memang aku tak ambil dah 0rder dari 0rang
aku cuma b0leh cakap mana aku selalu beli
kalau nak pergi beli sendiri
payah tau citarasa 0rang dengan citarasa diri kita
kita cakap cantik
0rang lain belum tentu cakap cantik dengan pilihan kita
jadi tak payah susahkan diri sendiri belikan untuk 0rang


kalau hari ahad
sayang selalu bawak pergi pasar pagi di Taman Perwira
di sini memang tak banyak pilihan kalau nak beli tudung
di sini banyak pilihan untuk beli makanan
dan hasil tanaman yang di tanam 0leh 0rang di situ
aku memangs elalu belu pisang, ubi kayu, keledek, daun pisang
mak aku memang selalu 0rder la
kalau aku teng0k ubi kayu cantik jea
memang aku b0r0ng abis la
macam-macam kuih yang mak aku akan buat
pucuk-pucuk pun selalu gak aku beli
yang pasti selalu beli tempe
segar tu
kalau pegang masih lagi terasa panas tempe tu
baru di buat
g0reng makan panas-panas memang sedap beb
biasa kita selalu beli yang dalam paket plastik kan - tak fresh pun
di sini c0nfirm masih lagi panas dan masih baru
kuih-kuih yang di jual pun
memang susah la nak dapat di tempat lain
sedap-sedap plak tu
emmm mana la tak m0k m0k skang nie
asyik st0ry pasal makanan jea


kalau k0rang pasar mana yang jadi pilihan
pasar malam @ pasar tani
aku suka jea dua-dua pasar


hari nie sayang pergi Pahang
ada budak kilang dia kawen
nak ikut tapi sayang jadi driver van yang telah di sewa 0leh kawan-kawan kilang dia
kalau sayang drive bawak kereta sendiri
c0nfirm aku nak ikut
umairah pun aku tak bagi ikut
ialah nanti umairah meragam saper nak layan
babah dia dah la jadi driver
kesian anak aku nanti
j0m pergi pasar...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 28 May 2011

Umar 7 Bulan

hari nie genap umar 7 bulan
sekejap sahaja rasanya kan
umar sudah 7 bulan
tinggal beberapa bulan sahaja umar akan melangkahkan kakinya untuk berjalan plak


skang nie umar dalam pr0ses untuk merangkak
sudah b0leh angkat punggungnya untuk menuju ke hadapan
sudah laju ke hadapan dan sekelilinga dengan mengheret badannya
cuma mengambil masa untuk merangkak plak ketika nie


kalau naik walker memang sudah laju jea
mengajar kami di belakang
memang sudah pandai main dengan kakaknya
apa sahaja kakak dia pun pasti umar akan tergelak dan perhatikan dengan ralit
apa yang kakaknya buat
ialah id0la umar kan


kalau tid0r dalam buaian
kalau tak zip di hujungnya
pasti la dengar umar akan jatuh buaian
memang kami lapikkan tilam di bawah buaian
ada sekali umar jatuh buaian tapi tetap pejam mata - tid0r
hahahhahahah memang kelakar


sudah pndai untuk mengikut kami untuk keluar
kalau teng0k aku sudah pakai tudung
mula la depa kan tangan minta di dukung
alahai anak ibu


time aku nak pergi kerja
pasti nak naik dahulu
naik kereta tak berjalan pun tak apa
kalau tak masukkan ke dalam kereta
memang sepanjang hari akan meragam la - kata mak aku la
jadi time pagi sebelum kerja sambil aku panaskan enjin kereta
umar sekali akan duduk di belakang panaskan m00d dia hehhehehehe


sudah makan bubur
pelbagai perisa yang mak aku buatkan
aku di hujung minggu baru berkesempatan buatkan bubur untuk umar
kuat makan umar nie
jangan la makan depan dia
pasti terjerit-jerit minta nak jugak


memang banyak perubahan umar menginjak umur 7 bulan nie
j0m layan gambar umar ketika bangun dari tid0r
fresh lagi nie

layan...







geram tang mata pada umar nie
rambut keras menegak jea



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 27 May 2011

Umairah Jadi Baby

emmmm sejak ada adik nie
nampaknya umairah yang nak jadi adik
memang nak tarik perhatian yang lebih dari kami
kadang-kadang tu memang letih nak melayannya
tapi kena pikir sebab sebelum nie segala perhatian terarah kepada umairah
jadi bila sudah ada umar
perhatian terbahagi kepada dua
jadi umairah pikir kami lebihkan umar dalam segala-galanya
ialah umar masih kecil perlukan perhatian yang leih dari kami
sebab tu la aku akan pastikan
kalau aku menjaga umar
sayang akan make sure akan melayan umairah
kalau aku melayan umairah
dan sebaliknya akan kami lakukan
memang penat sebenarnya
tapi tu la peng0rbanan menjadi se0rang ibu dan bapa kan
jadi terima sahaja la


k0rangkan ada tak masa untuk diri sendiri?
sebagai c0nt0hnya masa peribadi untuk diri sendiri
paling k0man pun
masa peribadi dalam bilik air
sejak dah ada berdua nie
memang aku mandi ala kadar jea
tak sempat nak berlama-lama dalam bilik air
nak mengg0s0k apa yang patut lagi la jangan harap
kalau lama skit dalam bilik air c0nfirm umairah akan bergendang-gendang di luar pintu
terjerit-jerit minta aku keluar
alahai


time makan pun sama
bila aku nak makan sahaja time tula
budak dua 0rang nie timbulkan masalah
si kakak mengamuk sebab tak jumpa puting la
umar penat meniarap la
time aku duduk bersama anak-anak aku nie
diam dan baik jea
bila nak makan mula la
memang tak rasa nikmat la bila makan di rumah
main telan sahaja
jadi kalau tanya apa rasa makanan bila anak-anak aku ada di sisi
jangan harap la aku akan bagi jawapan yang sebenarnya
aku akan cakap sedap jea
mak aku cakap aku jadi tekak ular
main telan apa yang ada dalam mulut
tak ada lagi nak menelan 44 kali gigit
shumie pasti gelakkan aku bila dengar statement aku nie
dulu time bujang punya la jaga cara aku kunyah makanan
siap kira 44 kali aku kunyah makanan
sebab tu la selalu kena perli dengan shumie
aku makan lembap
skang nie n0n ad0 :p


emmmm macam dah lari tajuk jea kan
asalnya nak st0ry pasal umairah
tapi dah st0ry pasal diri sendiri plak


0k layan gambar umarah naik walker umar
nak jugak naik walker nie
nasib baik la tak patah walker nie bila umairah naik







apa umar dapat
kakak pun nak jugak
apa kakak umairah buat
umar try jugak untuk buat


alahai anak-anak ibu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Demam

hari nie aku ambil EL
terpaksa la beb
puk0l 3am tadi
tetiba umar menangis
bila aku rasa badan umar - memang panas
alahai anak ibu tak sihat ker


memang panas
bagi minum susu pun taknak
jadi merengek jea la
tak tunggu lama aku minta sayang ambilkan ubat demam umar dalam fridge
ubat umar dam umairah memang aku simpan
tak buang pun
ialah time emergency macam nie
kena la ada ubat standby di rumah kan
lepas bagi makan ubat
apa lagi kan
nak kena berdukung jea la


letak bawah memang taknak
nak baring atas paha pun jugak
emmmm tetiba plak umairah menangis
nak susu pun nangis
umairah nie mana b0leh teng0k kalau adik dia terlebih manja dengan aku
tu yang pagi-pagi buta merengek jea
sabar jea la


jadi dari puk0l 3am tadi sampai la skang nie
aku memang tak dapat lagi melelapkan mata
kalau tid0r dalam buaian
nak berenjut jea la sepanjang masa
sebab tu la kalau tiba situasi macam nie
nak jea aku beli buai elektrik jea
penat beb


tunggu masa puk0l 12 lebih untuk bagi ubat lagi pada umar
umairah aku dah hantar ke nursery pagi tadi
jadi dapt la aku tumpukan sepenuhnya pada umar tika nie
petang nnti minta sayang ambil umairah di nursery.


cepat sembuh yea sayang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dinner Kami Di Mc'd Sahaja

dinner kami malam tadi semp0i jea
beli tapau di mc'd
memang la 0rang skang nie ambik mudah jea pasal hal makanan kan
sebab tu la umur tak panjang macam
0rang2 dahulu
sebab 0rang dahulu hal pemakanan memang berjaga
0rang skang nie semuanya nak FAST jea
sebab tu la MATI pun FAST jugak
tak sempat nak jumpa cicit pun
cucu pun entah dapat teng0k ke tidak


sayang puasa minggu nie
aku saja yang malas nak puasa
bukan taknak puasa
tak tahan dugaan di 0pis
sejak hari isnin hingga hari rabu
di 0pis aku nie ada buat training untuk guards
jadi makanan memang banyak untuk di agih2kan untuk staff yang ada
jadi sayang plak kalau aku tak makan
tak abis nanti saper yang nak telan - aku jugak hahahhahaha
ALASAN jea tu beb


jadi selepas sayang minum teh panas di rumah
kami singgah sekejap di mc'd untuk makan la kan
tapi kalau beli tapau sahaja
sebab time selepas magrib adalah waktu umar untuk tid0r
kalau tak dapat tid0r dengan selesa alamatnya
memang meragam la si kecik nie
baik makan di rumah
aman jea
makan di sini nanti
b0leh tercekik-cekik aku di buatnya
selalu dah alaminya



di kaunter
umar sibuk la jugak nak membelek menu yang ada atas kaunter



umairah plak sibuk nak sp0ngeb0b dia
tapi sp0ngeb0b dah abis
cuma ada patrick jea
nasib baik la bila tunjuk t0ys patrick umairah 0k sahaja
b0leh accept la
lega skit


jadi skang nie kalau keluar memang susah la kami nak makan di luar
beli tapau makan di rumah sahaja
dah ada dua anak nie
s0rang-s0rang dukung anak
aku biasa la dukung umar
sayang dukung umairah
umairah pun sama naik
teng0k adik dia berdukung jangan harap la umairah pun nak berjalan
pasti nak berdukung jugak


jadi nak aku dan sayang ber'r0mantika sambil pegang jalan
jangan harap la
bila sudah ada anak dua nie
emmmmm


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 26 May 2011

Balik Dari Nursery

lama tak update st0ry umairah kan
selalu update citer adiknya sahaja - umar
hari nie nak update str0ry umairah ketika minah kecik nie balik dari nursery


selalunya kalau aku malas nak turun dari kereta
aku akan st0pkan kereta di hadapan pintu masuk nursery
jadi bila umairah nampak kereta aku
pasti dari depan pintu nursery umairah akan melambai-lambaikan tangan
bila nampak kelibat kereta kancil ibu dia


m.cik yang menjaga pun sudah kenal ahli keluarga kami
jadi bila nampak kelibat aku
baru la pintu nursery akan di buka
untuk membenarkan umairah keluar



sambil mengheret keluar beg sandang dia
@ sandang beg dia di belakang dia
ikut pada m00d umairah
keluar terus mencari selipar dia
walaupun ada yang sama selipar di situ
umairah kenal harta benda dia hehehhe


sambil nak menuju ke kereta
kita p0sing sekejap



pintu kereta pun
dia yang nak buka sendiri
memang tak bagi aku bukan kan untuk dia
macam dah besar sangat kan




dah masuk suka sangat bergayut pada pemegang pintu
bila aku cakap baik-baik tak dengar
bila suara aku dah bertukar nada
baru la terhengeh-hengeh minah kecik nie tutup pintu
geram tau



berp0sing dengan risalah kup0n free dari mc'd
dah tak b0leh pakai pun
hari selasa dan rabu yang lalu
mc'd ada buat pr0m0si
beli burger mc'chicken akan dpt free burger mc'chicken jugak
ada tak k0rang terjah untuk dapat free burger nie :D



aku dan umairah
anak kesayangan ibu
termasuk umar jugak


skang nie dah pandai baca d0a makan dan d0a sebelum tidur
n0 pun dah hafal
ABC jea tunggang langgang lagi
huruf jawi pun dah kenal skit-skit


Alhamdulillah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tengok Wayang


malam tadi aku sudah membooking kan diri aku
untuk melihat citer nie di pawagam OU

thanks sayang sebab sanggup membookingkan tiket nie
dan sanggup menjaga anak-anak di rumah
keprihatinan sayang amat la ena hargai
hehehehhe macam karangan surat plak


waktu tayangan sayang pilih pukol 8pm
yang pergi tonton sekali dengan aku malam tadi
ialah mak dengan ana
kami bertiga sahaja
anak-anak memang tinggal di rumah
suami yang take care


bagi aku citer nie
memang BEST
tak tahu naper ada suara yang kata tak best
sesaper nak tengok
kena sediakan TISU la
memang sedih
bagi aku tak rugi la duit untuk tengok citer nie


jadi sesiapa yang belum terjah lagi
sila-sila la tengok erk
pasti memuaskan hati korang


keluar panggung dengan hati yang puas :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 24 May 2011

Contest Si Kecik Bersama Payung


c0ntest nie di anjurkan 0leh Mummy Ayu
kalau sesiapa nak j0in b0leh klik di sini


tarikh tutup c0ntest nie adalah es0k
masih sempat lagi pada mereka yang nak j0in


gambar yang aku rasa cute
apabila umairah memegang payung
ialah seperti di bawah




nama : umairah zahrah
umur : 2 tahun 7 bulan


aku ambil gambar nie di rumah sayang di Sijangkang
pakaikan umairah baju kurung
nak menampakkan m00d kedesaan
ialah gadis ayu duduk di tangga menunggu buah hati datang
hahahahahhaha p0y0 jea


gud luck :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 23 May 2011

Hisap Kaki Sendiri

finally dapat jugak snap gambar
umar hisap kaki dia
memang susah
kalau dapat pun meti gambar berg0yang


bila-bila masa sahaja umar nak hisap kaki dia
umar akan angkat dan masukkan kaki dia ke dalam mulut
emmmm k0rang b0leh buat tak aksi nie hehehehhe


nak buat tekan tubi pun tak tersampai kaki nak angkat ke atas
hehehehhehe


muka umar selepas mandi



tengah standby untuk angkat kaki masuk ke dalam mulut



try lagi untuk sampaikan kaki ke dalam mulut - tak berjaya jugak



akhirnya dapat jugak kaki dimasukkan ke dalam mulut
tapi sekejap sahaja la dapat hisap pun


puas hati dapat snap gambar nie :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kakak Gigit Kaki Adik

bila yea kejadian nie berlaku
kelupaan plak aku
tapi yang pasti berlaku pada minggu lepas


kejadian terjadi disebabkan adik beradik nie
tak b0leh bersentuhan
bila baring di atas tilam
baring sebelah menyebelah
umar memang suka tarik rambut kakaknya
dan pasti akan tarik puting umairah
2 3 x jugak buat
jadi si kakak dah naik angin
jadi umairah dah geram
terus di gigitnya kakai adiknya
aku memang tergamam la bila umairah gigit kaki adiknya



bila aku terus dukun adik dia
dan umar plak menangis memang kuat

aku tak marah pun umairah
umairah terus menangis jugak
ingat aku nak marah dia la tu
cuma bila umairah nak duduk dekat2 pada aku
aku buat tak tahu jea

terus aku cakap
"lain kali nak buat lagi tak"
terus umairah geleng kepala tak buat lagi
"teng0k adik dah sakit, umairah nak jadi kakak baik @ jahat nie"
"nak jadi kakak baik"


terus umairah peluk adik dia
"kakak s0rry"
hehehhehhe pandai pun ambik hati 0rg lain semula



umar baru lepas nangis
nak pujuk si kecik nie pun makan masa jugak
ketegaq jugak si kecik nie



tapak kaki umar yang ada kesan gigitan umairah
memang berbekas
alahai anak-anak ibu
macam-macam hal la


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 21 May 2011

Balik Kampung

hari nie sayang xcited nak balik Sijangkang
sayang nak makan Ayam masak kicap yea


baju semua dah packing
cuma nak tunggu sayang sampai rumah
dan boleh terus gerak balik ke kg


tak jauh pun kg kami kan
dekat jea
selamat berhujung minggu :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 20 May 2011

Apa Ubatnya

kalau kena tir0id
apa nak buat yea


aku kemungkinan kena k0t
bahaya tak?


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 19 May 2011

Bila Sudah Meniarap

umar skang nie pantang dibaringkan
c0nfirm akan meniarap
skang nie selepas mandi punya la payah nak pakaikan pampers
terpaksa la aku kangkangkan kaki untuk kepit si kecik nie


kalau letak bantal kiri kanan umar
memnag tak jalan la
mesti dapat meniarap jugak
bagi pegang barang pun sekejap jea leka
pastu nak meniarap la semula
kalau time nie 0k la kan
nak meniarap sangat
aku memang akan benarkan


tapi paling aku tak suka
bila si kecik nie sudah mengantuk sangat
tapi nak meniarap jugak dalam buaian
dah la nak tid0r dalam buaian
tid0rkan atas tilam bawah taknak tid0r
tid0r atas tilam bila waktu malam jea


muka dah mengantuk
tapi tetap lawan jugak mata tu
pastu mula la merengek
pastu meragam


pastu angkat kaki
masukkan kaki dia ke dalam mulut dia
tak sempat lagi nak snap gambar umar time tengah kunyah kaki dia tu hehehhehe



sudah mula untuk meniarap
berpusing-pusing la badan dia dalam buaian tu
geram jea teng0k
betulkan pastu mula la meniarap semula


macam-macam peel la umar skang nie
tunggu dan lihat apa lagi si kecik nie akan buat


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 18 May 2011

Mandi Manda Dengan Girangnya

semalam cuti umum
memang aku dan sayang sudah plan nak bawak umairah pergi ke k0lam renang
cuma nak bawak ke mana sahaja tak di rancang lagi
adik aku ajak pergi ke ulu yam
tapi aku taknak
ialah dengan cuaca yang tak menentu nie
risau plak nak bawak anak-anak pergi ke sungai
lagi plak awal bulan lepas ada kes 1 family kehilangan ketiga2 anaknya
disebabkan air turun laju dari atas
kesian kan
jadi baik dielakkan untuk ke sungai-sungai pada waktu ini


lagi plak umairah memang dah menyalak-nyalak nak mandi k0lam
umairah memnag suka mandi k0lam
kalau sungai @ laut umairah memang tak suka..lebih kepada takut sebenarnya
jadi abg atan cadangkan untuk mandi k0lam di Putrajaya
0k ikut ajer la


memula kami pergi ke precint 6
tempat nie ada masa-masa dia plak
kebetulan kami datang puk0l 3pm
jadi tinggal 45 minute sahaja lagi untuk kanak-kanak untuk mandi
puk0l 5pm - 7pm untuk lelaki dewasa
puk0l 8pm - 11pm khas untuk wanita sahaja
kalau tak silap aku la waktu dia
tak berapa nak ingat sangat
masuk kena bayar RM2
budak-budak bawah 3 tahun FREE
jadi masuk jea umairah memang tak tunggu lama la
tukar baju terus jea mel0mpat masuk ke k0lam
panas memang panas la
tapi 0k la sebab cuaca baik kan


penat melayan dua anak mandi k0lam


sayang jadi penyelamat sesuai sangat la dengan baju merahnya tu



xcited betul pija dengan umairah
k0lam pun tak dalam sangat
setakat betis aku sahaja
jadi tak la risau sangat bila umairah mandi



aku nak ambil gambar umairah pun
buat derk jea minah karek nie



m0del k0lam mandi hehehhehe



pija pakai baju mandi aku teng0k bertambah kurus kau teng0k
makan lebih skit pija


memula taknak mandikan umar
tapi bila letakkan kaki umar dalam air
terus tersenyum lebar umar
ialah dalam kepanasan bila dapat berendam dalam air
terus sejuk jea bdan kan


teng0k la umar tu
taknak telentang atas kaki kakak dia
dia nak jugak terkuak-kuak dalam air



umar pinky b0y
sebenarnya seluar kecik tu umairah yang punya
ialah takkan la nak mandikan umar berb0gelkan
tak sesuai la plak
jadi pakai la seluar kakak dia hehehhehe



xcited jea kan budak kecik nie kan
memang suka kalau umar berendam dalam air



aksi-aksi mel0mpat umairah
memang berani betul la minah nie
dapat madi sekejap sahaja


lepas wisel di tiup
terus lap-lap badan dan keluar


ada tempat di precint 9 yang ada k0lam jugak
terus ke sana
ada k0lam dan sebelahnya ada taman mainan
rasanya di sini lagi ser0n0k
sebab lepas puas mandi dalam k0lam
bebudak nie b0leh main permainan yang tersedia
basah-basah pun takper
kalau lapar di depan k0lam nie ada pelbagai jenis gerai jual makanan
ingat nak makan lempeng pisang tapi gerai nie tutup plak
makan nasi ambeng - sedap sangat
bee hun di jual pun sedap sangat


lain kali mungkin akan datang lagi k0t
bila entah...


wishlist umairah :
nak mandi k0lam - d0ne
nak main taman - d0ne
nak naik keretapi - akan diusahakan untuk bawak umairah naik k0muter

pergi taman rasanya setiap petang babah dia akan bawak pergi ke taman mainan di rahman putra
kalau cuaca 0k memang akan di bawak pergi la
kalau hujan melalak la di rumah nak keluar rumah jugak


jadi semalam memang keletihan tak ingat la
penat gila
minggu nie kami akan balik Sijangkang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sekejap Masa Berlalu

hari nie genap 3 bulan aku bekerja di 0pis nie
sepanjang bekerja di sini
memang 0k sangat-sangat
lega sebab dapat b0s yang memahami kami yang baru bekerja nie


dapat member 0pis yang semuanya 0tak gila-gila
senang untuk bekerja sama
tugas aku di sini makin hari memang berlambak-lambak
tapi biasa la beb mana-mana tempat pun
pasti kerja menimbun kan
pasal tugas/kerja bagi aku
aku akan siapkan pada waktu yang ditetapkan


cuma kepala 0tak aku naik pening bila rakan sekerja
tak beri kerja sama bila aku perlukan
emmmm bukan semuanya 0k kan
terima ajer la


agak-agak bila akan dapat surat c0nfirmati0n dari HR
b0s pun tak panggil lagi untuk buat penilaian
harap-harap 0k la kan


tapi aku happy bekerja di sini :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 17 May 2011

Pirates 0f Carribean - Umar

mata lanun nie umairah yang pakaikan pada umar
hahahahha memang lawak
umar diam plak bila dipakaikan mata lanun nie
bila kami gelakkan dia
dia sengih jea memanjang
tak bagi buka pun
alahai anak ibu


layan kan jea telatah umar dengan mata lanunnya tu







macam mana c0mel tak saya


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Happy H0liday

Happy Wesak Day
hari nie public h0liday
ke mana k0rang pergi bawak family untuk bercuti


emmmm aku...
sudah ada plan untuk ke sesuatu tempat
nanti aku st0ry selepas ini


0k selamat bercuti yea kawan-kawan


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia nie
ramai jugak rakan-rakan aku berkerjaya sebagai se0rang guru
kakak ipar dan abg ipar aku pun se0rang guru


rakan bl0g aku pun ramai jugak bekerja sebagai guru
antaranya Ain, Ina dll


aku rasa antara cikgu yang aku ingat sampai skang nie
sudah pasti la cikgu English aku dulu waktu sek0lah rendah
teacher mindy kalau tak silap aku
dah la aku dulu bengap skit english nie
ialah budak kg kan


kalau silap buat latihan
apa jea denda yang aku tak pernah kena
buku latihan di campak di luar
jalan itik keliling padang perhimpunan
kena r0tan atas telapak tangan dengan pembaris papan hitam warna kuning
k0rang kenal tak (aku rasa pelajar tahun 80an tahu la k0t pembaris nie


aku rasa zaman time aku belajar dahulu
takder pun kes nak rep0rt2 p9lis kalau badan lebam lepas kena r0tan dengan cikgu
budak2 zaman skang nie memang banyak lemak
kakak ipar aku cakap
bdk sek0lah zaman skang nie langsung tak h0rmat pada cikgu yang mengajar
lagi kurang ajar ada la lagi


aku masa darjah dua pernah kena makan cili kering 2 tangkai
menangis2 aku kena kunyah cili kering tu
aku kena makan sebab ada pelajar lain dengar aku sebut BABI
padahal aku bukan sebut BABI pun
aku menyanyi lagu p0peye
memang aku geram jea dengan budak yang rep0rt pada cikgu tu
dan lagi aku geram cikgu tu tak siasat pun perkara nie
memang aku anti gila dengan citer p0peye selepas tu
angin 1 badan jea bila aku terteng0k citer p0peye


banyak kenangan sebenarnya
kalau nak st0ry pasal cikgu2 time aku belajar nie
tapi disebabkan guru la aku jadi apa yang jadi skang nie


terima kasih cikgu
kerana sabar mengajar aku tika aku tiada apa-apa di dada dahulu
jasamu ku kenang
hanya Allah dapat membalas jasa mu cikgu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sedapnya Bila Ada 0rang Belanja

selepas balik dari wedding sally
shumie ajak pergi ke pekan Kajang
untuk menjamu selera Satay Haji Samuri
0k jea
ialah aku pun masih lapar lagi
makan skit jea kan


aku msg zura
tanya dia di mana
bila dia reply semula yang dia terus balik
jadi lupakan jea nak ajak makan sekali
bila skang nie baru teringat
napa la masa di rumah sally
kami tak terpikir nak ajak jumpa di luar
ialah b0leh sambung b0rak di luarkan
dengan suasana yang aman


dah lama tak datang ke sini
tak sangka plak sebelah bangunan satay hj samuri nie sudah ada taman mainan
turun sahaja kereta umairah apa lagi
terus menuju ke taman mainan jea la
emm macam tak pernah main jea
aku dengan shumie terus pergi ke restaurant
kalau tunggu umairah main memang berjanggut la aku tunggu dia main


kebetulan time kami datang
bahagian atas tutup
jadi kami makan di bawah sahaja
masuk ke restaurant
semua memandang aku
ialah apa tak pandangnya
umar tak berbaju cuma pakai pampers jea
ialah babah dia b0gelkan umar sebab dari rumah sally memang panas tak ingat
jadi umar meragam sebab panas
bila buka baju baru senyap skit


umairah pun main sekejap sahaja
sebab tetiba hujan turun
emmm bagus
b0leh la duduk diam dalam restaurant jea



memasing tukar unif0rm
macam mana la tak bawak beg besar bila keluar berjalan-jalan
baju basah la..k0t0r la..pampers b0c0r la..
macam-macam



thanks shumie belanja makan satay kali nie
tapi barang k0 tetap tertinggal dalam kereta kan
dah bawak tapi tetap terlua jugak nak ambil



umar memang suka tarik rambut kakak dia
dalam sejuk tu
masih lagi nak minum ABC



0rder 20 cucuk pun tak abis makan
sedap plak satay daging dia bila makan di sini
kalau makan di tempat lain
rasa kurengggg skit la


nanti kita jumpa semula la shumie
barang k0 ada lg pada aku nie
cian zura..tak merasa satay kajang
sudah la member aku nie hantu satay
lain kali kita plan reramai makan di sini nak tak
b0leh la jumpa dengan Dee
nak tak??


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi