Showing posts with label ...umairah.... Show all posts
Showing posts with label ...umairah.... Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

"Ibu, Takder Orang Jom Balik" Umairah

pagi nie kejutkan untuk mandi, punya la liat
terus aku angkat dan bawak masuk ke dalam bilik air
dalam bilik kakukan diri macam patung
bila aku pujuk baik-baik, tak rindu ker pada kawan-kawan kakak di sekolah
kakak kan dah 2 hari tak pergi sekolah pasti kawan-kawan kakak rindu sangat pada kakak kan
kakak kan comey..macam-macam modal la aku guna untuk pujuk umairah mandi dan pergi ke sekolahnya - pening kepala aku
ialah 2 hari tak hantar ke nursery jadi umairah sudah seronok duduk di rumah
nak-nak pija ada di rumah tu yang dia bertambah liat untuk ke sekolahnya
siap tanya lagi, "naper pija tak pergi sekolah ibu" umairah
"pija pergi tapi sekolah lain tak sama macam kakak, tapi nanti ibu minta makngah hantar sekali dengan kakak yea" aku
"yeayyyyyy seronok la kalau pija sekali dengan kakak ibu" umairah
terus laju jea mandi

dah siap semua, aku sidai baju sekejap
dalam 15 minute macam tu terus umairah cakap taknak pergi ke sekolah plak
alahai nak bagi alasan apa lagi nie
sebab dia taknak pergi ke sekolah kali nie sebab dia nampak anak jiran main-main
tu yang dia pun taknak pergi ke sekolah
jadi kali nie wan dia plak memujuk
macam-macam la wan dia pujuk
last sekali terpujuk sebab wan dia janjikan akan beli kek Hello Kitty untuk umairah
aku dah pening kepala sebab dengan umairah nie kalau berjanji memang akan di tuntutnya
sehingga dapat..siap la balik nanti nak mencari kek untuk umairah
jadi mood dia ok jea dalam kereta
siap cakap wan nak belikan kek hello kitty untuk dia nanti - siap muncung-muncung lagi mulut bila bercakap - sayang cakap macam mulut aku ketika merajuk hehehehhehe


bila sampai di nursery
umairah jeling-jeling kawasan sekeliling
"Ibu takder orang la jom balik" umairah
skang nie kan musim cuti persekolahan
jadi memang budak-budak tadika sudah bercuti
jadi memang sunyi sahaja kawasan tadika dan nursery
bila hantar umairah, umairah taknak masuk ke rumah
terus dah start nak nangis - nak balik jugak
ialah bebudak dalam rumah nursery tak sampai pun 10 orang budak
tu yang dia nak balik jugak tu
aku blah jea terus nangis, jadi teacher dia la yang memujuknya

emmmm umairah banyak jea idea nakalnya untuk elak buat sesuatu
kalau minta kemaskan barang mainannya setelah bermain
pasti akan cakap tangan sakit la
kalau minta letak botol susunya ke dapur
pasti akan cakap perut sakit la
tu wan dia cakap otak geliga ada jea alasan yang tak terpikir kita akan budak sebaya dia akan cakap....


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 31 October 2011

2nd Celebrate Birthday Umairah at Sri Kundang

malamnya kami sampai di rumah kundang pukol 11 lebih
masuk rumah tengok mak tak tidor lagi
macam pelik sebab masa tidor mak mesti pukol 10
bila tanya mak cakap mak tengah layan drama melayu nie
masukkan umar ke dalam bilik
ingat nak terus tidor jea
sebab sudah baring sebelah umar
bila nak terlelap tu, sayang panggil suruh keluar dari bilik
bila aku keluar jea tengok kek sudah terhidang depan umairah
aik bila masanya datangnya kek nie
pandang umairah dah tersengih duduk depan kek





kek birthday umairah yang telah di sponser oleh sobri

sambil menyanyi sambil tepuk tangan

hari ahad tu jea 2 kali umairah potong kek

bertuah sungguh insan bernama umairah zahrah nie

semua sayang padanya

selepas nyanyi apa lagi pasti la tiup lilin

hah berjaga-jaga yea jangan sampai air terliur terkeluar sekali hehehehehe

sudah tiup pasti la potong kek sekali
p.lang tolong umairah memotong keknya



babah umairah yang tolong potongkan kek


umairah macam biasa la apa sahaja hiasan atas kek pasti di hisapnya


dalam gambar pasti muka aku tiadakan


ialah kalau aku dalam gambar siapa yang nak snap semua gambar yang ada huhuhuhu


mak bagi cucunya baju hello kitty bukan pada umairah sahaja tapi berikan sekali pada pija


p.chu belikan set pinggan mangkuk


emmmm bertambah la koleksi mainan umairah


bila main taknak berkemas aku selalu ugut nak buang semua mainan


tapi aku jugak yang tambahkan koleksi mainan si umairah nie


hishhhhhhh selamat hari jadi sayang ibu


mmmuahhhh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Celebrate Birthday Umairah at Sijangkang

tajuk atas poyo's jea kan
English lagi eheh - saje jea tu hehehehehe
jadi selepas berhempas pulas mencari kek dan santapan sambil makan kek
berjaya jugak mencari kek di kedai Bee's


buat untuk memenuhi keinginan umairah untuk memotong kek
jadi belikan kek biasa - pandan layer - tapi memang sedap - tak muak bila makan
macam aku cakap sebelum nie aku dan sayang akan mengadakan
birthday party untuk umairah, umar dan pija pada bulan Dec nanti
jadi bila tibanya birthday umairah nie kami sambut family sahaja
seperti kata aku sebelum sekadar untuk memenuhi kehendak umairah
untuk memegang pisau sambil potong kek
tersengih memanjang bila kami nyanyikan lagu birthday untuk umairah




tiup jea lilin


terus jea cabut lilin tu dan jilat baki kek di bawah lilin


alahai anak ibu seorang nie


umar plak time nie memang sudah tidor


kepenatan bila kena dukung




aksi umairah ketika potong kek


siap potong siap jilat lagi pada pemotong kek


hehehehehhee ok la tu sebab ada sepupu-sepupunya yang melayannya


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mencari Hadiah Di Jusco Bukit Raja

selepas hantar shumie ke rumahnya
sayang tanya nak pergi Jusco Bukit Raja atau Jusco Bukit Tinggi
terus aku cakap Jusco Bukit Raja
sebab aku suka ke sana berbanding Jusco Bukit Tinggi
tujuan utama kami ke sana sebab nak belikan hadiah hari jadi umairah



semenatar sayang keluarkan duit

umairah bermain sekejap kuda berpusing dan melihat kolam deepavali

umairah siap tanya macam rumah auntie tu kan

nak sebab rumah kak viji dia tak pandai sebut sebab tu la dia cuma cakap rumah auntie

sampai di kawasan permainan

berpusing-pusing jugak umairah nak pilih apa

sebenarnya kami nak belikan kabinet dapur mainan untuk umairah

tapi bila aku tujukkan mainan tersebut

umairah taknak, terus dia tunjukkan nak set rumah

siap cakap macam kawan dia emmmm apa orang lain ada dia pun nak jugak

budak-budakkan

jadi bila umairah sudah buat pilihan, kami ikutkan sahaja

sambil pusing-pusing untuk cari mainan untuk umar
umairah tak bagi aku bawakkan kotak mainan tersebut
umairah sendiri yang nak bawak
xcited sungguh dengan mainan barunya itu



bila tengok umar taknak duduk diam bila di dukung oleh babahnya


terus masukkan ke dalam troley dan singgah ke mc'd


beli set nugget dan bagi budak berdua tu makan french fries


terus senyap bila ada makanan di tangan


umairah tertarik dengan patung rabbit nie


sebab minta aku snapkakn gambar dia dengan rabbit nie eheh


sambil menunggu sayang bayar parking kereta


panjang gak Q untuk membayar parking kereta


layan snap gambar anak aku berdua nie


masing-masing senyap dengan ada makanan di tangan


selesai urusan di Jusco terus balik ke Sijangkang


tapi bila sampai di Sijangkang tak terus balik jugak


sebab singgah sekejap di rumah kawan sayang


sebab membernya ada buat majlis aqiqah untuk anak perempuannya


dan kebetulan nama anak perempuan member sayang memang sama


nama dengan anak aku umairah zahrah hehehehehhe


sampai rumah memang penat gila..dari pagi non-stop berjalan


umar malam memang tidor cepat sebab kepenatan sangat


sayang plak tengok games bola = terengganu lwn n9



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 29 October 2011

Selamat Hari Jadi Sayang Ibu ~ Umairah Zahrah 3 Tahun

hari nie genap umairah 3 tahun
yea sudah besar sayang ibu nie
macam-macam keletah umairah skang nie
tapi yang pasti aku dan sayang sepakat mengatakan
umairah jenis yang BERDIKARI
serba serbi boleh buat sendiri
sebab aku rasa umairah merasakan sebagai ALONG
dia kena bertanggungjawab melakukan semuanya sendiri
mandi sendiri, pakai baju sendiri, nak tidor ambil bantal sendiri
dan tidor di mana-mana dia suka selepas itu kami akan angkat umairah
masuk ke bilik, makan sendiri, ambil baju sendiri selepas mandi,
main sendiri..jadi aku rasa anak aku yang sorang nie memang BERDIKARI
dari segala segi umairah memang terbaik yang dikurniakan oleh Allah kepada kami berdua
ibu dan babah sayang sayang umairah

nanti ibu belikan kek Hello Kitty untuk umairah yea
selamat hari jadi sayang
ibu doakan semoga umairah menjadi anak yang solehah
menjadi anak yang bijak
menjadi anak yang petah berkata-kata
mendengar apa yang diperkatakan oleh ibu dan babah
mudah memahami apa yang orang sekeliling mengajar umairah
dan sentiasa di lindungi oleh Allah
dan begitu jugak anak ibu yang lagi seorang umar zariff


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 27 October 2011

Membawa Umairah Jumpa Doktor

hari nie pasti ramai yang rasa kemalasan hendak pergi ke tempat kerja
macam aku jugak, tapi demi nak mencari rezeki untuk anak-anak
gagahkan diri untuk pergi ke tempat kerja
cuma hari nie aku memang tak dapat nak pergi kerja
ingat nak ambil time off, selesai urusan datang semula ke tempat kerja
tapi tadi bawak umairah jumpa doktor - batuk umairah teruk
tidor malam tak lena, pagi tadi lepas batuk terus muntah
tu yang aku nak bawak umairah jumpa doktor dan tujuan utama untuk
bagi umairah sedut gas - kena buat 3x berturut-turut baru batuk umiarah akan ok
tapi doktor suraya syorkan aku untuk pergi ke hospital sebab takut ada jangkitan kuman di paru-paru umairah
jadi sebelum aku bawak umairah jumpa doktor di hospital
aku minta bagi gas pada umairah dahulu sebab kesian pada anak aku yang teruk sangat batuknya itu
jadi aku dapat MC hari nie, tapi bukan aku yang sakit
anak yang sakit tapi Ibu yang dapat MC
ialah nak guna EL rasanya cuti tahun aku cuma tinggal 3 hari jea lagi
bulan Dec nanti nak guna cuti tahun aku tu

dalam proses untuk umairah memakai seat belt
susuh jugak nak minta umairah memakainya
terpaksa ugut dengan depan ada polis
baru la nak pakai seat belt tu
tapi pakai pun sekejap
umairah cakap perut dia sakit pakai seat belt
tapi rasanya seat belt tu tak kena sangat pun badan dia, sebab halus orangnya kan :p

sebelum pergi klinik singgah dahulu di mc'd
sarapan dahulu, umairah memang tak makan apa-apa lagi sejak pagi
hanya minum susu sahaja
suka bila dapat toys dari happy meal
aku suka plak toys yang dapat bila beli happy meal
semuanya comey-comey belaka

makan dan minum sedikit sahaja
tapi lebih kepada bermain
sebab tu aku macam malas nak makan di mc'd kalau bawak umairah
sebab minda dia lebih ke arah playchild dari nak makan
bila kita panggil baru la datang ambil makanan pastu main semula

pagi nie ramai plak orang sakit
tapi bagus di sini sebab lebih diutamakan kanak-kanak
lagi plak pesakit yang datang pagi tadi rata-ratanya nak buat femema - medical check up untuk rakyat asing yang nak bekerja di negara kita nie
semuanya warga mynmar


kali nie sudah tidak nangis bila sedut gas
rilex jea
tapi aku ajak umairah borak-borak jugak la
sebab nak bagi umairah tenang
tapi umairah takder la keluarkan suara hanya mengangguk
dan menggeleng dengan persoalan aku


lega setelah sedut gas
tapi aku yang tak lega sebab selepas tu bawak umairah ke hospital sg.buloh
nak buat check dengan doktor di sana
cuma tak dapat nak rakamkan kejadian di sana sebab handphone battery flat
jadi hanya bercerita tanpa gambar sahaja la
lama jugak di sana dari pukol 12 lebih sehingga la 2 lebih - dekat 2 jam jugak la
sampai aku sendiri naik bosan
nasib baik la umairah tak banyak ragam
dan Alhamdulillah selepas check up dengan doktor, umairah tiada apa-apa
cuma batuk biasa sahaja - syukur sangat bila sudah dengar keterangan dari doktor tersebut

esok mungkin tidak akan hantar umairah ke nursery
masih lagi kena duduk di rumah
minggu depan baru akan hantar semula ke nursery
seminggu jugak umairah tidak di hantar ke sana
sudah betul-betul baik baru akan di hantar semula
boleh la daftar umar sekali nanti



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 24 October 2011

Duduk Di rumah Sahaja ~ Umairah masih lagi demam

terpaksa jugak kerja hari nie
sebab ada kerja yang perlu diselesaikan
mak terpaksa jaga dua cucu hari nie
kesian mak...mesti keletihan hari nie
tapi sebelum pergi kerja
aku memang pastikan semua kerja sudah disiapkan
macam baju sudah di sidai, lantai sudah di sapu, pinggan mangkuk di singki telah di cuci
jadi aku biarkan mak hanya menjaga anak aku sahaja
taknak menyusahkan sangat pada mak
tapi tak risau sangat sebab hari nie sayang keluar kerja pukol 3pm
jadi akan sampai di rumah dalam pukol 3 lebih
harap mak tak la letih sangat menjaga umairah dan umar

umairah muka sedih jea bila aku nak pergi kerja
cian anak ibu
cepat-cepat sembuh yea sayang

umairah kena demam sebab petang sabtu yang lepas
dia main basikal kena hujan renyai-renyai
puas la aku menjerit minta umairah masuk ke dalam rumah
haram tak dengar langsung
skang nie dapat la ubatnya
tapi aku jugak yang risau....


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umairah Demam

sebenarnya sudah perasan yang umairah demam
dari pagi ahad lagi
jadi sudah bagi awal-awal minum ubat pada umairah
tapi lepas magrib semalam, panas umairah makin tinggi plak
jadi lepas tengok MasterCheft Malaysia
terus bawak umairah pergi klinik
umar sudah pasti la bawak sekali

nasib baik la kami sampai patient tak ramai
selepas daftar terus nama umairah di panggil masuk




ketika duduk sekejap sebelum nama di panggil


bila doc check suhu badan umairah 39


terus doc nak masukkanubat bontot


umirah bila dengar memang la tak suka


terus nangis

umar yang sudah tak boleh di pegang lagi setelah dapat lesen L nie
asyik la nak melawat kawasan jea
semua ceruk nak dimasuknya



selepas nangis masukkan ubat bontot


kena sedut gas pun nangis jugak


tapi sekejap sahaja


sebab bila tengok ada budak kecil dari dia kena sedut gas tapi rilex jea


terus umairah tak nangis lagi


yang umar bila tengok kakak dia kena sedut gas


apa lagi terus mencanak nak keluar dari bilik tu


heheheheheh tau takut


muka nampak cedih jea time sedut gas


cha yok cha yok anak ibu


macam tu la jadi anak gadis yang berani


total bil semuanya RM99.00...hah ambik ko


nasib baik la panel klinik sayang


kalau kena bayar CASH alahai.....gaji lambat lagi



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday, 16 October 2011

Terima Hadiah Awal Dari Wan

bulan nie 29hb adalah birthday umairah yang ke 3 tahun
malam tadi pergi econsave
teman mak untuk beli bahan-bahan untuk tempahan kuih talam cendol
dan tak sangka-sangka mak nak belikan hadiah untuk cucunya nie
niat aku dan sayang memang nak belikan meja ABC nie
cuma tak jumpa yang murah jea
selalu kalau terjumpa mesti lebih dari 80 hengget - mahal tu
jadi malam tadi tengok harganya cuma rm45.90 ingat nak belikan
tapi tak sangka plak mak yang nak belikan untuk umairah
suka la umairah ... memandangkan dalam set nie cuma ada 1 kerusi jea
jadi beli lagi 1 kerusi untuk umar


babah dan atuknya yang tolong keluarkan meja nie dari kotak
umairah sudah tak sabar-sabar nak tengok hadiah mejanya
siap cakap..cepat la babah buka...

bila sudah buka dan letakkan depan dia
mula la kedengaran suara umairah menyebut ABC dan 123
dan xcited sangat sampai keluarkan buku-buku dia untuk baca atas meja barunya nie


berposing sakan dengan meja tulisnya yang baru
kerusi kuning yang umairah duduk tu la untuk
kerusi umar ... memang comel
ngam ngam umar duduk diam atas kerusi comel tu
time buka kotak meja nie
umar sudah tidor, tu yang takder muka si kecik tu


meja baru untuk umairah pemberian dari wannya
terima kasih mak




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 13 October 2011

Kapal Terbang Kertas

petang semalam ambil umairah
aku tengok umairah ok dan ceria sahaja
jadi umairah tak demam dan batuk pun tidak kedengaran
Alhamdulillah ... risau aku sepanjang aku bekerja semalam
asyik melihat handphone, takut-takut teacher umairah akan telephone
tapi bila sampai ke petang tidak telephone
aku menganggap umairah ok sahaj di nurserynya


ambil dia, macam biasa
aku hanya menunggu di dalam kereta
umairah la akan menyeret beg sandangnya
dan buka pintu kereta dan masuk
masuk sambil mulut akan pot pet pot pet
beritahu apa yang terjadi sepanjang dia di nursery
semalam sibuk bercerita dia belajar buat kapal terbang kertas
siap sampai di rumah tunjukkan pada kami macam mana nak buat kapal terbang kertasnya itu
bila berjaya tunjukkan pada kami
terus senyum puas hati dapat menunjukkan kemahiran barunya tu kepada ibu dan babahnya


lega melihat umairah ceria selalu
hati aku yang runsing terus hilang
senyuman anak penawar hati yang berduka lara


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday, 9 October 2011

Keletah Anak Menyejukkan Hati Yang Tengah Membara

tak ingat bila tapi perkara nie terjadi
ketika aku dan sayang tengah berperasaan sentap
aku nie kalau sentap dengan suami
pasti akan mendiamkan diri dan tak bercakap-cakap
muka tu plak akan berpaling ke arah lain
jadi ada kes nie nak keluar awal tapi terlambat jugak
sebab sayang ada buat benda lain
aku yang dah bersiap awal sudah lah tersentap
bila naik kereta diam ajer la
dan pandang ke arah lain
sayang emmang sudah tahu perangai aku yang satu nie
bila aku tengah sentap tu jangan la nak tanya apa-apa
baik diam jea la
umairah jea la yang banyak tanya pada aku ataupun pada babah dia
dan situasi jadi sunyi dan senyap sahaja


tetiba umairah bagi something pada babah dia
babah dia ambil dan tanya apa nie
umairah boleh cakap "taik hidung kakak la" umairah
hahhhhhhhhhh ambik ko terus aku dan sayang ketawa tak ingat dunia
aku yang tengah angin nie terus boleh jadi cool
dan bercakap semula dengan sayang hehehehehhehe
pastu boleh plak babah dia cakap "patut la babah pegang lembik-lembik jea" sayang
hehehehhehe aku terus gelak sekali
betul kan anak itu memang akan menyejukkan hati kita
di kala kita tengah panas


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 13 September 2011

Ultroman Pergi Ke Nursery




pagi nie umairah pergi ke nursery

sibuk jea nak pakai topeng ultroman

emmmm dapat topeng nie pau dari wan dia

time pergi ke kedai serbaguna

biasa la apa sahaja kehendak cucu pasti akan di turuti

sejak ader topeng ultroman nie

asyik la memanjat sofa

pastu sambil buat gaya silang tangan di dada

melompat turun dari sofa

aku ternampak terus menjerit pada si umairah nie

bukan apa walaupun sofa tu tak la tinggi sangat

takut nanti tersalah landing di bawah

tak ke naya aku sekeluarga nanti

dan lagi plak umar tengok jea apa yang kakak dia buat

pastu pasti nak ikut apa yang kakak dia buat

pening kepala aku handle si umairah nie

di tambah plak umar skang nie kuat memanjat jugak


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 12 September 2011

Berani Jugak Akhirnya Main Bunga Api













sehari sebelum malam raya

baru la umairah berani untuk bermain bunga api

itu pun setelah dia lihat shakira (sepupu tua setahun dari dia)

berani main bunga api

nak bakar tak berani lagi

jadi cik Ajak dia la yang tolong bakarkan

dah menyala bunga api tu baru la pass pada umairah

sudah 2 3 kali cik ajak dia tolong bakarkan

baru la dia nak bakar sendiri

tapi itu pun cik ajak dia yang tolong pegang tangan dia

pastu dekatkan dengan api

emmmm macam-macam la si umairah

dah berani main tu

asyik la ajak sepupu-sepupu dia main sekali

cuma umairah masih lagi fobia dengan bunyi mercun

kalau dia dengar bunyi mercun

mencicit dia lari masuk ke dalam rumah

nie kiranya 1st time dapat tengok umairah main bunga api


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 18 August 2011

Wajah Terbaru Umairah

semalam cuti


kami ambil kesempatan untuk potong rambut umairah


memang sayang sebenarnya nak potong lagi rambut si kecik nie


tapi kesihan melihat umairah asyik tergaru-garu kepala


setelah kami letakkan ubat cream di atas kepala dia


tu yang kami decide untuk potong jugak rambut umairah




rindu dengan rambut panjang umairah yang ikal mayang


comel sangat tika umairah berambut panjang


tapi memandangkan umairah tak suka di ikat rambutnya


tu yang kami potong paras bahu sahaja


tapi kini di potong lebih pendek lagi huhuhuhu








geram tengok kucing di belakang umairah tu



bulu lebat sangat



tapi umairah tak berani dekat sangat dengan kucing tu



sebab garang sangat



owner kucing tu cakap kucing nie kuat mencakar





umar pun suka sangat dengan kucing bam bam tu


tapi bila dekatkan dengan kucing tu


tak berani plak


terjerit-jerit si umar nie


siap pegang kuat baju babah dia



bersiap-siap rambut untuk di potong


aku suka jea rambut umairah macam nie


nampak bulat jea muka umairah


tapi apakan daya


bersebab potong rambut nie



nasib baik la umairah boleh dengar cakap amoi tu


minta tunduk kepala..umairah ikut jea


minta pandang ke kiri ..umairah ikut jea


minta pandang kanan...umairah ikut jea







wajah terbaru umairah ketika ini


pendek..macam amoi plak aku tengok


nampak lebih kemas


kena charge cuma RM5.00 jea


murah kan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 15 August 2011

Klinik Wakaf An - Nur

Sabtu lepas memang nak bawak umairah pergi jumpa doctor


berkaintan dengan kulit dia yang tak baik-baik tu


ingat nak terus pergi ke Hospital Sg.Buloh


tapi Lini cadangkan try dulu pergi ke Klinik Wakaf An-Nur di Perkarangan


Masjid Bandar Baru Kuning @ MK






tak pernah lagi try pergi sini


dan aku memang tak tahu pun di perkarangan masjid nie


ada buka masjid untuk orang ramai


klinik nie untuk orang yang pertama kali datang


akan di charge RM5.00 untuk pendaftaran


dan RM5.00 untuk pelbagai semua jenis ubat


jadi next time datang lagi bayaran hanya RM5.00 sahaja


walaupun ubat lebih dari 1 botol


motif klinik nie untuk menolong orang ramai yang berpendapatan


rendah untuk mendapatkan bantuan kesihatan


ialah skang nie kalau pergi klinik pun


charge macam dah standard jea


RM35.00 ke atas la






macam aku nie bernasib baik jugak la


sebab tempat kerja sayang memang ada medical expenses untuk semua staff dia


berserta dengan family sekali


kalau takder kemudahan nie


sudah pasti klinik nie menjadi pilihan


Lini cakap ubat di klinik pun bagus






selepas jumpa dengan doc, doc beritahu yang umairah kena kuman


jadi dapat ubat Pulidin Cream (Antibiotic)


dan Antibiotic untuk di minum setiap 6 jam sekali


laporan sehingga hari nie


aku tengok kudis umairah tu semakin kering dan semakin baik


harap terus baik la selepas nie


kesian anak ibu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 12 August 2011

Buat Kek Atas Permintaan

minggu lepas kami sekeluarga balik ke Sijangkang pada Jumaat malam Sabtu


sampai pun dah nak tengah malam


masuk rumah mak pun cuma ada abg kamal yang tengah mengadap tv


yang lain semua dah lena di buai mimpi






sayang seperti biasa la tugasnya


mengambil tilam untuk kami sekeluarga tidor


time sahur bila kami turun untuk makan


semuanya terkejut tengok kami ada


biasa la tu kalau kami memang suka balik tengah-tengah malam


macam orang bunian balik


senyap-senyap jea






kek kukus choc


fov family mak mertua aku


nie atas permintaan kak ngah


kesian sebab buat tak jadi sangat


jadi hari sabtu tu aku buat la untuk di makan time berbuka nanti


jadi buat la awal skit sebab kalau buat petang nanti tak muat dapur plak


ialah mana lagi nak masak untuk berbuka


masuk aku sekali, jadi hari biru plak nanti



jadi pukol 5pm dah siap kek tu terhidang atas meja


nampak plak si umairah


terus nyanyi lagu birthday


dah siap pegang pisau kek untuk potong kek





lepas umairah habis nyanyi


apa lagi edisi potong kek la plak


potongkan sedikit untuk umairah


makan depan kami semua


buat aksi menggoda depan kami


siap angkat ibu jari pastu cakap sedapnya


hehehehehhe


kakak-kakak sepupu dia yang dengar terus gelak tak ingat






alahai umairah :D













Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi