Thursday, 27 October 2011

Membawa Umairah Jumpa Doktor

hari nie pasti ramai yang rasa kemalasan hendak pergi ke tempat kerja
macam aku jugak, tapi demi nak mencari rezeki untuk anak-anak
gagahkan diri untuk pergi ke tempat kerja
cuma hari nie aku memang tak dapat nak pergi kerja
ingat nak ambil time off, selesai urusan datang semula ke tempat kerja
tapi tadi bawak umairah jumpa doktor - batuk umairah teruk
tidor malam tak lena, pagi tadi lepas batuk terus muntah
tu yang aku nak bawak umairah jumpa doktor dan tujuan utama untuk
bagi umairah sedut gas - kena buat 3x berturut-turut baru batuk umiarah akan ok
tapi doktor suraya syorkan aku untuk pergi ke hospital sebab takut ada jangkitan kuman di paru-paru umairah
jadi sebelum aku bawak umairah jumpa doktor di hospital
aku minta bagi gas pada umairah dahulu sebab kesian pada anak aku yang teruk sangat batuknya itu
jadi aku dapat MC hari nie, tapi bukan aku yang sakit
anak yang sakit tapi Ibu yang dapat MC
ialah nak guna EL rasanya cuti tahun aku cuma tinggal 3 hari jea lagi
bulan Dec nanti nak guna cuti tahun aku tu

dalam proses untuk umairah memakai seat belt
susuh jugak nak minta umairah memakainya
terpaksa ugut dengan depan ada polis
baru la nak pakai seat belt tu
tapi pakai pun sekejap
umairah cakap perut dia sakit pakai seat belt
tapi rasanya seat belt tu tak kena sangat pun badan dia, sebab halus orangnya kan :p

sebelum pergi klinik singgah dahulu di mc'd
sarapan dahulu, umairah memang tak makan apa-apa lagi sejak pagi
hanya minum susu sahaja
suka bila dapat toys dari happy meal
aku suka plak toys yang dapat bila beli happy meal
semuanya comey-comey belaka

makan dan minum sedikit sahaja
tapi lebih kepada bermain
sebab tu aku macam malas nak makan di mc'd kalau bawak umairah
sebab minda dia lebih ke arah playchild dari nak makan
bila kita panggil baru la datang ambil makanan pastu main semula

pagi nie ramai plak orang sakit
tapi bagus di sini sebab lebih diutamakan kanak-kanak
lagi plak pesakit yang datang pagi tadi rata-ratanya nak buat femema - medical check up untuk rakyat asing yang nak bekerja di negara kita nie
semuanya warga mynmar


kali nie sudah tidak nangis bila sedut gas
rilex jea
tapi aku ajak umairah borak-borak jugak la
sebab nak bagi umairah tenang
tapi umairah takder la keluarkan suara hanya mengangguk
dan menggeleng dengan persoalan aku


lega setelah sedut gas
tapi aku yang tak lega sebab selepas tu bawak umairah ke hospital sg.buloh
nak buat check dengan doktor di sana
cuma tak dapat nak rakamkan kejadian di sana sebab handphone battery flat
jadi hanya bercerita tanpa gambar sahaja la
lama jugak di sana dari pukol 12 lebih sehingga la 2 lebih - dekat 2 jam jugak la
sampai aku sendiri naik bosan
nasib baik la umairah tak banyak ragam
dan Alhamdulillah selepas check up dengan doktor, umairah tiada apa-apa
cuma batuk biasa sahaja - syukur sangat bila sudah dengar keterangan dari doktor tersebut

esok mungkin tidak akan hantar umairah ke nursery
masih lagi kena duduk di rumah
minggu depan baru akan hantar semula ke nursery
seminggu jugak umairah tidak di hantar ke sana
sudah betul-betul baik baru akan di hantar semula
boleh la daftar umar sekali nanti



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi