Saturday, 15 October 2011

Masak Daging Black Pepper

hari nie duduk di rumah sahaja
menjaga anak-anak di rumah
tapi pagi tadi memang buat operasi besar-besaran
mengemas rumah
ialah rasanya last tukar posisi perabot semuanya
pada raya tahun lepas
raya tahun nie pun tak tukar apa-apa pun
tetap kekal macam tu - angin nak mengemas rumah ada
tu yang nak tukar posisi perabot tu
penat-penat tapi rasa happy jea bila tengok rumah kemas dan tersusun sahaja


untuk lunch, mak yang masak
buat bubur lambuk...yummy sedap sangat
cuma lepas magrib aku masak lauk tambahan
ialah takkan sayang nak makan bubur lambuk jea
jadi buat la sedikit daging black pepper
jadi sambil makan bubur lambuk tu ada la jugak lauk untuk di makan bersama bubur
lepas dinner mak ajak pergi ke Econsave
sebab nak beli barang sedikit, esok mak ada terima tempahan untuk kuih talam cendol
memang popular la talam cendol mak aku nie


korang nak resipi daging balack pepper nie ker..
ok la sebab aku rajin nak menaip, aku sertakan sekali resipi lauk nie

Bahan-Bahan :
  1. Bawang kecil, bawang putih, bawang besar, halia - di hiris
  2. black pepper - aku selalu guna yang dari sarawak punya
  3. cili besar - hiris
  4. garam
  5. daging - di ptg dadu, di rebus dan di goreng sekejap
  6. air rebusan daging

Cara untuk memasaknya :
  1. tumis sehingga garing semua bawang
  2. masukkan black pepper, masak sehingga garing
  3. masukkan daging goreng bersama dengan air rebusan daging
  4. masukkan garam

sudah siap..senangkan
selamat mencuba


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. senang,mudah,ringkas dan pastinyer sedap hingga menjulat jari....

    ReplyDelete
  2. ya - sudah semestinya makan pun bertambah2 eheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya! ain tak suka masak daging sbb malas nak potong.. ahahhaha

    ReplyDelete
  4. ain - ena apa jea yg ada dlm fridge msk jea...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi