Monday 15 August 2011

Klinik Wakaf An - Nur

Sabtu lepas memang nak bawak umairah pergi jumpa doctor


berkaintan dengan kulit dia yang tak baik-baik tu


ingat nak terus pergi ke Hospital Sg.Buloh


tapi Lini cadangkan try dulu pergi ke Klinik Wakaf An-Nur di Perkarangan


Masjid Bandar Baru Kuning @ MK






tak pernah lagi try pergi sini


dan aku memang tak tahu pun di perkarangan masjid nie


ada buka masjid untuk orang ramai


klinik nie untuk orang yang pertama kali datang


akan di charge RM5.00 untuk pendaftaran


dan RM5.00 untuk pelbagai semua jenis ubat


jadi next time datang lagi bayaran hanya RM5.00 sahaja


walaupun ubat lebih dari 1 botol


motif klinik nie untuk menolong orang ramai yang berpendapatan


rendah untuk mendapatkan bantuan kesihatan


ialah skang nie kalau pergi klinik pun


charge macam dah standard jea


RM35.00 ke atas la






macam aku nie bernasib baik jugak la


sebab tempat kerja sayang memang ada medical expenses untuk semua staff dia


berserta dengan family sekali


kalau takder kemudahan nie


sudah pasti klinik nie menjadi pilihan


Lini cakap ubat di klinik pun bagus






selepas jumpa dengan doc, doc beritahu yang umairah kena kuman


jadi dapat ubat Pulidin Cream (Antibiotic)


dan Antibiotic untuk di minum setiap 6 jam sekali


laporan sehingga hari nie


aku tengok kudis umairah tu semakin kering dan semakin baik


harap terus baik la selepas nie


kesian anak ibu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. wah tetiba teringat la memori ya duk sana,depan masjid tu ada restoren rasamas,memang suka makan kt situ,suka beli barang kt econsave....

    harap2 umairah cepat sihat yer sayang......

    ReplyDelete
  2. sensitif kulit umairah...mahal kulit dia tue..jaga anak ko elok2..dia masih dara..hehe

    ReplyDelete
  3. kat kawasan rumah zie pun ada gak klinik wakae an-nur ni. rupanya byk cawangan ek..hehe

    cian umairah. hope she's get well soon :)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi