baru memasuki bukan August 2011
dan baru memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak
tapi family aku semuanya tidak sihat
kecuali sayang yang masih gagah perkasa
aku hari Isnin dan Selesa yang lepas terpaksa ambil MC
sebabnya sakit perut, jumpa doctor
doctor cakap aku kena keracunan makanan .. wallahualam
dah makan semuanya terkumpul di dalam usus
bila makan tak ingat dunia..tu la padahnya
umairah tidak sihat jugak
batuk.. berita baik skang nie senang nak bagi makan ubat
tapi tu la bila dah makan ubat tetap batuknya tak baik-baik lagi
sudah hampir seminggu tak baik-baik lagi
bila dah batuk, lepas minum susu pasti akan muntah
tu yang kesian pada umairah
dan lagi satu .. tak tahu kenapa
di muka dan kulit kepala umairah ada kudis yang berair
tak tahu penyebabnya apa
mak cakap macam kayap berair
memula aku letak cream..tapi lepas letak cream lagi la kudis tu berair
mak buat ubatan tradisional, guna daun dan segumpal nasi yang telah
di kepal dan di bakar atas api
di tumbuk dengan daun sehingga lumat
campuran ubat tradisional tu di sapu mana-mana ada kayap tersebut
tapi payah jugak nak sapu pada muka dan kepala umairah
bila aku pegang jea mula la umairah akan lari dari aku
dapat sapu pun ketika umairah sedang tidor
pagi aku tengok kayap tu kering dan beransur baik
cuma tak tahu nak hilangkan terus macam mana
sebab tak tahu mana terletaknya ibu kayap tu
jadi kalau atas hidung dah kering akan keluar plak di pipi
kesian anak ibu
nak raya nie muka jadi tak cantik plak
umar plak batuk dan selsema
kesian, bila bagi makan ubat payah gila
sama perangai macam kakaknya ketika kecil
bila dah nyenyak tidor tu
bila terbatuk pasti akan terjaga dari tidor
muka akan jadi kemerahan
dah 2 klinik pergi pun masih lagi tak baik
dah tahu nak bagi makan apa
untuk hilangkan batuk dan selsema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ena umairah kene cacar air@ campak air kot.....erm batuk mmg ssah nk baik + selesema tp try stop ubt dulu...aku selalunya mcm tuuelah dah seminggu bg ubt, aku stop kan....pastu lelama dia ok...letak lah kunyit kat hidng ngan ubun2 dia...stop selesama , batuk akan stop
ReplyDelete