malam tadi hujan turun
siangnya plak suasana sejuk jea
jadi dalam minggu pertama kita berpuasa nie
aku rasa cuaca redup sahaja
Alhamdulillah
biasanya kalau pergi solat terawih
berjalan kaki sahaja bersama dengan mak
ialah lepas makan dengan banyaknya time berbuka
afdal rasanya berjalan untuk hilangkan rasa senak di perut
sambil-sambil tu boleh senaman kaki sekali
cuma malam tadi terpaksa pergi ke masjid naik kereta
disebabkan hujan yang turun dengan lebatnya
taknak pergi macam kesian plak pada mak sebab takder teman nak pergi dan balik
ikut ajer la
tapi ikhlas aku menjalankan solat terawih
tiada paksaan
malam tadi kemeriahan di Masjid jadi kurang skit
tak ramai orang yang hadir
mungkin hujan menyebabkan rasa kemalasan itu ada
seperti aku sebelum ini
@pun niat baik tiada kenderaan untuk datang ke masjid
@pun niat baik tiada payung di rumah
tapi tu la rasanya tak pernah lagi aku mencukupi solat terawih 21x
tetap jugak la 8 rakaat
tak larat sangat nak mencukupi 21x
selepas solat isyak akan ada tahlil di atas permintaan penduduk setempat
semasa tahlil tu pun aku boleh terlelap
MasayaAllah..tengok punya la rasa kepenatan
sampai rumah
kesian sayang sebab kena melayan anak-anak
tapi kebiasanya bila aku sampai di rumah umairah dan umar pasti sudah tidor
tugas aku cuma angkat umar dari dalam buaian terus angkat ke dalam bilik
cian anak ibu, masa bersama ibu sebentar cuma
cian jugak pada umairah
masa untuk bermanja-manja dengan ibu cuma sekejap sahaja
rasa bersalah tetap terbit di hati
masa bermanja dengan sayang jugak emmmm langsung tiada
kesian jugak pada suami
IsyaAllah raya nanti kita bercuti bersama-sama dengan anak-anak yea sayang
berbuka petang semalam
tom yam sea food dan kuih ketayap
semuanya licin
pagi tadi bersahur kelewatan sedikit bangun
tak lalu nak makan
cuma minum milo dan cicah biskut sahaja
yang penting pahala bersahur tu kita perolehi
petang nie tak tahu nak makan apa
cuma tekak tering plak nak makan western food
malam nie akan balik ke Sejangkang
sayang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan sanak saudara
mungkin semuanya akan berkumpul di Sijangkang minggu nie
pasti meriah dengan 13 anak buah berkumpul..
tunggu dan lihat :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahh..syoknya kalo dapat berbuka beramai2 kan.
ReplyDeleteeliss bawa nuha pegi terawikh, Alhamdulillah dia ok.harap dpt habiskan terawikh penuh tahun ni. Amin