Showing posts with label ...kerja.... Show all posts
Showing posts with label ...kerja.... Show all posts

Thursday, 3 November 2011

Hari Nie Super Duper Buzy

semalam MC sebab demam
mak cakap aku demam sebab terkejut dengan xcident
yang terjadi pada diri aku
dan tak bersemangat sebab semangat aku jauh
jadi petang semalam jumpa hubby k.liza (payroll dept)
untuk ambil air penawar
dan malam jumpa doktor untuk ambil ubat
ialah sejak xcident aku asyik sakit kepala jea
jadi doktor cakap mungkin aku asyik memikirkan perkara tersebut
jadi tu yang membuatkan aku sakit kepala


hari nie aku super duper bz
kena siapkan semua Invoice untuk Hong Leong Bank
memang kelam kabut sikit la
sebab semalam semua branch telah menghantar attendance
tapi baru hari nie aku boleh buat semakan pada attendance HLBB
dan baru boleh buat Invoice
jadi memang tak berkesempatan untuk buat BW
sorry yea teman-teman
nanti ena terjah kalau sudah free
bye :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 23 September 2011

Last Minute Dapat Untuk Meng'Update Kerja

pukol 4.30pm tadi baru dapat dari Anna
untuk tulis semua address customer
pada surat confirmation account yang semuanya sebanyak 131 surat
alahai banyaknya nak kena tulis

tetiba mood terus jadi berubah
tebalkan surat confirmation yang ena pegang tu



uwaaaa nak balik awal

time nak menulis tu pun tangan dah jadi parkison sebab budak-budak audit tu

menunggu depan kami

jadi bagi separuh pada syikin tolong tuliskan

tulisan aku kalah tulisan doctor hahahahhaha

hari nie final day budak-budak lenchai tu mengaudit di opis kami

nanti menunggu plak dorang call opis untuk menanya apa-apa yang tak betul

tunggu dan lihat sahaja la nanti

petang nie lepas kerja akan terus menuju ke rumah Siti (budak opis)

dia ada buat open house

umairah pak chu dia yang ambil dari nursery

boleh la makan dengan jayanya hehehehhehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 20 September 2011

Hari Nie Ader Audit

Ingat hari nie nak jugak MC
tapi semalam sabri dah cakap
jangan tak datang tau esok (hari nie la)
tu yang bila aku masuk jea opis
terus masuk ke bilik dia
Ena datang hari nie
terus dia gelak hehehehhee


emmmm harap audit tak la kena sangat pada part aku
malas nya nak pikir dan mencari
lagi plak aku baru jea join company nie February yang lepas
jadi kalau tanya lebih-lebih pasti aku tak tahu nak jawab aper @pun cari di mana
emmmmm


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 5 September 2011

Selamat Kembali Bertugas





hari nie ramai yang sudah kembali bertugas


termasuk la aku


tapi masih ramai jugak yang masih bercuti


dan mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah hari nie


dari kampung halaman


betul kan :D






hari nie mood untuk bekerja


macam takder jea


tengok kertas bertimbun atas meja macam malas jea nak buat kerja


huhuhuhuhuhu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 12 July 2011

Yipieeeee Dapat Pc Baru Tapiiiiiiii


hari nie aku dapat pc baru
jadi semangat nak bekerja memang berkobar-kobar la beb
finance dept dapat dua pc baru
aku dengan kak viji
sabri terus dapat laptop - bestnya :p
jadi pc lama kami akan transfer ke 2nd floor



pekerja mr.hong tengah memasang set pc baru untuk aku
flat screen :D



wahhhh dah siap tersedia untuk aku bekerja
tapi banyak benda tak install lagi la untuk aku
jadi tak dapat sangat aku nak buat kerja sangat
lebih kepada call customers la - minta hutang hehehehhe
system SQL mungkin esok baru boleh install
seperti yang Mr.Hong cakap la


wajah happy tu :D




tapi tetiba pada pukol 3pm
huhuhuhuhu
Esther bagitahu yang pc aku yang baru nie kena letak di payroll dept
dan aku kena guna semula pc lama huhuhuhu
aku akan dpt pc baru untuk 2nd round purchase (kalau ada la...)
sabri kata tunggu lagi 18 tahun dapat pc
hampeh betul la sabri cakap macam tu huhuhuhu

pekerja mr.hong tengah nak buka semula kelengkapan baru pc aku
malas aku nak kemas meja aku semula
pekerja mr.hong tu yang kemas-kemaskan meja aku
konon-konon dukacita la tu



setelah pc lama aku siap di pasang
takper la buat jea la kerja seperti biasa
lagi plak pc aku memang takder masalah pun
ok jea dan baik jea
jadi takder hal la :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 11 July 2011

Lady Bos


aku baca dari blog Ain
macam menarik plak tajuk yang diberikan
kalau aku la aku suka bos lelaki
bos perempuan tengok pada keadaan


kalau tengok pada tempat kerja yang pernah aku bekerja
antara pengalaman yang pernah aku hadapi ialah :

1) Di Shah Alam
pengalaman di sini cukup mencabar. Bos aku masa tu perempuan. Garang tak ingat. kawan-kawan aku cakap yang bos aku tu tak suka sangat dengan aku. jadi selalu sangat la cari kesalahan aku. aku rasa dah buat yang terbaik ada la jugak kesalahan. memang bos aku nie nak perfect dalam segala-galanya. dalam bab filing lagi la memang kena ikut turutan..aku rasa aku kerja kat sini nak dekat setahun jugak la. lama-lama hilang sabar aku..tak sanggup aku nak hadap bos gila kuasa tu..tapi dari kerja kat sini aku memang dah menjadi seorang yang cerewet bila membuat kerja memang nak ferfecr apa-apa yang aku buat..jadi seorang yang teliti lagi-lagi bila buat surat..tapi tak teliti pun bila tulis dalam blog hehehehhee

2) Di Sg.Buloh
pengalam di sini aku bekerja dengan bos lelaki dan bos perempuan. bos lelaki tak kesah pun apa ko nak buat tapi bila dia nak pastikan sediakan di atas meja dia..tak kesah cara ko buat macam mana asalkan siap..tapi bos perempuan nie cerewet gila..tapi aku boleh tahan lagi sebab dah ada pengalaman sebelum nie..bila suami isteri nie ada masalah mula la bawak ke opis.. akan dapat tengok la bos perempuan nie bermasam muka dan bermuka monyok..jadi kami yang bekerja nie rasa macam susah hati nak buat kerja..bergaduh di opis pun satu hal jugak..memang menakutkan..tapi memang berbeza bila bekerja dengan bos lelaki dengan bos perempuan nie..bos perempuan nie emosi terlebih sangat..

3) Di Kg.Melayu Subang
pengalaman di sini memang enjoy sebab bos lelaki nie selalu ke luar negara, jadi bila dia takder memang suka suki jea la aku di opis..tapi bila dia ada di sini HP memang sentiasa kena on la sebab dia akans elalu call tanya pasal opis..bab yang lain ok jea di sini..jalankan operasi syarikat ikut kehendak aku sendiri..asalkan semua berbayar dan tiada hutang tertunggak..best macam mana pun blah jugak sebab ada hal yang pernah aku coretkan di blog aku nie..

4) Di Shah Alam
Pengalaman di sini memang best jugak..sebab bos perempuan tu memang sporting..lain dari bos sebelum nie..tapi tak jadi best sebab hubungan dengan dept lain macam tak mesra alam..Bos AP dengan Bos AR selalu bergaduh..jadi kalau kami nie cakap lama2 skit dengan budak AP mesti bos kami menjeling hehehehhehe sporting2 pun ada had jugak kan..kalau pergi ke oversea confirm ada ole2 untuk kami..bab kerja plak sama macam bos lelaki tak kesah macam mana aku buat asalkan bila siap hantar di meja dia dan semuanya betul..jd tak kesah la beb..kalau tak faham tapi buat2 faham mesti dia akan tanya semula pasti ada teguran aku akan terima..tapi teguran tu beradap la tak macam yang 1st tu suka suki jea nak maki aku depan staff yang lain..malu beb

5) Di Sg.Buloh
nie tempat kerja skang nie la..banyak gak tempat kerja aku kan..harap nie yang terakhir aku bekerja la, dah malas nak cari kerja lain..bosan beb nak ulang semula edisi interview nie semula..tapi kalau terpaksa nak buat macam mana kan..
ok di opis baru nie, bos perempuan jugak..memang sporting Alhamdulillah..asalkan aku siapkan kerja aku on time memang takder masalah..suka membelanja..lepas lunch tu ada jea makanan yang di bawak untuk kami (finance dept) grg pisang ker, popia ker dll..



Jadi bagi aku bos lelaki @pun perempuan asalkan berfikiran tenang aku boleh accept..kalau jenis yang jenis ikut perasaan memang aku tak sanggup nak bekerja lama di syarikat tu..sesak nafas beb kerja bawah bos perempuan macam tu..kalau datang period time asyik la nak marah orang tak ke jadi hura hara hidup kita tu..

jadi bos korang macam mana....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 18 May 2011

Sekejap Masa Berlalu

hari nie genap 3 bulan aku bekerja di 0pis nie
sepanjang bekerja di sini
memang 0k sangat-sangat
lega sebab dapat b0s yang memahami kami yang baru bekerja nie


dapat member 0pis yang semuanya 0tak gila-gila
senang untuk bekerja sama
tugas aku di sini makin hari memang berlambak-lambak
tapi biasa la beb mana-mana tempat pun
pasti kerja menimbun kan
pasal tugas/kerja bagi aku
aku akan siapkan pada waktu yang ditetapkan


cuma kepala 0tak aku naik pening bila rakan sekerja
tak beri kerja sama bila aku perlukan
emmmm bukan semuanya 0k kan
terima ajer la


agak-agak bila akan dapat surat c0nfirmati0n dari HR
b0s pun tak panggil lagi untuk buat penilaian
harap-harap 0k la kan


tapi aku happy bekerja di sini :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 16 February 2011

Tadah Telinga

hari nie hari pertama aku bekerja
memang kebiasan mana-mana c0mpany
hari pertama memang tak best
kena inducti0n - b0san beb


tadi inducti0n dengan finance, HR, Admin, l0gistic
tadah jea la telinga
naik tepu la telinga nie dengar penerangan yang diberikan
aku masuk 0pis hari nie
ada 3 0rang masuk sekali
3-3 sekali bahagian finance
0k la tu ada geng sekali
tak la tercangak jea di 0pis baru nie


lepas penerangan HR minta kami buat check up dengan buat buku bank
buat check up sekejap jea
check air kencing, tekanan darah tinggi, mata dan bukaan dada ketika bernafas
tu jea check up yang d0ct0r buat
biasanya kalau buat medical check up untuk masuk kerja
macam-macam yang kena check
x-ray pun kena buat jugak


buat buku bank plak di h0ng le0ng bank
emmm ada penambahan buku bank la dalam laci meja s0lek aku tu
banyak jea bank tapi dut n0n-ad0 hahahahhaha
setiap kali kerja baru buat la buku bank baru
setengah hari jugak la buat semua benda nie
masuk 0pis dah nak dekat waktu lunch


waktu lunch aku balik ke rumah
ambil masa 10 minute untuk sampai ke rumah
tujuan utama aku balik untuk menyusukan umar
cian anak ibu
nampak jea muka aku tersengih-sengih umar
geram teng0k si bambam nie


pagi pergi kerja ambik masa 20 minute jugak la
jem di simpang 4 kuang
sabar jea la menghadapi di pagi hari
masuk kerja puk0l 9am
dan balik puk0l 5.30pm
sebulan sekali jea kerja pada hari sabtu


nanti-nanti aku snap gambar di 0pis baru aku nie
nak ambil tadi mcm tak manis jea
ialah sentiasa ada 0rang disekeliling aku kan
harap semuanya 0k di tempat kerja baru nie :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 10 April 2010

Kenapa Ada Polis Plak Nie

sampai di simpang masuk ke opis aku [simpang kilang roti]
aku nampak ada kereta polis
sayang follow belakang kereta polis
dan kebetulan keta jimmy pun baru jugak keluar dari selekoh
terus berhenti bila nampak aku datang semula
dia buka tingkap dan tunjuk arah pergi ke opis semula


time tu aku dah terpikir
kenapa kena ada polis
aku minta sayang patah balik sahaja
tapi sayang cakap nak buat apa patah balik
kalau kita di pihak yang benar tak perlu nak takut apa-apa
ok aku terus diam dan berdoa pada Allah tiada perkara buruk yang terjadi
sampai di depan opis sudah ada 2 kereta peronda polis
semakin pelik..kenapa plak nie


jimmy keluar dari kereta
dan aku jugak keluar dari kereta
pass umairah pada sayang
aku pergi ke arah jimmy
dan aku tanya kenapa ada kereta polis nie
terus jimmy cakap takder apa-apa


dia terkejut sebab aku datang semula ke opis
dia ingat dia boleh perangkap aku
syukur kepada Allah
sebab tergerak hati nak datang ke opis semula untuk pulangkan kunci opis
pastu datang lagi sebuah kereta peronda
total yang datang time tu 3 bijik kereta
dan 6 orang anggota polis
macam kes besar kan


polis datang ke raah aku dan jimmy
sayang plak duduk dalam kereta sambil pintu kereta di buka luas
aku berdiri sebelah sayang
jimmy hadapan aku dan sayang
terus pujuk aku dan minta maaf
aku plak time tu asyik la ulang
"mr.jimmy dah buang saya..dan saya taknak dengar apa-apa lagi..saya datang nak pulangkan kunci opis sahaja" aku

jimmy plak time tu dan gabra gila dan pucat
ialah nampak sangat salah dia
tapi nak coverd epan polis
bila polis tanya apa kes sebenarnya call polis nie
boleh plak jimmy cakap sambil tangan tolak-tolak polis tersebut
aku tengok air muka polis tu memang bengang gila la
ialah ko dah call pastu nak buat tak tahu plak

jimmy siap cakap lagi " takper2 saya boleh settle kan masalah saya..nie masalah dengan staff saya jea"

bodoh...


aku memang dah taknak dengar apa-apa lagi dari mulut jimmy
pandang pun aku taknak
jimmy cakap dengan sayang jea
aku terus pergi ke pada polis
polis tu tanya apa yang terjadi
aku ceritakan semua yang terjadi
tiada apa yang tertinggal pun
polis tu cuma gelak jea bila dengar cerita aku
la takder apa2 pun

aku tanya la napa ada polis
polis tu bagitahu yang jimmy call polis yang
di opis ada gaduh besar dan ada staff bawak pulang kunci opis
emmmm bagus la adik datangs emula untuk pulangkan kunci
jadi bos adik pun tak boleh nak panjang2kan kes nie
lagi plak adik pulangkan kuci depan kami semua
tapi saya nasihatkan adik buat report jugak untuk langkah keselamatan diri adik
betul jugak tu


bila aku toleh ke belakang
aku nampak jimmy berlutut pada sayang
untuk pujuk aku bekerja semula pada dia
jangan harap la aku nak bekerja lagi dengan dia
selama hari nie aku bersabar jea
skang nie jangan harap la
aku dah hilang sabar pun



jom layan gambar
sempat lagi aku jadi paparazzi time tu :p


jimmy tengah pujuk suami aku
untuk pujuk aku bekerja dengan dia semula
tapi jangan la harapkan
dah keluar dari mulut harimau
takkan la nak jadi mangsa lagi kan
dah dapat lepaskan diri
baik terus blah ajer la


umairah tengok jea apa yg jimmy cakap
memang tak boleh dukung umairah time tu
dengan polis pun dia main-main cha chak cha chak
lari sekeliling kereta

polis yang banyak membantu aku pada hari tersebut
terima kasih polis :D



tak larat nak berdiri terus lepak masuk dalam kereta
malas nak layan
alu pun malas dah nak layan apa yang jimmy cakap
asyik la sebut
"kita kan adik beradik"
banyak la ko adik beradik
bila ko dah terdesak baru nak cakap adik beradik
time ko maki dan marah aku tu ko lupa plak kan
skang nie ko tanggung la sendiri



sambung...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Betul Tekaan Aku..Debar Di hati Mengiyakannya

sambung cerita sebelum nie
pagi-pagi tu [31/3/2010] aku dah sampai di opis
biasanya aku akan sampai di opis pada pukol 9.15am
tapi untuk hari rabu tersebut
pukol 8 lebih aku dah ada di opis
terus punch card dan aku terus kemas semua barang aku
barang hak milik aku yang ada di opis
terus aku sumbat masuk ke dalam kotak
selipar buruk pun aku masukkan ajer ke dalam kotak
aku memang taknak tinggalkan apa-apa di opis tu
aku rasa berdebar-debar dari hari selesa tersebut
sayang asyik minta aku selawat selalu dan minta aku berdoa kepada Allah


kerja-kerja yang aku pending
terus aku buat dan failing
kiranya nie adalah 1st time aku siapkan semua kerja
dalam masa yang singkat
mungkin masa dan keadaan yang buat aku begitu
buku diary [buku catata] pun aku bawak balik sekali
ialah nak tinggalkan pun siapa nak gunakan
siap semua barang aku sumbat ke dalam kotak
aku kemas opis dahulu
siap vacaum lagi..memang bersih dan kemas


aku balik ke rumah dahulu
hantar semua barang aku
pastu terus pergi ke citibank dan maybank untuk bank in
cek bos aku tu


sampai di opis
aku buat semua payment voucher
ialah hari lastkan untuk bulan march
jadi kena lah prepare semua payment
termasuk la gaji aku
dalam pukol 4 lebih macam tu baru la bos aku tu masuk opis
muka dia memang macam taik la
aku macam biasa buatkan air teh untuk dia
dan sediakan semua buku akaun dan bil-bil yang perlu di bayar
untuk dapat approve dari dia


bila helen dah balik
dan cuma tinggal aku dan dia sahaja di opis tu
baru la taring kemarahan dia muncul
suruh ambil fail...
aku ambil dan pas pada dia
serta merta marah sebab ada yang salah failing
tapi yang pasti bukan salah aku
salah staff sebelum nie yang buat failing tak betul
tapi itu bukan isu yang besar
sebab dia memang nak cari pasal untuk lebihkan api kemarahan dia
ialah akukan tinggal sorang jadi semua kesalahan mesti la dicampakkan terus pada batang
hidung aku
time staff tu [semua staff la] taknak plak marah-marah
semua ok..bila staff dah berhenti
aku jugak yang jadi mangsa
blame pada aku
yang aku nie tak pandai jaga anak buah
aikkkk ke situ plak
sebelum nie takder plak ko nak check ker..nak tanya ker..kat budak-budak tu
dah selalu sangat jadi macam nie
kiranya nie kali ke 3 aku tinggal di opis nie
setelah budak2 yang lain blah dari situ [sebab tak tahan dengan bos aku tu]
entah sampai bila perangai nak berubah


bila dia tanya aku diam sahaja
ialah aku nak jawab apa bukan kerja aku sebelum nie
sebab sebelum nie dia ada tanya dan aku jawab salah
aku jugak kena maki
baik aku amik jalan mudah dengan mendiamkan diri
tapi langkah aku mendiamkan diri tak selamat bagia ku untuk masa tersebut
sebab serangan terus membuta tuli ke arah aku
satu persatu benda yang tak logik di tanya pada aku
mana la aku nak jawab
sebab staff tu dah berhenti
aku nak jawab apa..BODOH


aku diam dan tundukkan muka
sambil tu aku main-main dengan jari aku
riak muka aku pasti la .... siapa kenal aku pasti tahu memek muka aku macam mana
kalau aku tak suka
orang yang lihat pasti bertambah marah :p


bos aku minta employee file
dalam debar..ialah sebab aku dah keluarkan semua butir tentang diri aku
dia nak tengok tentang staff sebelum nie
bila tengok staff tersebut tiada butir dalam file tersebut lagi la hantu
dalam badan dia berterbangan
aku dudk semula depan dia
tunduk ke bawah
tapi dalam hati dah membara
nak angkat bontot untuk blah jea


bila aku dongakkan kepala
terus bos aku tanya
"u nie nak bekerja lagi ker kat sini" bos
"napa mr.jimmy nak ena kerja lagi ker" aku
"kalau u taknak kerja lagi..tak payah kerja..i buang u kerja skang nie" bos
"ok baik..ena ikut cakap mr.jimmy..mr.jimmy buang ena kan..ena terima" aku

aku terus angkat bontot
amik handbeg
capai kunci kereta
terus meluru keluar
masuk dalam kereta
lock kereta
dari belakang aku tengok jimmy dah kerja aku
terus aku reverse kereta dan blah


call helen apa yang telah aku buat
helen memang sokong la dengan apa yang telah aku buat nie
memang bagus
hp aku terus berdering-dering
jimmy call aku
mr.than pun call aku jugak
memang aku tak angkat la


terus balik ke rumah
2 jam aku kena marah dan maki
tak tahu la napa aku boleh sabar jugak hadap muka cina tu
mungkin aku nak tunggu ayat dia buang aku kerja kot hehehhhee


pukol 6pm sayang sampai
terus aku ceritakan pada sayang
cerita sambil nangis
sayang pujuk aku dan pergi ambil umairah dahulu
aku berkira-kira time tu
nak datang semula ke opis untuk pulangkan kunci opis
@pun bagi pada esok hari sahaja
terus sayang cakap baik bagi sekarang sahaja
dan hati aku terus berdebar-debar
rasa tak sedap hati

dan aku ikut cakap sayang untuk pergi
ke opis semula untuk pulangkan kunci
sampai di sana
aku memang terkejut dan takut


sambung...










Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 9 April 2010

Hari Yang Paling...Lepas Semua Beban Di Bahu

ceritanya bermula begini
pasti ada yang ternanti-nanti apa cerita
yang berlaku dan apa yang terjadi terhadap diri aku
walaupun kawan baik aku pun
tidak tahu kisah di sebalik semua nie
yang tahu cuma shumie sahaja
yang lain hanya tahu dasar sahaja
detail dan apa yang berlaki tiada siapa yang tahu


aku sudah di BUANG BEKERJA..bagus pun
hehhehehehe lega hati aku
tak payah nak letak jawatan
macam mana dan bagaimana perkara tersebut terjadi
akan aku ceritakan secara terperinci


semuanya bermula dari hari selasa lagi [30/3/2010]
selepas 3 lebih bos aku call untuk bank in 2 cek dia
citibank dan maybank
citibank kalau di kota damansara nie
cuma ada di area the curve sahaja
maybank dekat sahaja dengan opis aku
jadi baik pergi yang jauh dahulu
time keluar dari opis memang dah hujan lebat
tapi disebabkan tanggungjawab
aku keluar jugak menuju ke mutiara damansara
sampai di traffic light sunway damansara
jam dah teruk
aku tersekat dalam jem nak dekat 1 jam 1/2
bos aku pun asyik call aku ada di mana
mesti la aku cakap di kota damansara lagi
pastu dah start marah2 dalam phone
yang buat kerja mudah pun tak boleh nak buat
erkkkk aku yang time tu dah terkedu
aerkkkk apa salah aku nie
pastu terus dia matikan bos
bila aku tengok minyak kereta aku dah menyala untuk di isi
terus aku call bos aku untuk pusing semula
dan akan bank in semula cek citibank esok pagi sahaja
ialah gila la kan untuk aku teruskan perjalanan
jem yang tak gerak-gerak langsung


bila aku cakap macam tu pada bos aku
terus la kena maki lagi
erkkkk salah lagi ker
dia ingat kalau aku pergi jugak
kereta aku tersadai tepi jalan
cek dia dapat jugak ker di bank in kan
kepala otak
aku rasa ada lah dalam 1/2 jam aku dengar bebelan bos aku memekak
di telinga aku


aku terus matikan phone aku
terus jea blah
malas aku nak dengar lagi
buat aku sakit jiwa
time tu aku memang dah menangis la
terus call helen
minta pendapat dia
dia la yang banyak tolong dan tenangkan aku
thanks helen


ambil umairah
terus balik ke rumah
tapi dalam tu aku rasa berdebar2
macam akan terjadi perkara yang buruk pada aku
memang tak sedap hati la


sambung...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 11 November 2009

Pot Untuk Lelapkan Mata

korang ader tak pot untuk korang lelapkan mata sekejap
ialah mesti korang nak ckp kat surau ofis boleh ajer lelapkan mata
tapi kan maksud aku kat sini adalah
pot yg korang rasa yg hanya korang yg terpikir nak tido kat situ
tido plak bukan la ala2 tido yg amik masa 1 jam ker 2 jam ker
TAK
nie hanya tido melelapkan mata hanya 5 minute ke 10 minute
tido utk menghilangkan rasa ngantuk yg terlampau
nak tido kat meja macam tak sesuai kan sebab
nnti ader mata2 yg akan merepot kat bos
yg kita curi masa ngan tido dan tak buat keja
oooooo tidak sambil kita nak curi masa nak tido tu
idea kena bernas utk cari pot utk melelapkan mata hanya sementara sahaja


ok kalau ikut aku la kan
sepanjang aku pernah keja di antara ofis-ofis yg telah aku menerima gaji
tiap-tiap bulan


1) Mc'D

nie ader la 1st keja aku pas aku abis study..nak minta keja semua nak ader pengalaman kan..jadi dah bosan sangat tak dapat keja..jadi keja la aku sekejap di Mc'd Sg.Buloh (The Store)..kat sini aku kena keja kat casher..jadi berdiri la selalu kan..tapi aku suka gila bila kena jaga kat ice cream..sebab kat sini la boleh curi tulang skit..klu korang tgk kat tempat ice cream tu takder org..korang akan jumpa bdk0bdk krew tu ddk kat bawah counter..jd di situ la aku tido utk lelapkan mata sekejap hehehehehehe Jahat kan


2) Wan-Ra Engineering (M) Sdn Bhd

kat sini aku suka lelapkan mata sebentar dalam store..heheheheh memandangkan aku pegang kunci store jd di tempat nie la yg paling sesuai aku nak curi-curi untuk tido :D
biasanya aku akan tido tempat-tempat yg tersorok dan bahagian-bahagian belakang sekali..sambil tu aku akan bawak sekali buku, pen jadi kalau aku terdengar ader org yg masuk, cepat2 la aku pura-pura tgk stock heheheheheheheh Jahat kan


3) SMZ United Sdn Bhd

kat sini aku keja memang penat la..sebab customer selalu kuar masuk kan..jadi nak curi-curi tido pun susah..jadi aku akan masuk toilet jadi aku amik kesempatan ngan zzzzzzzzzzzzzzz
tgk la tu dalam toilet pun jd la..tu memang tak sedar aper la bila dah tido heheheheheheh
tailet duduk kan jd ddk ajer time nak tido tu..pastu sandarkan badan ke dinding pastu aper lagi memang tak amik masa la nak lelap heheheheheheheheh Jahat kan


4) HalleCare (M) Sdn Bhd

kat sini senang jea kalau aku ngantuk sgt..masuk ajer la surau hehehehehehe
sebab bos selalu takder kan..jd sambil nak solat tu aku tido la dulu heheheheheh kadang-kadang tu bantai ajer tido kat meja aku..saper nak tegur kan hehehehehehehehehe Jahat kan




korang plak mcm manaer ader ke pot secret korang bila nak lelapkan mata :p




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 21 October 2009

PeRgi SePaNg F1

story hari jumaat plak hehehhehe
sebenarnya bukan pergi F1 pun
memang la pergi sepang
tapi pergi sepang LCCT
amik bos aku kat sana
pastu hantar plak pergi ke KLIA plak
dia dari bangkok
pastu dia nak pergi ke Taiwan plak
ader 2 jam ajer rehat utk penerbangan ke Taiwan
aku kena ikut jumpa bos aku nie sbb
nak settle kan akaun ngan nak sign cheque yg urgent
ialah hari ahad dia baru blk m'sia
larat betul la bos aku nie duk lama2 dlm flight kan


kat KLIA kami lepak kat cofffe nie
makanan punya la nak mampos mahal
nasib baik la bos aku belanja
kalau keluar duit aku jangan harap la aku nak makan kat sini
tahan lapar dulu la gamaknya
pastu roti tuna yg aku amik tak sedap langsung
tomato ngan timun dah basi
bila bos aku tahu pasal tu cepat2 dia panggil waiter
minta tukar sbb dah basi kan
nasib baik la dapat tukar terus aku tukar roti lain plak


sambil makan tu ternampak la plak samsul pekon tu
ala anak datuk yusuf haslam tu
aku rasa dalam filem ker @ luar filem ker
sama ajer
topi tak lepas tu
still senget gak
fesyem muda mudi laaa nie la kottt
tgk sekejap pastu sambung makan
tak minat pun...



hah nie la bos aku..mr.jimmy
kadang2 ok kadang2 kepala angin gak



bos aku bg aku ngan ira choc
sedap gila la choc nie
dia beli kat LCCT
thanks bos



pas dah abis discuss ngan bos pasal akaun
terus la bos aku cakap nak jalan2 kat sini pergi la
aper lg aku ngan ira jalan2 la pusing KLIA



nampak kedai teadybear
tak beli pun tapi sajer jea poyo nak amik gambo kat situ hehehehehe



memandangkan esoknya Deepavalli kan
mesti la ader colom nie kan
cantik la



colom 1 Malaysia pun ader tau


kiri...che how
kanan...alvin
diorg nie la yg drive time pergi dan balik
kami duduk belakang ajer la
jadi ........ hehehehehhehe


n day way balik aku memang tido ajer la
time datang pun aku tido gak
ialah penat gila aku ialah masak sampai kol 4 lebih kan
dr tgk pemandangan kat luar baik aku tido kan


gambo nie ira yg amik
dia tukang snap nyer
hehehehehhe kelakar plak bila tgk blk aku tido nie
sampai opis amik barang semua
terus chow
kiranya hari jumaat lepas kol 3 lebih la aku dah balik
bos dah takder kan
aper lagi baik balik jea umah hehehehehe




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 13 October 2009

On TiMe

hehehehehe hari nie aku datang awal tau
janji aku pada diri aku semalam
sudah tertunai
harap sehingga bila-bila aku akan datang
ke tempat keja on time la


cuma bila keadaan tidak mengizinkan
tak dapat la aku elakkan
berkobar-kobar bangun awal tu pagi tadi
entah maner datang semangat nak datang kerja tu
kalau tidak..hari-hari malas ajer nak datang ke opis
bosan la

ker aku kena cari kerja lain
untuk hilangkan rasa kebosanan nie :D




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 12 October 2009

KeSeDaRaN TiMbUL

tak tau la naper hari nie aku beli tapau ajer
untuk lunch aku
tu pun ira yang belikan
aku malas la nak keluar pastu macam berat hati ajer nak keluar

helen dan abg tam (pekerja mr.than)
balik ke rumah sebab anak diorang tak sihat
jadi tinggal la pekerja indon mr.than

selepas dah abis makan
terus la aku blogwalking
tetiba ira jerit kat aku
yang kak rose (pekerka mr.than) pengsan
hah terus la aku pergi ke sebelah
sah memang kak rose nie sudah pengsan
nak minta tolong pada saper
memang dah takder orang pun

jadi terus la aku suruh kak su ngan nasim angkat
kak rose masuk dalam keta aku
terus hantar balik ke rumah
kak rose sebelum nie memang dah ader kes sebelum nie
kak rose nie "sakit"
sebelum nie balik semula ke indonesia untuk berubat
3 bulan la balik berubat
ader benda dalam badan kak rose nie
benda tu taknak keluar
jadi dah lama sangat di indon tu yang balik ke m'sia semula untuk bekerja
ialah duit sudah habis untuk berubat kan
jadi kena la cari duit semula
jangan salah faham plak pekerja mr.than nie semua ader permit kerja tau

memang berat tak ingat la time nak angkat kak rose masuk dalam kereta nie
4 orang angkat pun talk terlarat
siap panggil bangla sebelah opis tolong angkat sekali
tengok tu 6 orang angkat kak rose masuk dalam kereta
berat memang tak ingat la
kak nasim cakap tu bukan berat kak rose tapi berat "benda" tu
aku cuma baca ayat kursi ajer la
minta dilindungi oleh Allah

hantar terus la sampai ke rumah
nasib baik la sampai rumah kak rose nie
ader suami kak rose ngan adik kak rose
jadi takder la masalah nak angkat kak rose masuk ke dalam rumah
kesian tengok keadaa kak rose tu
dah banyak tempat untuk berubat

yang timbul kesedaran pada diri aku adalah
pekerja mr.than nie datang ke tempat kerja
jalan kaki sajer
memang jauh la time aku hantar tu
rumah yang2 lain memang kat area situ jugak
tengok..kesungguhan diorg nie bekerja
walau jauh macam maner pun tak kisah
asalkan dapat duit untuk sesuap nasi
kalau hujan tetap redah jugak pergi ke tempat kerja
sebelum nie aku ingat dekat sajer
hakikatnya memang jauh

bila bandingkan diri aku nie
datang kerja naik kereta
tapi tetap datang lambat ke opis
aper kes!!!
mulai esok aku akan berubah
datang kerja on time :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 25 September 2009

SuDaH KeMbALi BeKeRjA

hari nie aku dh start keja
rasa malas gila nak bangun pagi td
sayang start esok keja
sepatutnya masih bercuti
tapi kilang dh pggl keja utk buat OT
ok la tu kan lg pun keja 4 jam jea


area kat tempat aku keja
masih lg sunyi
ialah kebanyakkan org kan start keja hari isnin mggu depan
cuma kami nie jea la start keja awal
sayang offer nak anto aku pegi keja
tapi aku taknak
nnti aku nak keluar maner2 ssh plak aku kan
patah kaki plak nak pergi ke maner2

semangat beraya tu masih lg ader kan
esok family aku akan pergi ke Johor
tapi aku ngan sayang tak follow la
ialah aku ngan sayang kan keja
family aku akan bawak umairah sekali

tadi ingat nak story pasal raya tapi laptop tak bawak plak
ialah semua gambo kat dlm laptop tu
nnti la aku upload gambo erk
byk sebenarnya aku nak story
tapi story tanpa gambo cam tak meriah la plak eheh

korang mcm maner dh start keja ker



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 23 July 2009

HaRi YaNg MeLeTiHkAn

nie story semalam
semalam aku mmg penat
ke sana sini utk settle kan urusan
dengan puasa nya
mmg tak larat
rasa cam nak bebrbuka ajer tapi
masih sabar lg


smlm masa n d way pergi PJ
kuar dr tol PLUS
nampak la kejadian nie


lori nie baru jea terbakar
sbb org pun tak la ramai lg
polis dah ader
utk control keadaan
sempat la aku snap gambo lori
terbakar nie sambil aku drive :D
ader org siap rakam lg
nak hanto kat blk berita kot


dah amik cheque kat umah bos aku
mcm biasa la sessi nak bank in la plak kan
kekadang geram jea
kat bos aku nie
ialah bil umah pun aku kena bayarkan
aper punya akaun la aku nie
nsb baik la brg dapur tak suruh aku beli
klu suruh nau aku....
lu pikir la sendiri


sepatutnya nak kena pergi S.alam
tapi sbb tak larat
aku post pone esok ajer la (hari nie la aku kena buat)
tapi singgah jap pejabat pos Gianta kota d;sara
nak bayar bill telephone bos aku nie


dah sampai sini confirm la
aku akan cuci mata kan
sempat la aku beli FM
blh tambahkan koleksi FM
kat umah aku tu :D



pastu beli pasu cute nie
letak kat atas meja opis aku
nak tggl kan msg kepit jea kat bunga nie
CUTE..


cantik tak bunga msg nie
bunga tu blh goyang2 tau
mcm bunga magnetic yg letak dlm keta tu
lebih kurang la


nie aku closed up lg kat bunga nie
mcm maner cantik tak..


tambah semak lg kat atas meja aku
yg telah siap sedia mmg semak
hehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi