Friday, 30 September 2011
Lunch Kami Di KFC
sebenarnya boleh jea makan di mana-mana
tapi memang nak ke the store, sebab nak mencari baju
rasanya untuk tahun nie aku memang tak membeli baju t-shirt @pun baju kemeja pun
membeli baju kurung dan tudung selendang sahaja
aku pening kepala nak mencari baju baru sebab nak pergi class takder baju
yang sesuai pun
tu yang tadi mencari jugak baju kemeja - bukan baju kemeja yang nak pergi ke opis tu
baju kameja stail oarang-orang skang nie pakai
jenis longgar dan berbunga-bunga kecil
nanti la aku snap gambar bila pakai yea :p
lepas beli baju terus syikin ajak makan di kfc jea
sebab mudah dan cepat
ambil luch snack plate
licin aku mengkendarah :D
syikin sama jea set dengan aku
cuma tambahan ice cream jea
sedap gak perisa oreo
yummy
tapi perasan tak kalau kfc ayam spicy dia tak spicy pun kan
aku lebih suka mc'd ayam spicy dia mmg kaw kaw pedasnya
korang punya pilihan.....
Jamuan Raya Lagi
umar buat muka sedap
taknak makan bila jumpa dengan geng dia
pnggil makan buat tak tahu jea dengan kita
aku rasa nie la rumah yang last untuk jamuan raya
rumah penutup
Guardian - Jamuan Raya
dah terlambatkan sebab semalam sudah 1 Zulkaedah
tapi kira ok la dari langsung tak buatkan
jamuan nie setiap deparment buat main course masing-masing
dan kena bawak pot luck - jadi banyak la menu yang akan terhidang
department kami bawak rendang ayam dan kuih
rendang syikin yang masak
dan kuih aku tempah pada mak dan buat triffle sendiri
time lunch semalam aku terkejar balik ke rumah untuk mengambil kuih
dan sempat lagi aku membuat triffle
Jamuan di adakan pada pukol 5pm
tapi pukol 4 lebih time syikin nak tengok rendangnya
huhuhuhuhuhu sedihnya sebab sudah naik buih - sudah basi pun
kami decide nak panaskan di kedai mamak nak tengok dapat selamatkan lagi ataupun tidak
tapi bila sudah panaskan terus rendang tu naik bau
memang confirm tak dapat diselamatkan - cian
dari kiri : aku, syikin dan kak imah - dari Logistik
hehehehhehe aku memang tak reti nak potong kuih jenis yang melekit-lekit nie
aku memnag tak bagi potong habis kuih talam nie
sebab nanti sayang jea kalau dah potong semuanya tapi tak habis makan lagi
sebab kuih nie jenis yang cepat basi kalau kena tangan
jadi masih ada lagi sebelah kuih talam yang tak potong lagi
jadi bagi pada anna dan syikin
dan bagi skit lagi kepada p.cik zul
sebenarnya banyak gambar lagi bersama staff -staff guardian yang lain
tapi semuanya dalam camera dan tak plak bawak cabel camera
kalau bawak boleh la upload ke dalam blog kesayangan aku nie
Thursday, 29 September 2011
Duit-duit Di Mana Ko Duit...Tutup Lubang Gali Lubang...
terus ke rumah Lini
sebab kami nak ambil kereta sayang yang telah di baiki
ingat tak kisah sedih yang berlaku sebelum balik ke Melaka
kereta waya tak boleh start, dan setelah di check
perlu tukar alternator
jadi semalam Pijol datang ke rumah untuk ambil kereta waja
dan bi bawak ke bengkel kereta dia
nasi baik la ada orang kenal dalam dunia mekanik nie
akalu tidak lagi la banyak belanjanya yang perlu dikeluarkan
Pijol nie adik bongsu kepada adik ipar aku hafiz
sobri pun boleh jugak baiki kereta tapi sejak kerja di tempat baru nie
susah nak nampak muka dia di rumah
balun OT jea di tempat kerja dia
hari ahad pun kerja jugak
ambil kereta dan bayar pada mak pijol
kena RM300 untuk tukar alternator, brake pad belakang
dan tukar pam brake yang bocor
rasanya kalau tukar di kedai cina pasti kena tekan nie
bukan sahaja kena taken mungkin kena tipu sekali
bukan sahaj kedai cina, kedai melayu pun sama jugak
sebab kami sudah selalu terkena
jadi skang nie sudah kenal mekanik, mudah sedikit
untuk keluarkan duitnya, satu family jugakkan
masa hulu duit tu terasa jea angin-angin duit terbang di mata aku
huhuhuhuhuhuhu baru jea dua minggu lepas
keluarkan duit RM300 untuk aircond
emmmm harap-harap selepas nie kereta waja nie takder buat masalah lagi
penat la
jadi bulan nie
no more for shopping yea huhuhuhu
sedihnya
Coretan Unknown pada jam 3:18 pm Labels: ...bila kereta buat hal...
Wednesday, 28 September 2011
Bila Gaji Masuk Duit Keluar Macam Air
sebelum edisi menyoppingkan diri
lebih baik bayar apa2 apa yang patut dahulu
bayar segala hutang piutang - kereta, utilities bills, nursery, groceries
dan macam-macam lagi la
dah settle bayar bil baru lega di hati
duit balance boleh la di gunakan dengan hati yang tenang
kalau dah terguna sebelum bayar bill memang pening kepala
nak menggantikan semula duit yang telah terguna tu
nanti karang ada jea yang bil terskip bayar huhuhuhu
kami bayar bil di Kota D'sara (D'strand)
jauh jugakkan dari Sri Kundang nak ke sana
tapi sebab mudah semua bank ada di sana - B.Islam, Maybank, Cimb dan RHB
sekali harung jea bayar semua hutang piutang
semasa bayar duit kereta di Maybank yang sebelah A&W
terus umairah ajak pergi ke sana
tau-tau jea ada tempat makan si kecik nie
jadi sementara sayang Q untuk bayar bil
kami dua beranak pergi mengeyangkan perut
aku orderkan sekali untuk sayang
senang sebab tak payah nak beli kemudian-kemudian
beli untuk umairah untuk set kanak-kanak
aku tak suka dengan hadiah untuk kanak-kanak
macam mc'd dan kfc dia punya kids mainan memang
menarik dan tak berbahaya untuk kanak-kanak
tapi bila beli set untuk kanak-kanak, mainan untuk kanak-kanak
ialah tempat solatape yang depannya ada benda tayam
hish apa la nie tak user friendly langsung
kan bahaya kalau kanak-kanak gunakan benda nie
hujungnya tajam
aku bagi umairah pegang sekejap sahaja
bahaya kalau tercucuk tangan atau di bahagian badan
untuk umairah belikan set hotdog bersama dengan air milo
cuma makan hotdog nya sahaja
roti langsung tak usik
hah nie la hadiah untuk kids menu
tak sesuai langsungkan
jadinya aku yang pakai bawak ke opis
letak di rumah takut umairah main dan takut jugak umar main sekali
benda tajam nie
kami sampai di rumah pukol 11pm
umar masih lagi taidak tidor
mak cakap time keluar tu tetiba elektik tiada
dan bila kami sampai tu tetiba elektrik baru ada
kami memang tak bawak umar sekali
sebab kalau bawak umar susah skit nak keluar masuk bayar bill
tu yang tinggal di rumah sahaja bersama mak
sebab tiada elektrik, tu yang umar hanya pakai pampers sahaja
tak berbaju dan berseluar....
Melihat-Lihat Rumah Untuk Di Sewa
temankan syikin untuk melihat rumah sewa yang bakal diduduki
oleh 3 beranak nie
sebab kenapa aku menjadi pilihan...
sebabnya aku yang tahu di mana nak mencari rumah tersebut
syikin nie lihat di Mudah.Com untuk mencari rumah sewa
dan kebetulan rumah yang dia nak tengok tu area rumah aku jugak
jadi aku menjadi penunjuk arah la
memula pergi dulu ke rumah mak Nina
sebab Nina ada beritahu yang kawan mak dia ada nak sewakan rumah
jadi kami singgah dahulu melihat rumah tersebut
memandangkan rumah yang nak disewakan masih ada lagi penghuni dan penghuninya tiada di rumah, kami lihat rumah contoh sebelahnya sahaja
memang besar dan harga sewanya hanya RM350 jea
syikin pun macam setuju jea nak ambil rumah tu
nak terus letak deposit jea untuk terus sewa hujung bulan nie
tapi tetiba, anak m.cik rumah yang kami lihat tu bertahu pada mak dia
yang dia dah janji pada kawan dia yang nak tengok jugak rumah tersebut
alahai, macam tu la plak
jadi keputusan akan keluar hari Jumaat nie
sama ada boleh menyewa di situ @pun tidak
hah nie la informer kami yang tunjukkan rumah untuk disebut
tengah makan rambutan
rayyan plak bila di ajak balik, taknak balik
rupa-rupanya nak rambutan
jadi dengan tak malu (demi anakkan) terpaksa la syikin minta rambutan pada Nina hehehehehe
biasa la budak-budak kalau nak tetap nak jugak
sama la dengan perangai Umairah
lepas tu kami melihat rumah ke dua
rumah nie di Block A, masuk jalan yang betul
tetiba baru aku teringat yang aku tak ambil pun rumah sewa tu
jadi terlajak la ke depan, syikin yang call aku semula yang rumah untuk di sewa tu sudah terlajak
u-turn la semula dan seperti yang dijanjikan A153 di depan mata
aku dan syikin melopong tengok rumah tersebut
alahai, sanggup ker nak duduk
tak masuk dan tak jumpa pun tuan rumah nak tengok rumah
hehehehehhe berdiri depan rumah dan terus ajak syikin balik
tak payah la duduk di situ
rumahnya alahai....tak tahu nak cakap apa
cari ajer la rumah sewa yang lain
Lunch Di RichMan Cafe
time nak keluar tu terus anna ajak kami lunch sama
terkejut jugak bila anna ajak kami keluar lunch sama
sebab anna tak pernah try makan lagi di richman cafe nie
memandangkan kami dah try di situ, tu yang ajak anna kami sekali
hehehehehehe ok la tu sebab kami pun tak tahu nak lunch di mana
ulam mendatang...sambung sendiri pepatah nie :p
aku yang suka keronsang yang tengah aku pakai nie
ramai yang cakap, nampak unik
jangan tak tahu syikin pun ader jugak
emmmm memang la citarasa kami nie memnag sama
suka minum air longan bila makan di sini
tinggal kuah dan sampah sarap dalam tom yam sahaja
sampaikan syikin tambahkan bee hun dalam tom yam aku punya lagi
lain kali boleh la order menu nie lagi
memang terbaik...........
Umar 10 Bulan
yea uar sudah 10 bulan genap hari nie
Tuesday, 27 September 2011
Sudah Lambat Nak Pergi Kerja Tetap Nak Tengok Hello Kitty
Coretan Unknown pada jam 11:29 pm Labels: ...anak-anankku...
Takper Saya HALALkan
Bagi Pandangan Aku Tetap Tak Manis
Coretan Unknown pada jam 10:36 pm Labels: ...pandangan dan pendapat...
Kenduri Kawen Membuatkan Kami Melepak Di Tepi Pantai
ialah perut sudah kekenyangan apa lagi
rehat-rehatkan diri, nasir bantai tidor semula
yang cucu m.cik melah tiga orang nie
sibuk berlari-lari dalam rumah
pukol 12tgh kami semua bersiap untuk pergi kenduri kawen di Kg. Tengah
sampai sana memang orang tengah ramai gila
lauk pauk yang dihangkan, memang sedap gila
lauk kari masak kerbau, masak lemak perut di tambah rebung, ayam goreng, payeri terung dan sayur ulam ulam
aku cuma makan kerbau masak kari - perghhhh terbaik
aku rasa lauk kerbau nie boleh hanya di dapati di Melaka sahaja la
di selangor tak pernah lagi aku pergi kenduri di jamud engan lauk kerbau
korang pernah makan tak?
selepas makan lepak-lepak di beranda rumah pak long
sebab kenduri kawen nie bersebelah rumah pak long sahaja
sambil landing landing tu umar dah membuka bajunya
sebab kepanasan, umar nie macam putera lilin skit
tak boleh nak panas-panas sangat, bila panas mula la akan buka baju, stoking semua
dah tak boleh nak melawa-lawa budak kecil nie
tunggu pengantin berarak
aku tengok muka siti nie bila dah make up macam tu
macam muka penyanyi Ella plak
dah ambil gambar pengantin kami terus melepak tepi pantai
ialah pantai tak jauh pun dari rumah pak long nie
sayang yang melayan umairah dan pija main di tepi pantai
aku takder la duduk sahaja di pondok - panas tak tahan aku dibuatnya
dapat la jumpa ketam kecil, siap tunjuk pada aku lagi
bagi umar pegang terus nak masukkan ke dalam mulut hehehehehhe
mak yang melayan umar main di pasir pantai
umar merangkak kelakar sebab dia taknak lutut dia kena pasir
jadi merangkak dia stail ala-alan menonggeng..memang lawak
aksi sayang melayan anak dan anak buahnya
lagi plak time air laut tengah surut jadi tak la risau sangat biarkan umairah dan pija bermain air laut
puas hati dapat berendam di air laut
tumpang mandi di rumah wan enon, mak uda yang melayan karenah umar
si bam bam nie dengan siapa jea dia layan jea
memandangkan kehausan lepak di tepi pondok nie
kami minta nasir dan syafik pergi petik buah kelapa di rumah wan
ambik ko sekali datang semula, 2 tandan di ogahnya bujang 2 orang nie
dapat minum air kelapa gading nie memang nikmat
sejuk sampai ke usus
manis tak terkata
sampai ke petang la kami melepak di pondok tepi pantai
sampai tertidor di buai angin pantai ... nyaman terasa
umairah memang tidor lena ...
sebelum pulang ambil gambar umairah dan pija di pintu gerbang pengantin
seronok balik kampung kali nie ....
Coretan Unknown pada jam 8:39 pm Labels: ...balik kampung...