Thursday 23 January 2014

Rawat Pecah Kulit/selulit Di Perut dengan ESP Shaklee

Stress apabila tengok keadaan peha dan perut yang berselulit? 
Peha macam kulit oren?
Perut ada spare tyre?


Ketahui 5 tips latihan untuk buang selulit dari Saudara Kevin Zahari, Pakar Kecergasan terkenal di Malaysia.

Petikan dari www.kevinzahari.com

Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang, dan peha. Selulit ini bukan sahaja ‘menyerang’ kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan teskstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam. Namun harus diingat, selulit ini bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, oleh itu anda perlu melakukan aktiviti sihat dan makan makanan yang berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkan kehidupan yang sihat , itu lebih penting.

Di sini, saya ingin kongsikan 5 jenis latihan yang dapat membantu memerangi selulit.
1)BERJALAN:
Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.

2)MEMBENGKOKKAN LUTUT:
Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan.

Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.

3)MENGANGKAT KAKI SEMASA MENIARAP:
Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.

4)RENDAHKAN BADAN DAN TWIST!
Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.

5)‘SQUAT TRUST’:
Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.

Nota tambahan dari Kevin Zahri: Teknik-teknik di atas tidaklah akan menghapuskan selulit anda (secara terus). Objective senaman kardiovaskular dan pemakanan yang baik adalah untuk mengurangkan 
1) berat badan dan 
2)jumlah lemak badan. 
Gabungan kedua-dua itu akan membantu reduce appearance dan flatten selulit anda.


Adakah Shaklee mempunya vitamin yang sesuai?
Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan:-

1)Langkah pertama - DETOX
Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Pembersihan dan detox meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam badan.
Vitamin yang di cadangkan: ALFAFA / HERBALAX


2)Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK
Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN / OMEGA (lecithin dan omega bertindak sebagai pengemulsi lemak..ayat yang paling mudah adalah 'memecahkan lemak')

3)Langkah ketiga - MEMBINA OTOT
Membina semula otot adalah penting selepas badan kehilangan lemak bagi mengelakan badan menjadi geleber.
Vitamin yang di cadangkan : ENERGYZING SOY PROTEIN / CHINCH(sumber protein yang membantu membina otot badan dan mengurangkan daripada jadi menggeleber)

So, sekarang ini anda sudah tahu kan apa itu selulit??? Dan macamana nak 'kurangkan' selulit bersama SHAKLEE...

berminat??
sms/whatssap
zarena 0122449373
sid no 912844
cod area sg.buloh
kurier ke seluruh negara
email : zahriff@gmail.com


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. kat rumah ade esp.. tapi bukan fifi punye.. ummi punye.. terime kasih bagi tips ena..

    ReplyDelete
  2. teringin nak beli.. tapi mcm x mampu je kalu beli tiap2 bulan.. hu3

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi